Sabtu, 27 September 2014

My Akidah

Di dalam kelas Pengajian Islam:

"Ustazah, mengapakah setelah membaca quran dan hadis kita tidak dibenarkan membentangkan masalah-masalah ummat-ummat yang beragama?"


"Quran dan hadis hanya untuk penganut islam sahaja. Huraikan soalan kamu dengan tepat."


"Mengapakah murtad bukan dianggap masalah ummat?"


"Masih banyak soalan  kamu mahu bertanya soalan murtad?"


"Pengkhususan pengajian syariah dan usuluddin, perbankan keewangan islam serta pengajian islam tidak berhubung kait dengan perbuatan murtad,Ustazah?"


"Alasan kamu?"


"Nilai materialistik dan kebendaan juga wujud menjadi sifat membina diri seorang lulusan syariah, Ustazah."


"Kamu menyindir saya?"


"Murtad itu bidang kajian pelajar syariah,Ustazah."


"Kelas sila nyatakan di manakah benua islam di atas peta dunia ketika ini?"


"Wujudkah benua islam di atas peta dunia, Ustazah?"


"Jawatan Khalifah masih belum diisi kekosongannya, Ustazah. Mungkin kerana itu masih belum wujud benua islam."


"Apakah benar kita sudah memasuki dekad akhir zaman, Ustazah?"


"Kesan pergaulan pada sudut akidah mempunyai kesan pada kesihatan apabila sakinah ummat itu mempunyai keberdayaan untuk membangunkan ketenteraman habitat dan masyarakatnya."


"Boleh cikgu jelaskan?"


"Kita hidup dengan rohani. Apakah makanan bagi rohani?"


"Muzik, cikgu."

                                                                                                       
   "   اَسْتَغْفِرُا  لله "


"Ramai mereka yang berkelulusan dari fakulti pengajian islam menyumbangkan aktiviti begini, Ustazah."


"Syariah bukan terhad kepada bidang munakahat dan tarbiatul aulad sahaja. Paling utama ialah akidah itu sendiri yang memuktamadkan amalan-amalan dari ucapan syahadah. Akidah itu menjadikan muslim bersifat mukmin."


"Maksud Ustazah setiap muslim itu upaya menjadi murtad tetapi seorang mukmin itu insya Allah dapat menghindari perbuatan murtad kerana penghayatan ilmu imannya?"


"Tidak sangka pula saya kamu mampu meringkaskan maksud saya."


Ku lihat senyuman yang manis menawan.


"Mukmin itu ialah orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya Muhammad sallalla hu alaihiwassalam. Tidak meninggalkan Allah dan RasulNya walau apapun yang terjadi."


"Adakah murtad itu boleh dikenali sifatnya, Ustazah?"


"Kelas, kamu semua ada jawapannya?"

"Pemikiran intelek, Ustazah."

"Kehidupan bertamadun aras tinggi, Ustazah."


"Rendahkan sedikit nilai jawapan kamu. Umum sangat."


"Perbuatan zina, minum arak, ambil riba, Ustazah."


"Jangan kamu lupa mereka ini percaya kewujudan kepada Allah, solat, berpuasa, membayar zakat dan menunaikan haji."

"Ummat Islam kini telah bertaraf antarabangsa, Ustazah."


"Adakah mereka menukar agama setelah menjadikan diri mereka sebagai muslim bertaraf antarabangsa?"


"Mereka menjadi pelupa, Ustazah."


"Dan tidak sekali-kali Allahmu pelupa."


"Perlukah kita berasa malu oleh hukum-hukum yang ditetapkan untuk kita, Ustazah?"


"Berikan contoh hukum-hukumnya."


"Tutup aurat."

"Tinggalkan solat."

"Tidak puasa."

"Tidak bayar zakat."


"Bagaimanakah dengan akhirat sebagai masa hadapan ummah Ustazah?"


"Hanya mereka yang menolak dan tidak mempercayai kiamat dan alam ghaib sahaja yang awal-awal lagi menolak cadangan kamu. Bukankah itu jawapan yang kamu nanti-nantikan selama ini?
 Saya harap kamu berpuas hati."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan