Isnin, 27 September 2010

Kemarahan Yang Tidak Bermata

Kerana kesetiaan baru kini kami mencari ruang baru bagi meninggalkan Doha untuk mencari penempatan baru buat masa lima tahun yang mendatang setelah lima tahun berlalu.


Menghindari suasana hingar bingar hening yang damai kami susuri di persisiran laut lepas Al Wakrah.

Teluk tenang yang melaut siur sepinya dihuni oleh naluri semula jadi jati ingin berdikari.

Mewah yang berciri pada sisi hias bangunnya tiang-tiang seri masih sederhana belum sedikit terkurang istimewa yang mengusik rasa.Hiasan dalaman yang disentuh secara profesional tanda kepemurahan hati pemaju kediaman ini dalam melengkapi sebuah tempat peristirehatan yang selesa mengusik rasa kami.

Apalah makna buat seorang tukang kayu andai dia tidak upaya membuat sebuah rumah untuk ditunggu.

Apalah makna buat seorang sarjana andai dia hanya memangku tangan tidak bekerja atau hanya mengingini laba?

Ashik minda menyusuri laman-laman tenang itu terkocak gundah bila jarak kilo meter masih di atas jalan raya tenang itu hilang, tabah itu semakin berkurang, segan dan silu semakin ditimbang duga-duga yang bukan lagi sedia dirahsia.


Dan pagi semalam ibarat seperti di jalan raya, laman-laman yang dimoniter oleh gelombang sesalur eletro fibre optik masih pintu dan jendela ditutup tatkala dilintasi untuk dilayari.

(Sehingga menerbit musykil mengapa laman tentang Qatar menafikan hak untuk saya memasukinya yang telah sedia ada di situ komuniti Jepun Indonesia Korea? Apakah beza Qatar Living dengan --- Love Qatar?)

Termenung memikirkan apakah pula West Bay diperuntukkan buat komuniti dari wilayah antarabangsa yang hanya diterima eliet bangsa lain yang tinggi pendapatannya tatkala mereka semua ini adalah tenaga pekerja yang diundang untuk ditawarkan pekerjaan?


Sifat halus menginsankan pembangunan demi memajukan bandar-bandar bagaimanakah caranya andai berada di sini atau di sana akan menstatuskan diri kita?


Kesopanan diujarkan sebagai sifat hati yang tidak mahu melihat ‘pintu gerbang’ tercemar biar pun dihiasi taman bunga-bunga harum di sisi dan belakang 'pintu gerbang' itu?


Cermin biasan replikasi yang dikawal secara mendominasi itu ibarat pemandu yang tidak berhemat apakah tatkala mengetahui pelayar ini yang menjadikan infra merah sebagai laser bukan senjata?

Mengapa begitu sekali dikawal dan dipantau andai benar persaingan itu satu gelanggang yang sihat tatkala semakin banyak ciri kerahsiaan peralatan ejen penyiasat dijual menjadi alat kegunaan harian.

Apakah masih baru kepada sesetengah kita kebolehan sebuah pena tulis yang upaya merakam suara gambar memori untuk audio dari usb dipindahkan ke skrin komputer?


Sambil menikmati ciri kemewahan di sudut setiap penjuru kediaman itu minda mencari penjuru yang diabaikan – sudut menelaah fikiran – ruang mini perpustakaan masih tidak mendapat tempat istimewa berbanding sudut-sudut rekreasi hala pandangan.


VAKOG yang tidak pernah ditinggalkan di rumah walau pun berada di luar jauh dari rumah, sistem alir kanta sentuh peta di minda ini sememangnya sukar difahami oleh suami dan anak-anak apa lagi ahli keluarga yang lain.Lantas mereka gemar merasuah fikiran dan perasaan dengan kecurigaan yang melampau sehingga jiwa saya sering terluka.

Seperti berkelahi saya sering memaksa sistem VAKOG mendengar kata minda, tema kekeluargaan tidak boleh diletakkan sesuka hati atau diabaikan demi mencapai kepuasaan.

Berbincang dengan anak-anak yang begitu bernyala hasrat untuk membawa mak wannya berkunjung ke sini, lututnya yang sesuai dengan peningkatan usia menjadikan kami bermenung panjang di manakah tempat terbaik untuk seorang tua di rumah yang serba moden?

Apakah tema kekeluargaan yang begitu kukuh diintegrasikan dari fenomena kewujudan masa-masa dan waktu untuk keluarga berkunjung di premis mahu diabaikan tatkala begitu dizahirkan bagaimana unit-unit keluarga inilah umumnya menjadi penyokong dan pendorong bagi menjayakan setiap aktiviti yang dianjurkan?

Membina sifat individu bukan tema di tempat permaustautinan ini.

Ciri selari yang dikukuhkan oleh keluarga mengambil tema kasih sayang yang tidak diadunkan oleh nafsu apabila kesemua aktiviti tidak didominasi hanya oleh usia-usia tertentu bahkan penglibatan semua peringkat usia dizahirkan oleh rupa sebenar ahli bagi setiap keluarga.

Pernah melihat fenomena membawa bayi kecil ke pawagam?

Pernah melihat datuk dan nenek yang sesetengahnya berbongkok tiga diusik oleh cucunya untuk ditolak di dalam troli di super market?

Pernah melihat lelaki sesama gendernya yang telah berusia saling berpegangan tangan waktu berjalan atau bersiar-siar sedangkan mereka bukan pasangan homoseksual?

Pernah melihat tiket-tiket kebajikan yang dari jauh seiras tiket loteri ditukar dengan wang oleh kanak-kanak di meja kaunter yang ditunggui oleh lelaki-lelaki berusia yang berjambang persis ‘ Pak Cik Osama’ yang membaca ayat suci al –quran di tengah-tengah premis dagangan atau dihuni oleh lelaki muda yang tampan dengan janggut dan misai yang dirapi sering menunduk pandangan apabila terlihat gadis atau wanita muda yang berlenggang lenggok dengan gaya yang menggoda di tengah-tengah pusat membeli belah yang menjadi kunjungan ramai?

Hias dalaman dengan susun letak yang begitu indah penghias langsir yang bagai tenunan angan-angan tidak upaya memendamkan gelisah dari sini ke sekolah nanti rutin bagi pekerja yang jadual tugasnya walau tidak berpuncherkan kad ketibaan dan pulang bagaimanakah mahu mengaturkannya?


Seorang pegawai ‘senior’ bergandingan dengan seorang pekerja ‘bawahan’ tentunya pengurusan masanya tidak serupa dan bagaimanakah dandanan mewah rumah baru ini tetap tidak melukis petak-petak yang mencetak tetap di ruang-ruang hati ini untuk sedia melepaskan kesempatan yang selama ini dianyam di dalam lipatan hati.


Bilangan enam buat kami ianya berangkai-rangkai yang erat padunya melekat di dalam jiwa tanpa perlu dizahir.


Untaian rasa yang kami resapkan di dalam jiwa saling berdakapan walau tanpa sepatah bicara. Meski sesama kami paling lemah untuk menghadiahkan senyuman jauh di sanubari hati yang dalam kami saling mengerti keperluan dan keinginan yang mudah diselami.


Sesungguhnya untuk mendapatkan sebuah rumah masih menjadi kesukaran buat kami di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan