Isnin, 1 Ogos 2011

Catatan Petang Kelmarin

Ramadhan kali ke enam di perantauan.


Saat petang ini di tanah air muslimin sedang bersedia untuk menumpahkan segala kerendahan diri ke ribaan Allah Rabbul Alamin setelah sekian lamanya Ramadhan tidak pernah memungkiri untuk hadir menyimbahkan sinar mulia insan yang sering mengabaikan hakikat bahawa mereka adalah manusia yang diciptakan dengan segala kelemahan sebagai sifat lazim.


Apakah kelemahan manusia itu masih mahu disembunyikan?


Disembunyikan kerana apa wahai tejathanaif ku saat bulan-bulan hijiriah masih jauh dari dihayati malah terlupa nama-namanya untuk menjadi sebutan?


Para penjajah masih mahu ungkapan kolonial didakwa ke atas mereka atau mahu mengekalkan sememangnya bangsa-bangsa tertentu amat suka didakwa sebagai penjajah?


Kita tidak membeli kehidupan tetapi diberi amanah mendepani kehidupan. Penjajah mengawal seluruh kehidupan anak jajahnya.Pastinya tidak ada mana-mana bangsa yang gembira jika bangsanya digelar penjajah.


Senyuman yang kekal menguntum tidak berseri di mata ku.


Tahukah dikau hakikat pembinasaan yang berlaku semasa peristiwa banjir melanda Kaabah? Kisah yang upaya menjadi pengajaran tidak wajar disembunyikan untuk disahkan ianya benar atau dongeng atau metos untuk dilagendakan.


Apa kisahnya thanaif?

Saat itu sebuah kapal milik orang Rom yakni barat terdampar di kuala pelabuhan.

Direngkaskan cerita seorang jurubina diminta agar membantu membina semula Kaabah yang mulai dibinasakan tapak asas pembinaannya.

Apa yang terjadi?


Batu-batu saling berlompatan dari tangan Abu Wahab bin Amr bin Aidz untuk kembali semula ke tempat asal ia berada.

Lantas Al-Walid Ibnul Mughiran meminta pada Allah maksud meroboh yakni memukul batu-batu itu hanya dengan niat yang baik.

Batu-batu itu sempurna dihancurkan.

Tatkala batu-batu empat persegi Khadlir mahu dirongkaikan bergegar bumi Mekah sehinggalah Al-Walid mengujarkan pesan :

"Wahai kaum Quraisy. Janganlah menyumbangkan dana dalam membangunkan Kaabah melainkan dari sumbangan dana yang bersumber dari hasil yang baik-baik.Jangan disertakan dengan sumbangan dari perjudian, perzinaan (arak – tejathanaif@thanaif tambah) dan hasil penganiyaan dan kezaliman yang dilakukan ke atas orang lain di dalam pembangunan ini."


Begitukah rohani Ramadhan mu thanaif?

1 Ramadhan 1432 Hijriah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan