Sabtu, 27 September 2014

Bagaimanakah Manusia Dan Organisasi Terantai/Terbelenggu?


"Adakah sunni dan syiah itu bersumber dari akidah La ilaha illa Allah atau adakah  kristian dan agama yahudi yang bersumber dari akidah syahadah, Ustazah?"


"Tidak bolehkah kamu berdiam diri seketika?"


"Tidakkah Ustazah memahami bahawa soalan dan pertanyaan-pertanyaan saya adalah jihad ta'alim?"


"Mana ada peperangan pada abad 21 ini? Usah wewenang menggunakan kalimat jihad."


"Saya mahu memahami dan mendalami hakikat keluasan makna dari kalimat arab Ustazah, bila mengungkapkan jihad ta'alim."


"Sesekali saya memang menanti-nanti soalan kamu kelas, dari kelas yang kecil ini pertanyaan dan soalan kamu wajar diperhalusi kerana kita dapat melihat pada masa kini bagaimana masyarakat yang berkhidmat di rantau Teluk masih tidak menemukan sebab dan alasan bagaimanakah masih ingin mencurigai cara penganut islam mengamalkan ajaran yang diperintahkan oleh Al-Quran yang diterjemahkan oleh sunnah Rasullullah sallallah hu alaihiwassalam."


"Jihad ta'alim itu sama seperti halakah kecil perbincangan intelektual di pusat pengajian, serupa dengan majlis kursus-kursus jangka pendek seperti khemah percutian pelajar pada musim panas dan aktiviti serta program 'study group' cuma perkataan jihad sahaja digunakan bagi menterjemahkan ruang lingkup yang luas bahasa yang disumberkan dari Al-Quran."


"Sikap buta bahasa ini sudah sangat jelas disumberkan dari wilayah dan benua yang mana. Usah kamu semua memberikan perhatian kerana kejumudan fikiran kesan dari tradisi menyembunyikan atau merahsiakan kebenaran yang diturunkan oleh Al-Kitab telah diminta pertanggungjawabankan ke atas mereka oleh Allah. Dagangan yang mereka lakukan dari kebenaran haq Al-Kitab yang dirahsiakan sehingga menjadi konflik oleh kekeliruan kepada ummat manusia sebenarnya diuruskan oleh Ar Raqib Al-Hafidh."


"Mengapakah kelas kita tidak upaya mewujudkan halakah zikir atau selawat dalam masa kurang seminit sebelum kelas bermula, Ustazah?"


"Pengetua tidak membenarkannya. Saya berkhidmat di bawah kelolaan Pengetua dan Pengetua pula wajib memenuhi Aku Janjinya kepada Pengarah Jabatan Pendidikan yang perlu pula bersetia kepada Ketua Setiausaha Kementerian yang wajib pula akur pada Menteri yang mengetuai Kementerian. Dan Menteri itu pula perlu tertakluk kepada Perlembagaan perundangan pada klausa yang diperuntukkan dalam pentadbiran institusi pendidikan yang perlu pula tidak terkeluar dari dasar-dasar negara kita."


"Ya Allah, seperti surat berantai Ustazah. Terlalu panjang prosedurnya. Apakah kita juga perlu mendapatkan rujukan dasar-dasar kesatuan negara Komanwel untuk memulakan kelas dengan zikirullah dan selawat?"


"Kami tidak dapat melihat pula kebenaran yang perlu diperolehi dari Allah dan Rasulnya (sallallah hu alaihiwassalam), Ustazah."


"Ujaran kamu sudah berbaur dengan sindiran. Saya tidak menggemarinya sama sekali."


""Allah tidak menjadikan pembaca Al-Quran itu berkeadaan bengkok, Ustazah."


"Benar Ustazah. Kita tidak termasuk ke dalam kumpulan mereka yang ditidurkan di dalam gua."


"Individu dan organisasi berantai? Kamu merujukkan mereka sebagai surat berantai? Jaga adab kamu bila mengeluarkan pandangan!"


"Usahlah Ustazah berhangat hati dengan kami apabila saya dapat merasakan bahawa dengan sendirinya Ustazah mengakui bahawa konsep se per a itu tidak tepat kerana tidak mungkin seseorang individu  itu berupaya mengendalikan keseluruhan perkara secara bersendirian."


"Masih kamu semua mahu memandang sinis dengan kelemahan saya sebelum ini?"


"Bagi merebut sebiji bola seramai dua puluh dua orang pemain termasuk seorang pengadil dan dua orang penjaga garisan telah berlari-lari di sebuah padang...bukankah itu jelas menzahirkan konsep se per a itu tidak lagi relevan untuk dijejaki proses kewujudannya."


"Sudah lama Israel dan bangsa yahudi berkhilaf sebagaimana bangsa nasrani juga bangsa muslimin seperti kita. Bukalah Al-Quran sebagai sebuah buku apabila orang-orang yang 'alim itu boleh maju melalui buku sahaja. Sumber ilmu adalah dari Al-Quran. Masalah yang kita depani adalah kita tidak sepenuhnya memahami apa yang kita baca selama ini."



"Adakah tujuan kebenaran disembunyikan kerana ianya tidak diterima oleh pemimpin dan kerajaan yang memerintah, Ustazah?"


"Kamu ingin perkaitkan dengan para pemuda yang ditidurkan di dalam gua itukah maksud soalan ini? Jika kamu ingin mendapatkan kemuliaan yang tidak rosak maka janganlah membanggakan kemuliaan yang telah rosak."







Tiada ulasan:

Catat Ulasan