Sabtu, 6 Ogos 2011

Berkasihkah Kami Dengan mu Ramadhan?

Apakah kemiskinan itu akibat dari anak yang ramai?


Tersenyum membaca isu yang ditemakan oleh seseorang.


Soal tanah untuk membina sebuah rumah itu yang menjadi asas apakah perkahwinan yang dirancangkan bersifat komersial (kerana permintaan untuk acara perkahwinan yang dijadikan sejarah bernilai di antara 15,000 – 30,000 mengikut nilai ringgit/ mungkin lebih 50,000 – 100,000 mengikut nilai riyal), tatkala pendapatan tidak bertambah sedangkan semua perkhidmatan dan perbelanjaan semakin meningkat sering diabaikan mengapa faktor bilangan zuriat menjadi asas pembinaan keluarga.


Cinta sahaja alasan klasik yang tidak perlu diperbaharui tatkala sejak Nabi Adam (as) dan Siti Hawa didenyutkan nadinya semarak kasih sayang antara lelaki dan wanita tidak pernah terpadam.
Namun bolehkah berkahwin dengan cinta sahaja tanpa amanah, tanggungjawab dan ikhlas menunaikan hak-hak yang wujud di dalam perkahwinan?


Dinasti keluarga yang telah dibina empayar kekayaan TIDAK PERLU MENJADI RUJUKAN UNTUK MENCIPTA BAHAGIA.

Namun pada hakikatnya tidak ada yang sedia meneladani cara berkasih sayang Rasulullah(SAW) yang tidak berhajat menyandang jawatan sebagai Ketua Negara Islam (Madinah) demi untuk memewahkan keturunan baginda.Usah didakwa zaman itu masih belum ada istana mahligai kerana bukan jauh jarak antara Kota Rom dengan Semenanjung Tanah Arab.

Konflik yang dihadapi kini ialah apabila kesemua masyarakat dunia ingin menjadi orang lain dan bukan dirinya sendiri.


Ramadhan ini mengulang semula renungan terhadap pengorbanan masyarakat di peradaban siber bermaklumat ini apakah tidak upaya menandingi pengorbanan Ansar terhadap Muhajirin yang perlu mengundi untuk dipastikan tawaran persaudaraan siapakah yang perlu disambut?

Sementelahan sifat motivasi yang merundingkan saranan-saranan untuk dihimpun kepercayaan waktu itu tidak lansung terkait dengan unsur-unsur keuntungan untuk diraih perkongsian bijak membuatkan saya termanggu sikap siapa yang mahu kita ikuti jejaknya di zaman yang serba baru ini.


Ramadhan barakahnya masih menjadi rahsia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan