Jumaat, 17 Ogos 2012

Puasa Hari Kelima belas, Keenambelas, Ketujuhbelas

Eidil fitri mengukuhkan institusi kekeluargaan menterjemahkan agama sebagai penyatu?

Setelah berakhir musim sukan dunia yang giat diaktifkan pemfungsiannya sebagai penyatu antara masyarakat dunia, eidil fitri sebagai pemangkin penyatu menerusi agama sangat dituntut untuk muslimin menjadikannya sebagai penggerak kepada membina keutuhan institusi keluarga oleh jaminan kasih sayang yang upaya memberdayakan hubungan di antara ahli-ahli keluarga yang bermula dari datuk nenek dan moyang jika masih  status ini wujud.

Masyarakat yang manakah yang masih berupaya mendenyutkan kasih sayang tanpa perlu syarat dan kelayakan?

Saya tersenyum seorang diri tatkala kampung sukan dibina setiap kali musim-musim acara dunia mahu digelanggangkan masih sukar persefahaman dihayati. Bagi menganjurkan persefahaman begini dunia memerlukan biayaan billion wang.

Mengapakah laman kampung yang dimiliki oleh setiap kita semakin tidak dikenali oleh kebanyakan muslimin khususnya perantau dan musafir yang asalnya mempunyai kampung halaman?

Adakah lantaran kampung-kampung dan tanahnya dijadikan sebagai alat yang dijualbelikan?

Banyak rumah-rumah tidak lagi mempunyai orang tua sebagai penyeri yang menyantunkan ahli keluarga agar saling bersefahaman berikutan kepulangan mereka ke rahmatullah, namun masih wujud tanah laman walau tiada lagi rumah binaan di atasnya.

Buat masa ini saya sedang membaca kisah Zulkarnain  yang disebutkan di dalam Al Quran dan catatan tulisan penulis-penulis mengenainya.

 Isu yang memeta di minda saya mengenainya ialah :

Adakah kita akan mengzulkarnainkan para pemuda dan pemudi?

Apakah jenis industri dan aktiviti yang dimajukan oleh Zulkarnain?

Apakah jenis tanah hitam yang panas dari perut bumi dan hanya berlokasikan di tempat yang dimanuskripkan oleh sejarah?

Adakah komuniti masyarakat 'yakjuj dan makjuj' itu turut dikonsepkan dari anak-anak yang dilahirkan dari luar perkahwinan sehingga dijadikan ia sebagai sifat yang emmbina imej sesuatu bangsa?


Lantaran itu sepanjang bulan puasa ini sering terkukuh di minda adakah sesiapa yang akan mentertawakan saya jika mahu diwujudkan kempen satu suami dengan satu isteri?


Saya terlihat thanaif mentertawakan saya kerana berujar tentang iri hasad dengki yang menjadi sifat jati bangsanya. Adakah ia juga sifat mustar haniff juga?

Tersenyum saat terlihat kemuraman jiwa gender ini tatkala saya hanya mahu menganjurkan kempen berskala bagi menghapuskan lesen rumah pelacuran dan pemerdaganagn manusia di kalangan muslimin.

Dalam menghindari peperangan yang menggunakan senjata kita tidak wajar melupakan peperangan nafsu di mana keamanan zahir dan batin upaya dinikmati dengan kempen yang dinyatakan di atas bagi mengelakkan wujud bilangan balu, janda dan anak-anak yatim.


الله اكبر ولله الحمد


Ahad, 12 Ogos 2012

Puasa Hari Ketigabelas

Menjelang lebaran hati semakin sayu. Bagi yang masih mempunyai orang tua dan rapat dengan keluarga memang terasa payah untuk mengusir rasa sayu. 

Anak-anak semakin lesu apabila saban tahun lebaran hanya diisi dengan rutin makan sesama sendiri tambahan kami tidak mempunyai ramai kenalan.

Sorotan di televisyen tentang sukan dunia semakin tidak mendapat tempat di minda saya apabila tidak banyak perubahan yang diketengahkan oleh peserta muslim yang mewakili negara islam walau pun sangat berbangga dengan keupayaan negara-negara  kecil menjadi pemungut emas selain kejayaan wakil negara yang bukan muslim pada acara badminton dan terjun individu wanita.

Selepas tujuh puluh satu tahun sejak acara sukan dunia olimpik diilhamkan oleh Hitler masih 'projek' million dan kini mencecah billion dollar didominasi oleh negara yang sama. Secara kasarnya terzahir fenomena yang tidak adil dan berat sebelah lantaran pasarana malah tahap kejurulatihan dan pakar bagi melatih oleh kewujudan sekolah-sekolah berstatus sukan bagi ahli sukan beradu kepantasan dan keupayaan dengan mereka yang didatangkan dari negara yang masih dianggap bertaraf biasa kelengkapan pasarana sukannya.
Malah dek pendominasian bagi acara-acara tertentu yang menjadi imej negara peserta seperti menjadi hak yang kekal tidak upaya dibebaskan pemilikannya oleh banyaknya cara yang disediakan bagi ianya diungguli.

Apa pun kejayaan paling utama berkesan di hati saya ialah peserta wanita yang sangat menzahirkan kejayaan  walau pun masih 'mundur' dengan pakaian yang digunakan. Saya agak beremosi memandangkan ketidakpekaan ramai penonton muslim terhadap ibadah puasa mereka di sepanjang acara dunia ini berlansung.

Sayang sekali saya tidak dapat berlama-lama menonton keindahan reka bentuk bangunan di kolam renang yang menyertakan dua pandangan, normal dengan sisi pandang 3D.

(Dari catatan di Ipad Apple 3)

Saya tidak faham mengapakah seperti wujud keadaan lelaki-lelaki sejak dahulu sehingga kini seperti mahu memperdayakan wanita-wanita mereka dengan muslihat yang tidak banyak membantu ke arah melahirkan masyarakat yang berakhlak.


Menundakan tarikh bagi kejohanan dunia bagi acara-acara sukan oleh kerana mengamalkan semangat setiakawan yang dibentuk oleh pelbagai perjanjian dan memorandum persefahaman dunia dan kerjasama serantau bagi menerima bulan-bulan tertentu sebagai bulan puasa (Ramadan adalah salah satu bulan di dalam kaender taqwim tahun hijriah) bagaimanakah dihormati?

Apakah maksud mengilmiahkan tamadun dan peradaban islam jika perkara-perkara mudah seperti ini tidak mampu dilakukan?

Apakah puasa batin masih baharu kepada ummat yang semakin berpengetahuan tentang kepelbagaian anutan agama di dunia ini?

Saya masih berasa segan dengan imej bagi  peserta wanita dari negara muslim yang membawa nama islam.

Ia membuatkan saya sering termenung memikirkan pertanyaan 'mereka' yang sering berasa jengkel dengan siri-siri pertanyaan saya sebaik sahaja mulai membaca buku-buku yang mereka tulis, setelah menonton program yang mereka hasilkan, sebaik sahaja mendengar irama berbagai lagu yang dimerdukan penataan muziknya tetapi masih kekal dengan senikata yang amat tidak menzahirkan kebolehan khalayak seniman mereka untuk menghormati makna perbezaan tatkala mereka memerlukan sokongan dari pembelian rekod, filem, cakera padat, program yang diterbitkan untuk media eletronik malah aktiviti yang mengundang untuk diiktiraf hasil seni dan sastera selaian diskusi hasil-hasil ilmiah dari kajian penyelidikan intelektual.


Saya bukan orang pandai malah dengan hanya ada kelulusan sekolah menengah sahaja. 
Mengapakah pertanyaan saya perlu dijadikan isu dan masalah tatkala ianya tidak dibawa masuk ke mana-mana universiti oleh ketiadaan kelayakan kelulusan setelah mereka mengambilnya tanpa pernah meminta kebenaran.


Muhahahahahaha, thanaif dan teja sangat bernasib malang . Kata eilahaniff di dalam diam.

Panjangnya lah pula..







Rabu, 1 Ogos 2012

Cerita Di Luar Bulan Puasa

Pejabat Pos Qatar

Sepanjang bulan puasa ini tidak banyak masa dapat digunakan untuk mencatat. 

Waktu sahur kami adalah pada pukul 3 pagi sebelum subuh bermula sekitar tiga 3.30 pagi setelah secara rutinnya kami tidur pada pukul 11 malam. 

Cuaca ketika ini panas. Tidak banyak aktiviti di luar rumah sesuai dilakukan sepanjang bulan mulia ini. 

Tetapi terlalu banyak perkara yang boleh dijadikan bahan untuk menulis.

Ketika bulan Syakban menghampiri waktunya  suami meminta saya mengambil surat berdaftarnya di pejabat pos.

Ini kali ke dua saya membantu menguruskan hal-hal yang tidak dapat dilakukan oleh suami yang kini bertugas di Ras Laffan, sebuah lokasi industrial yang agak jauh dari kediaman kami, antaranya ialah membantu mengambil suratnya di pejabat pos yang tidak sempat diambilnya apabila dia hanya tiba di rumah sekitar jam empat setengah petang.

Bangunan kerajaan ini masih berupa bangunan yang lama dan terlalu sederhana rupa dan bentuknya jika saya bandingkan dengan rupa bentuk pejabat pos di Singapura. Agaknya ianya memadai begitu memandangkan Qatar tidak mempunyai posmen yang menghantar surat dari rumah ke rumah melainkan diwujudkan perkhidmatan penyewaan peti surat. 

Urus guna bagi mendinginkan bangunan tua itu dikitari oleh pengaliran air yang menjadi pemandangan utama di pintu masuk. Namun bukan ini yang bermain di minda saya.


Akibat ‘surn name’ yang diikuti dari kaedah perundangan sivil saya tercari-cari ke manakah fokus berjati diri ummat setelah kebanyakan kami meninggalkan dunia ini khususnya dari kalangan muslimin.

Akibat nama keluarga yakni ‘surname’ yang digunakan mengikut perundangan sivil menjadi amalan di negara arab, saya tertanya apakah mereka tidak mengetahui tentang syariah yang upaya menginstitusikan undang-undang keluarga islam.

Sebenarnya orang-orang arab ini menggunakan syariah tanpa undang-undang dan penguat kuasaannya atau apa?

Cuba bayangkan apabila di rumah kami ada tiga Ahmad dan diterima pakai oleh akses siber dan bank-bank ialah Ahmad Harith merujuk kepada anak-anak lelaki saya yang mempunyai pangkal namanya Ahmad.

Siapakah yang akan diberikan fokus?

Ahmad yang mana satu?
Adakah  urusan bapa mereka Harith yang mahu dipikulkan ke atas bahu anak-anaknya (Ahmad Muttaqin, Ahmad Mustaqim dan Ahmad Hilman)?

Samada disengajakan atau tidak nama anak lelaki kedua saya Ahamd Mustaqim telah didakwa sebagai pekerja di syarikat abahnya tatkala anak saya itu baru berusia 16 tahun.

Logik akal ku juga yang mahu mereka pertikaikan!


Tiga Ahmad Harith. saya.


Masalah bermula seperti disengajakan apabila petugas di kaunter tidak mengambil endah terhadap ID saya malah tetap meminta agar ID suami saya difakskan ke faks pejabat pos apabila saya menyatakan tujuan saya ke pejabat pos.

Saya melihat banyak perkara di sebalik semua ini. Adakah petugas pejabat pos tidak mengetahui nombor mesin fak pejabatnya sendiri?
Apabila suami meminta nombor faks petugas memberikan nombor yang salah dan setelah suami mengesahkan pengiriman faksnya ke nombor tersebut baharulah petugas menyatakan bahawa ia adalah nombor pegawainya. 

Lebih malang lagi apabila surat yang dikehendaki itu tiada di dalam simpanan kaunter penerimaan. (suami saya telah mengesahkan beberapa kali bahawa surat berdaftar itu belum diambil oleh petugas dari pejabatnya)

Lantaran saya tidak mempunyai kredit keadaan menjadi lebih malang apabila ruang kecil yang disediakan untuk menjual surat khabar dan cendera hati tidak menjual kad top up.

Lantas saya ke mesin ATM untuk mengeluarkan wang.

Saya tersentak apabila ‘skrin touch’ bagi pengeluaran wang disentuh pada angka 200 telah mengeluarkan jumlah 500 riyal.
Saya tidak silap sewaktu menyentuh angka 200!

Adakah programmer bagi pengeluaran wang mesin ATM juga turut dilibatkan untuk permainan  ini atau sememangnya mereka mengambil mudah untuk tidak mengetahui wujud keadaan di mana alat sesentuh bagi mesin sensetif seperti ATM ini disediakan keadaannya sebegitu rupa oleh mereka atau kumpulan yang tidak bertanggungjawab untuk menipu?

Adakah sudah terlalu banyak wang perjudian di Doha Bank sehingga diwujudkan keadaan bank-bank perlu memberikan wang secara percuma?


Adakah surat kuatkuasa yang dikeluarkan dari pejabat peguam perlu dibawa setiap kali untuk saya ke pejabat pos?
'Double standart' juga Qatari terhadap hak seorang isteri yakni seorang perempuan terhadap suaminya. Fikiran negetif saya sukar ditahan mencerca.

Ataukah mereka gusar mengenai kewujudan isteri yang tidak sah yang tidak diperakui oleh undang-undang lantaran wujud perkahwinan yang tidak didaftarkan oleh lelaki-lelaki arab?