Rabu, 18 Januari 2012

Di Manakah teja ku?

   


Catatan Laila Ali di facebook pada 10 hb Disember 2010 jam 846 pagi

Teja tahu saya akan kekal mencabar mimpi-mimpi yang ditenun di atas hikayat juga metos.


Lalu saya sulamkan ayat-ayat mesra gandingan rasa nurani bukan emosi semata-mata buat menenangkannya.



Teja, saya terlihat wujud motif yang keterlaluan difokuskan dari jalinan idea sehingga upaya menyempitkan kerasionalan minda.

Mengapakah segala Dang dan kerabat  teja begitu sekali mahu dikenali sehingga terzahir cemar tatkala mereka  mendominasi bangsa perdana?

Duhai teja, perbezaan di antara keberanian menerima cabaran dengan sedia tidak berpakaian oleh penghayatan makna kebebasan (freedom) samakah prosesnya dengan keberanian menerima cabaran bagi menentukan kejayaan?


'Apakah moral tidak menjadi pemikiran bagi budaya?' begitukah makna tanya mu, thanaif?


Lantas budaya tidak berpakaian dari peradaban kemodenan yang mana wahai tun teja ku?


Ahhhh  seakan daku mendengar dikau membisik mahukah televisyen-televisyen dan cakra pemancar satelit gelombang internet mu menjawabnya?


Teja, Daku meminta dikau menjawabnya! Bolehkah penerbit dan pemilik stesyen-stesyen perbadanan penyiaran mu tampil memberikan ulasan?


teja!  Sekali lagi ku ujarkan pertanyaan perbezaan di antara keberanian menerima cabaran dengan berbogel kerana menghayati makna kebebasan atau ilham luahan idea menyenikan kehalusan keindahan itu samakah prosesnya dengan keberanian menerima cabaran bagi menentukan kejayaan?


Jika dikau tidak memahaminya teja biar daku mudahkan ujaran ku.

Bagaimanakah mengenali ciri-ciri etnik kelompok yang suka berbogel dan etnik yang suka melihat orang berbogel?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan