Jumaat, 29 Julai 2011

Pengulangan Tanpa Titik Nokhtah?

CATATAN DI FACE BOOK
22-05-2010
0630 pagi


Tidakkah saudara-saudari berasa tekanan-tekanan yang sengaja diberikan kepada masyarakat muslim hanya kerana sudah terlihat semakin kukuh keyakinan kita bahwa satu contoh siasah Islam diperlukan menjadi teladan bagi menyahut cabaran-cabaran yang disengajakan dilakukan terhadap kekhuatiran pihak tertentu mengenai etika kebertanggungjawaban kerajaan yang upaya didirikankan oleh pengakhlakkan dari hukum-hukum syariah.


Tidakkah selama ini keproakatifan mensyariahkan perkhidmatan di dalam institusi keewangan tidak berjaya mengubah sistem keewangan dunia sehingga sifat dan rupa berdirinya sesebuah institusi itu direndahkan oleh berleluasanya wacana perjudian perzinaan yang ditawarkan dengan rangkaian keahlian menganggotai kelab-kelab ekslusif dari rangkaian terma pelancongan yang tidak mampu disaingi oleh mana-mana syarikat muslim hanya kerana sepenuhnya perlu diwarnai oleh polisi-polisi kejayaan yang mempunyai persamaan dengan nilai piawaian mereka yang bukan Islam?

(tolonglah berasional dengan tidak merujuk ini sebagai perkauman setelah diakui rangkaian organisasi kebajikan dan perkhidmatan sosial serta agih edar penyiaran dan hubungan telekomunikasi sepenuhnya didanakan oleh Yahudi dan Kristian tanpa mengecualikan isu-isu semasa hal ehwal persekitaran kegenderan yang dimediakan arus oleh perniagaan yang bermaksud melayu juga terlibat)


Lantas kerana itu agak sukar mahu mempercayai saluran interaksi siber sehingga memerlukan bertabah hati dengan pertanyaan -pertanyaan berdasarkan fakta.



Dikau masih mempertikaikan kehilangan hak mu pada tejafriendsterblog.com?



Sebelum itu bolehah bertanya tentang judi bola sepak?

Bukankah ia melalui pengaksessan di internet khususnya yang dibiayai oleh Berjaya Group menerusi laman Friendster yang disuburkan oleh Microsoft?

Dan tidakkah Berjaya Group juga menaungi industri perhotelan yang turut menjadi rangkaian perniagaan bekas PM kita?

Andai kita biasa berlalu lalang di Country Homes dan Sri Kembangan tentu faham maksud soalan ini.

Bagaimana dengan pelanggan-pelanggan yang menggunakan khidmat hotel rangkaian Berjaya Group?

Adakah sememangnya kesemua mereka ini berada pada kedudukan seperti pelayar di friendster secara paksa perlu menjadi para proksi Berjaya Group dalam bentuk-bentuk perjudian sedangkan mereka tidak pernah sedia melakukannya?

Bagaimana dengan persaingan yang dilakukan di antara blog-blog yang pencatatnya tidak lansung berkeinginan untuk terlibat dengan persaingan mendapatkan ranking atau kejuaraan?

Akhirnya kerosakan dan kebinasaan harta minda harta kekayaan harta pengetahuan juga harta pengalaman wajarkah mahu terus kekal diletakkan di bahu kita yang tidak pernah mencetuskan peperangan hanya oleh pandangan-pandangan dan pendirian yang tidak mahu berterusan dipisahkan siasah dari agama?

Catatan itu hanya berada di dalam buku catatan hati yang tidak pernah dibuka helainnya selain dirinya sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan