Jumaat, 17 Januari 2014

Membisu Membuatkan Ku Bisu dan Dia Pun Lesu

Dahulu saya ada menitipkan pesanan kepada pemblog 'Masterpieces' yang tidak dikirimkan dan disimpan sahaja di dalam fail peribadi kira-kira tujuh tahun lalu.


Saya bertanya mengapakah radio yang dipancarkan ke televisyen, penyiar dan pengacaranya dikonsumerkan oleh media hiburan dan talian frekuensi tatkala mereka bergaji?

Adakah ini adalah tanda ketidakupayaan untuk mereka memakanismekan ciri-ciri keadilan terhadap wadah maklumat yang sebenarnya telah mulai dihayati milik kelebihan tersendiri tanpa menyedari bahawa tugas para penyampai info adalah juru pengintegrasi yang kebestarian minda dijulangkan oleh ketiadaan unsur taksub terhadap hanya sebelah pihak sahaja yakni memihak kepada pihak majikan yang membayar gaji mereka?


Masterpieces saya temui di Bandar Baru Bangi setelah kerap mengikuti tulisan-tulisan di blognya.

Namun setelah bertentang mata semuanya tidak terkeluar dan saya tidak tahu bagaimana mahu berbicara.


Kita tidak wajar hanya sedia mengendung bangsa sendiri sahaja di alaf globlalisasi ini andai mahu dengan jujur keglobalan dunia tanpa sempadan turut diakseskan keluasan geografinya oleh rakyat miskin yang saban alaf ditandai sebagai warga yang perlu disubsidikan setiap keperluan asas kehidupan mereka.

Benar bukan minda kelas bukan untuk dijenamakan juara tetapi bagaimana mahu menjadikan ia sebagai saluran pembudayaan untuk membebaskan hawa nafsu.

Mungkin menjadi lebih baik andai dikupas halusi bagaimanakah kesan tauhid dalam membenih ukhuwwah agar lahir sejahtera sosial?


Wanita yang saya temui itu sama seperti saya, kami hanya mesra di atas skrin eletronik.

Bertemu pada tahun ke dua kepulangan untuk bercuti masih tidak dapat dituturkan bualan-bualan yang tersimpan dan masih keramahan kami hanya di atas skrin pada jaluran internet.

Masa tidak dimanafaatkan dan kami tidak pernah berhubung lagi selepas pertemuan kali kedua itu malah kiriman pesanan ringkas hanya sekali dua dibalas dan panggilan telefon tidak pernah dijawab.

Sombong...duga yang meresap ke dalam emosi saya.


Peradaban adakah memaju dan memodenkan sikap sahaja tanpa  menghalusi budi dan jiwa untuk diserlah budaya sesuatu bangsa?

Dan bagaimana agamanya menyempurnakan kemuliaan syaksyiah dan peribadi diri insan itu?


Bagaimanakah keinginan untuk menzahirkan rasa silu untuk hanya berada di atas pagar sahaja tatkala amat memerlukan dilakukan pilihan terhadap menyatakan kebenaran atau menafikan kebenaran, adalah petanda lemah dan kerdilnya jiwa insan?

Jihad untuk bertoleransi sahajakah pada penegakan hukum-hukum Allah tetapi tegas pada peraturan-peraturan lemah manusia?

Benar bukan mukmin itu ciri identitinya adalah dicorakkan oleh hukum dan sifat yang tetap pada hukum agama adalah ia tidak berubah.


Lalu pertanyaan saya terhambur ke talian frekuensi yang gagal memahami bahasa saya.

Keberangkalian yang pasti kesemua kiriman pesanan ringkas itu telah dibuang begitu sahaja.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan