Sabtu, 8 Mei 2010

Ziarah Penghijrah 7

(Sambungan Ziarah Penghijrah 6)

Tuntutan dari redeem perjalanan di udara selama pulang dan pergi ke tanah air empat tahun ini menjadikan kami memperolehi tiket percuma yang dicukai dengan jumlah 2700 riyal bagi kelas ekonomi untuk penerbangan pergi dan balik bagi enam orang penumpang.

Tiket percuma kami dicukai dengan jumlah 2700 riyal oleh syarikat penerbangan tempatan.

Ini tanda kami rakyat kecil yang tidak menuntut keistimewaan sama seperti mereka yang lain berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan rezeki tidak melarikan diri dari tanggungjawab sebagai pembayar cukai.

Di mana langit dijunjung di situ bumi yang kami pijak.

Dalam neraca Islam konsep cukai bukan bermakna memindahkan kerugian untuk disangga ke atas bahu pihak yang tidak pernah terlibat mencetuskan permasalahan atau berbelanja lebih untuk kehidupan mereka.

Aniaya bukan sifat mulia.

Riba dan faedah yang melampaui batas keuntungan yang diambil secara rahsia bukan dilahirkan oleh minda muslim jika ia mukmin.

Muslim dan mukmin masih tidak sama sifat ciri bentuk dan maksudnya.

Apakah dengan niat mahu menjimatkan perolehan pendapatan para korporat dari dikenakan cukai maka kami rakyat marhaen direncanakan untuk melunaskan pembayaran cukai yang tinggi?

Minda sukar didiamkan keaktifannya menaakul makna keberdayaan dalam memahami persaingan sihat di dalam realiti mencergaskan daya saing di antara masyarakat yang berbeza pendapatannya.


Papan-papan tanda syarikat gergasi di bangunan indah di bumi Teluk kiranya hasil natijah dari hubungan diplomatik di dunia antarabangsa.

Menyelit rasa terguris tatkala kemanafaatan ini tidak dilihat sebagai sikap bersiasah sikap berpolitik tetapi sebaliknya diungkap terus politik dan kenegaraan tidak upaya menyatu bersama agama.


Sewa kenderaan berjumlah 1800 riyal kenderaan jenis MPV untuk tempuh empat hari menjadikan kenderaan jenis saloon tidak sesuai buat kami yang mempunyai anak-anak yang sihat tubuh badannya.

Kami perlu meninggalkan Dubai untuk memastikan kenderaan adalah untuk dikenderai bukan diperalatkan.

Kami ke Abu Dhabi.

1 ulasan:

  1. Buat masa ini dailog siri kartun dinafikan tatkala berterusan mengujarkan 'happy christmas day robot boy' kerana bukan budak lelaki yang mencatat di laman ini.

    BalasPadam