Isnin, 11 Julai 2011

Penamat Mu Permulaan Siapa?

Berapakah jumlah hutang yang menjadikan pengenalan penggadaian bagi tanah-tanah yang ditukar status pertaniannya?


Diam bukan jawapan.


Apakah kaum muda mu tidak memiliki sejarah?
Lantas kamu ditetaskan oleh telur yang mana?


Pantas dia menyergah saat dimulakan semula sebahagian awal pertanyaan-pertanyaan yang terkumpul, apabila dahulu nenek moyangnya belayar dengan tujuan membuka tanah baru,keashikkan mereka membuka daratan baru menjadikan penanda sempadan serta lokasi bagaikan tiada penanda dan kini siapakah yang mahu memulakan memberi tanda supaya tidak dicerobohi sempadannya yang dikenal dengan pasti di atas peta?


Catatan ku terhenti.


Melihat kilau cahaya dari sinar suria yang berkilat di angkasa sehingga menyelimuti alam dengan kekuningan emas perak menjadikan daku merindui sapaan deraian hujan.

Hujan yang sering menyejukkan sanubari dengan kesegaran air dari bedungan awan tidak upaya ditemui lagi.

Siraman angkasa yang tidak pernah mahu mempeduli apa-apa menyantunkan fitrah azalinya sebagai penyejuk alam.


Hujan
Mutiara tanpa gilapan
Masih cahaya menjadi redupan.


Lantaran kamu mengganggu catatan dan masih mahu mempersaingkan sesama kita, saya semakin jemu untuk berbicara lagi.


Tiba-tiba sahaja mata terlirik salah satu catatan di laman yang telah lama ditinggalkan setelah melayari melayari ucap ilmu mengenai hukum muzik dari you tube.Ukhtie itu entah lelaki entah wanita menjadikan tidak lagi dilayari blog penuh ilmu dan iman itu.

Namun kepadanya dicatatkan persoalan yang tidak tahu bila akan dikirimkan.


1- Di manakah kerajaan dan sebuah negara Islam untuk dirujuk contoh dan modelnya?
2- Bagaimana boleh kaum lelaki memenuhi masjid di waktu solat subuh?
3 -Wajar yang bagaimana dakwah disempadankan mengikut lokasi dan individu serta masyarakat tatkala bidang kehidupan seluruhnya telah didominasikan oleh masyarakat muslim sekular (di dunia muslim) dengan perantaraan Kristian dan Yahudi diberikan tumpuan dan perhatian?
4- Adakah kerana ini kita akan berperang tanpa mahu diakui Zionis itu upaya dihampiri untuk saling bersoal kata?


JANGAN LUPA PENGAWAL DAN PENGINTAI KITA DI LAMAN SIBER BEGITU RAMAI...
Dia menjawab perlahan.


Jelas isunya pecahan kepelbagaian etnik di Asia jauh lebih berasional untuk menemukan permuafakatan walau pun ianya terbahagi kepada masyarakat Muslim , Kristian dan Budhha serta Hindu.

Berbeza dengan Teluk yang masih sukar menemukan permuafakatan oleh pembinaan laras pengyahudian dengan tekanan kristianisasian.


Sesungguhnya saya tidak pasti dia bersetuju atau tidak dengan pandangan peribadi ini.


Apabila Amerika menjelaskan wajahnya yang sebenar dengan meluluskan perkahwinan segender dalam menghayati makna kebebasan, dikau marah thanaif.Dikau meluapkan kemarahan itu bermusim-musim.

Suara teja yang penakut itu semakin lancar berkata.


Apakah nilai persamaan kebebasan dan kasih sayang yang selama ini menjadi tema kepada penuntutan kemanusiaan Amerika dan Barat perlu dinilaikan semula setelah ketidak bolehan dihentikan sebab kepada kehilangan peradaban Roman?


Dia terus berbicara.


Kerajaan Islam masih belum wujud apabila pengeluaran lesen-lesen perjudian perzinaan masih wujud sebagai cara dan kaedah negara muslim berpendapatan.

Amerika sudah hilang keberdayaan untuk menjadi teladan?

Lelaki dan generasinya sudah memuramkan wajah dunia,thanaif.


Orang kaya mahu mengasuh cara menguruskan pendapatan bagi mereka yang rendah gajinya, teja.

Bagaimanakah mahu dikau jelaskannya apabila masih riba dan kadar faedah yang tinggi di samping rasuah masih menjadi cara etika keusahawanan itu dibina?


Kami diam semula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan