Ahad, 9 Mei 2010

Ziarah Penghijrah 9

(sambungan Ziarah Penghijrah 8)

Ada dua pilihan untuk ke sana dan kami mengambil jalan yang agak panjang oleh jalan rayanya yang kecil dan masih di dalam pembinaan.

Tiada gerbang pintu tol menunggu kami selain tatkala melalui Jambatan Al-Makhtom yang dibayar oleh pemilik kereta sewa yang dikesan oleh mesin perakam untuk dicajkan sewaktu mereka menyemaknya di internet.

Contoh peralatan yang dipergunakan bukan diperalatkan. Saya masih terkenang kisah catatan di blog Supir 3 yang 'diCURI' tatkala berjaya disimpan di draft blog saya awal tahun ini.

Tempat-tempat rehat untuk pemandu berehat yang tersedia masjid tidak dapat digunakan kerana ianya berkunci.

Tiada makanan terjual untuk dijadikan alas perut.

Mungkinkah ini menjadikan mereka terlalu bergantung kepada keperluan pengkaedah perencana pengorganisasi sehingga terlihat seolah-olah Dubai dan Abu Dhabi bukan dimiliki oleh orang arab.

Bandar Eropah di dunia Arab.

Itu adalah pandangan awal tatkala melihat Dubai.

Benar terzahir seperti Dubai dan Abu Dhabi adalah milik masyarakat Eropah dan pekerja warga asing.

Dubai kelihatannya bukan dimiliki oleh orang arab!

Sungguh memang benar negara Teluk menjadi syurga buat mereka.

(No hard feeling please) kerana dahulu lagi Lady Anne Blunt telah menjanakan perdagangan kuda-kuda tanah arab sehingga ke Rusia yang menjadi kenderaan utama dekad lalu selain tentera berpangkat rendah bernama Edward Thomas Lawrence berjaya diashikkan oleh fenomena yang wujud di bumi yang dipenuhi jejak para rasul dan nabi satu ketika dahulu.Ke dua watak ini telah diberikan peranan utama yang meninggalkan kesan ke atas wilayah Arab. Dan stuasi sebegini seperti diizinkan terus berlaku.

Tiba-tiba saya faham maksud ungkapan usah ‘diperkudakan’ dan menjadikan ungkapan pengganti 'diperkudakan' mungkinkah ‘usah diminyaki’ atau ‘usah dididihi gas’ yang upaya meluaskan pembakaran?

Sukar dicari entiti warga peribumi kecuali warga tua yang berada di tepi jalan yang bangunannya berdebu kotor dan tidak bersih persekitarannya.

Di celah-celah pohon khurma kami memerhatikan entiti diri warga peribumi Emarati.

Kelaziman sebegini apakah sememangnya fenomena yang mahu terus kekal di dunia Islam?

Seperti mana warga asli dan kelompok rakyat miskin kawasan pendalaman di tanah air.

Mengecualikan mereka yang berada di dalam kenderaan mewah bukan bermaksud apa-apa melainkan sememangnya kami melihat kelibat mereka hanya sepintas lalu lantaran kenderaan dipacu dengan laju.

Jelingan-jelingan kami juga tidak pernah disambut.

Akhirnya kami tiba di lokasi yang mencatatkan sejarah Kesultanan Raja Arab.

Di Muzium Keluarga Di Raja yang menempatkan bangunan lama istana HH Syeikh Zayed ditemui ciri kesederhanaan seorang pemimpin yang kaya dengan nasab-nasab keturunan yang mulia.

Persepsi awal tidak perlu ditinjau melebihi sempadan yang dibenarkan gusar sangka baik hilang dan akan menjadi sukar untuk dikumpulkan semula menjadi seberkas kekuatan untuk diharapkan.

Ruang-ruang kecil yang menempatkan kamar peraduan di raja amat sederhana dan keseluruhannya taman di raja dari bekas tinggalan istana tidak upaya kami jelajahi lantaran perlu bergegas mendapatkan fenomena menarik di Mabzara Al Khadhra lantaran perjalanan masih panjang untuk sampai ke Abu Dhabi.

Sesuatu yang menyentuh minda sambil dilayani dengan sepenuh rasa satu catatan yang tertera menuju kamar-kamar istana lama :

“A woman constitutes half the society and … (biasan cahaya lens kamera tidak boleh ayat seterusnya yang tertera di skrin cyber shot).
A country aspiring to build it self should not keep their women in the darkness of illetracy and a prisoner to the shockles of appression.”

Sukar dibezakan nama di antara anak dan bapa di kalangan raja-raja arab yang memiliki nama yang serupa dan berulang-ulang digunakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan