Khamis, 11 Ogos 2011

Masih Perlukah 'Protokol' Mu?


Ramadhan ke dua.

Sengketa di minda diperhalusi saat keterlaluan ditindan rasa oleh tekanan memasarkan angka-angka di kebanyakan rangkaian frekuensi yang disumbangkan oleh televisyen dan radio.


Pantas dipermainkan jari di atas kekunci mesin yang selama ini diperhambakan.


Ia diperhambakan kerana sesuka hati aplikasi ke Google atau Mozilla atau Yahoo disengajakan oleh pemoderator merangkap 'hackers' untuk ditentukan olehnya (bukan saya) bagi diteruskan pencatatan di setiap media interaksi siber.


"Why do the numbers concern to certain people?"


Saya tidak faham bahasa kamu, perlahan diujarkan tatkala sering memikirkan apakah boleh dicabar makna pada angka bersiri 666 saat terasa teruja apabila wujud artikel mengenai angka 6 gentar kepada angka 7? Bahasa dan kisah apa yang sedang dikomedikan oleh mereka yang kelihatan agak ekstrim keluar biasaannya untuk mengkritiskan minda sehingga angka juga dijadikan bahan untuk berlipur lara?


Kami bertaraweh di masjid baru yang berhampiran dengan rumah.


Istimewa Ramadhan kali ini ialah apabila sejak sekian lamanya berpuasa di perantauan, kami diizinkan oleh Allah untuk berpuasa bersama emak.

Ia adalah hadiah.


Apakah nilai seorang tua baik ia seorang lelaki atau wanita kepada kita yang semakin dikejar oleh kepantasan masa yang menghala ke muara liku dimensi?


Tiba-tiba terasa ingin dilaungkan,belajarlah untuk meminta izin dan kebenaran atau paling mudah bertanya terlebih dahulu sebelum kita membuat keputusan dan tindakan saat kita melakukan sesuatu yang masih miliki hak dan berstatus pemilik!


Jernih air mata yang berladung di mata emak luruh gugur juga di mata saya.


Masa-masa sepanjang Ramadhan adalah amat singkat buat kami.

Terutama sesudah senja saat maghrib memasukki ruang waktu kami.Oleh itu sekitar antara jam 3 petang hingga selesainya solat taraweh sekitar jam 9 malam masa kepada kami amat berharga.


Kelaziman rutin harian akan segera bertukar sepanjang bulan Ramadhan.


Sahur yang bermula di antara tengah malam sehingga terbit fajar sekitar jam 5 pagi waktu tempatan agak singkat kepada kami terutama yang perlu ke pejabat atau ke sekolah.


Malam-malam yang menyusuri hingga ke dinihari adalah waktu yang penuh barakah buat kami yang mampu mengerjakan ibadah sunah,bermuraqabah menyerah diri kepada Allah di atas dosa-dosa dan cela tingkah.


"Apakah ini juga merungsingkan mu oleh keberdayaan kami memanafaatkan waktu?"


Tugas kami bukan hanya di pejabat atau di sekolah atau di dalam bangunan sahaja atau pada skala masa yang berjadual mengikut putaran jam.

Sebagai isteri atau suami dan ibu atau ayah juga anak, urusan dan amanah kami tidak berakhir setelah berlabuhnya tirai malam.


"Apakah yang upaya dikau fahami mengenai tahajud kami yang memerlukan tidur seketika sebelum melakukannya?"


Kami tidak membataskan sempadan untuk berinteraksi dengan stuasi yang perlu kami depani tatkala antara makna beribadah ialah berbuat kebaikan mengikut kemampuan tanpa paksaan atau berasa terpaksa.


Namun tatkala sukar meluangkan masa untuk bertadarus al –quran sebagai aktiviti rutin di luar bulan Ramadhan,kebanyakan kami tidak berdaya melakukannya di bulan Ramadhan. Karenah ini kerana laro' dan keashikkan memenuhi hak sesama manusia. Hubungan dengan Allah terpinggir di kemudiankan.


"Tidakkah benar Protokol ku telah berjaya meninggalkan kesan di dalam kehidupan mu?"


Ya, Protokol nombor berapa?










Tiada ulasan:

Catat Ulasan