Selasa, 5 Julai 2011

Masih Di Belenggukah Dia?

Terapi psikologi menerusi penulisan dari pengalaman pahit seseorang tidak merupakan penderaan ke atas jiwa pencatatnya tetapi lebih kepada etika erti dan makna rahsia yang tidak dikongsikan oleh penganjurnya yang menjuruskan persoalan bagaimanakah pencatatan itu menjadi kesalahan apabila bukan rahsia lagi ianya adalah dilakukan menerusi pencerobohan?


Bukankah telah dikirimkan buat mu catatan ini?

Kelemahan sistem demokrasi Barat telah memberi impak kepada kestabilan dan keseimbangan politik di dunia Islam yang berkait rapat dengan penerusan penjajahan di dalam bentuk pemikiran yang menjurus kepada segenap bidang terutamanya pendidikan yang mengukuhkan hegemoni dan pembudayaan sistem ekonomi yang tidak adil umpamanya pengagihan kekayaan peribumi yang membelah dua corak masyarakatnya, yang membina jurang antara elit dan marhaen di mana sifat konsumernya menjadi liabiliti tatkala penurunan kuasa beli semakin menyusut.



Di mana pacuan perjanjian yang melansungkan perkongsian sebenarnya tidak benar-benar memberi permuafakatan yang membangunkan kesedaran marhaen miskin dan mundur bahawa mereka miliki kekuatan untuk melakukan perubahan bukan semata-mata menerima semangat keganasan yang cuba dihalatujukan oleh kuasa-kuasa penentu yang mahukan keterbukaan masyarakat tetapi menyempitkan peluang dan kesempatan untuk marhaen berdikari dan menentukan pilihan terbaik mereka.


Tidakkah wajar apa sahaja yang berlaku di sini (di tempat mu) adalah berdasarkan kesedaran hanya mereka sahaja yang mampu dan berupaya mengubah nasib diri sendiri dan memiliki kejatian diri dan peribadi yang membudayakan akar umbi asal usul diri menerusi berasa bangga terhadap bahasa sendiri antara ciri terbaik untuk dihadami seperti mana yang telah dilakukan oleh penganut Kristian yang mengambil sebahagian besar fikrah Islam sewaktu berhadapan dengan ketinggian dan kemajuan peradaban yang telah dilakarkan oleh pemerintahan Rasul SAW dan kejujuran pemerintahan Khalifah di waktu zaman Abbasiah juga Muawiyyah biarpun berhadapan dengan penyelewengan oleh amalan kronisme dan nepotisme yang menjadi sebahagian amalan yang sukar diakui oleh sesetengah kerajaan lantaran keterbiasaan dan melihat ia sebagai kenormalan di dalam pentadbiran yang memisahkan agama dari politik tanpa menukar bahasa mereka telah memberi keraguan kepada minda kini bagaimana demokrasi yang wujud kini tiada roh keadilan dan tidak bersedia memegakkan kebenaran malah menjadikan persaingan sebagai pembentukan kekebalan blok-blok tertentu untuk terus menguasai kuasa?


Kebanyakan kita telah kehilangan ketuanan dan harga diri kerana sudah terlalu lama mewarisi pemisahan dan pengasingan rasa kebersamaan yang dihasilkan oleh pemikiran menerusi pendidikan dan kini kita bersama perlu menilai kembali keberdayaan tamadun yang ada ini untuk melahirkan kepimpinan baru yang lebih berwibawa dan menterjemahkan kelemahannya apabila mengemukakan idea baru yang menyonsangkan agama aqeedah untuk diberi persaingan oleh deklarasi politik seperti yang dilakukan oleh sebuah negara di Asia Tenggara ini.


Sediakah diaku menyemak semula kiriman-kiriman saya yang lalu?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan