Selasa, 21 April 2009

Cedera Hati 1

Imbasan terganggu merisik lipatan lembaran usang, tatkala muda remaja melaksanakan kasih sesama saudara setiap kali kakak-kakak berpantang oleh fitrah kejadian mengendung zuriat sembilan bulan, diri ini diminta agar dengan sifat berkasih sayang..dipaksa menjadi mak bidan mengurus bayi belum sebulan merah jari nyaring tangisan…




Emak saya bergambar dengan sebahagian kecil dari anak-anak saudara yang  pernah dijaga  semasa kakak-kakak di dalam pantang pada tahun 1990




Antara banyak yang terkenang tatkala seketika satu waktu kepulangan suami kakak secara tiba-tiba meminta disiapkan pakaian seragam untuk bekalan atas tugasnya menjejaki pengganas musuh ciptaan…lebih seminggu dan sebagaimana perginya secara tiba-tiba begitu jugalah pulangnya secara senyap-senyap yang mengusung kelu lidah dari ingin berbicara.






Suami kakak ke empat saya adalah bekas pegawai di PDRM yang pernah bertugas sebagai  petugas  di bawah  PBB  di Kosovo  dan bekas pegawai polis  di Kepayan dan Tuaran.


Sepulangnya abang, dia serba tak kena untuk menelan pertanyaan yang bersuara minta penjelasan…”abang asyik diam sahaja…kenapa?” kakak berujar beradu suara dengan riuh bunyi-bunyian dari peti suara gema taluan irama dan lakonan.

Abang berkeluh resah tatkala memandang saya yang pada ketika itu gemarkan pakaian berwarna hitam dan kemelut batinnya tersua di saat menghadapi hidangan.

Pemergiannya berhadapan dengan tanggungjawab atas nama operasi sebagai tanda setia pada nusa menjadi bebanan yang perlu ditanggung seumur hidup dan kejujuran abang beramanah untuk terus dipikuli kewajaran berahsia tanpa boleh berkongsi rasa menjadikan diri ini semakin teraktif seluruh indera rasa yang mengenatikkan selidik siasat dalam hati mengapakah abang bermurung begini?

Sikap benar ia tidak berdusta dalam tutur bicara.

Benar untuk tidak menyembunyikan niat atau melindungi hasrat.Umpama Ulamak yang tertibnya mendahului amalan sebelum perkataan sewaktu membimbing dan mendidik khalayak,kejujuran mereka menerbitkan kasih.

“Di awal subuh di situ kedengaran suara bacaan ayat-ayat suci sebelum tahmid dan seruan azan dilaungkan,”seorang sahabat yang kembali dari menara gading berkongsi cerita.





Sahabar semasa bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Bukit Kuda Klang tahun 1971/72  Ustazah Hajjah Marzilah binti Haji Abdul Malek. (tentu dia tidak suka gambarnya dipaparkan di sini)


“Usah menipu membohongi saya…”

“Benar, tidak dapat dibayangikah bagaimana kalimah-kalimah itu tidak upaya mencairkan keras hati mereka yang bertamu dengan laras senjata sedangkan yang menanti itu tetap sabar memohon redha Pencipta.”

“Apakah khilaf yang mereka lakukan hingga sanggup darah merah membasah bumi sesudah Khaliq dibesarkan?” termanggu untuk menerima imbasan kelmarin yang menjelma bersama raut-raut wajah yang sering berdiri gagah di persada membina tamadun ummah.

Dahulu sewaktu pernah marhaen biasa berkampung dan berusaha bermuamalat dengan menjenamakan barangan halal sehingga dikenali dan mendapat sambutan negara sekitar, bangsa manakah yang rela menujahkan persangkaan bahawa mereka berusaha berebut kuasa kerana ada yang ingin menjadi Penguasa?

Lantaran bukan berdarah bangsawan tidak pula dilahirkan sebagai ahli keluarga elit kumpulan yang berimejkan agama ini, dengan hasrat melahirkan ekonomi Islam menerusi barangan keperluan harian,tiba-tiba adalah pengamal ajaran sesat.

Waktu itu semangat keusahawanan mulai berputik pada minda generasi baru Islam untuk menerokai pasaran bermuamalat yang mempelbagaikan barangan secara syarak lantaran mengutamakan penjenamaan halal produk yang suci bersih tanpa was-was penggunaanya.

Cetusan yang segar juga mulai terzahir oleh kewujudan cara dan bentuk nyanyian yang memberikan alternatif kepada masyarakat untuk menikmati irama nasyeed dan juga rakaman video paparan aktiviti semasa kumpulan itu.

Imbasan tahun tujuh puluhan kesimbungan penghijrahan imej dan minda generasi baru adalah ke arah bertanggungjawab kepada agama namun seperti kini kebangkitan dan kesedaran beragama sering menjadikan jiwa dua saudara bercuriga. Perpaduan untuk sebuah kesatuan biarpun semakin banyak namun kerapuhannya seakan mudah diagendakan.Adakah kerana tenunan dari anyaman didik asuh sistem pelajaran keharmonian keruh berpanjangan .

“Kaum yang murtadkah dicari jejak menyingkir untuk disingkir?”

“Bukan, malah seagama seakidah penjawat di salah sebuah institusi halal di ibu negara.”

“Dari sumber yang menyaksi sendiri waktu dilapisi putih kain kapan darah masih terus membasah. Husnul khatimah,bukan kita yang mengsahihkan. Namun tanda-tanda tetap wujud untuk diambil pedoman.”

Sejak itu semakin kukuh rasa keterasingan di tengah khalayak senyum manis basah lisan bertemu gigih mengarca bina maju jaya dinamik berinovasi memakin suburkan untuk hati menjadi keras menghitung bilah helah.Tersua taksub merintangi bebas minda untuk berasa bebas berkreatif.

Pesan guru orang yang tidak upaya mengubah fikiran selamanya tidak akan berkebolehan mengubah apa-apa. Bisik saya perlahan rantai besi dimakan bubuk hanya hamba sahaja jiwanya ingin menafikan perubahan apabila setiap detik tanpa lengah masa pembaharuan sentiasa berkitaran.

Saya tidak akan berubah tetapi saya yang akan mengubah. InsyaAllah.

1 ulasan:

  1. saya tidak minum arak, saya tidak merokok, saya tidak ada hubungan lain selain hubungan dengan suami, saya tidak berasuah, saya tidak mengambil harta anak yatim, saya tidak ambil riba, saya menutup aurat, saya berpuasa, solat,membayar zakat dan menunaikan haji ... saya yang akan mengubah bukan saya yang diubah. Radio dan interaksi medium yang dihalakan untuk dilansungkan interaksi bukan menjalin hubungan.

    BalasPadam