Jumaat, 3 Februari 2012

Wajah Kesayangan Hamba




Emak saya orang miskin. Miskin kepada saya ialah dia tidak dilahirkan berharta dan tidak dibesarkan dengan kemewahan dan sehingga hari ini keadaannya masih sama dan serupa.


Cuma status diri emak saya sahaja yang berubah dari seorang isteri emak kini telah empat puluh dua tahun menjalani kehidupan sebagai seorang balu ketika berusia tiga puluh lima tahun.


Saya ingin menerobos jauh ke dalam sanubari para balu dan janda yang sedia hidup bersendirian tanpa teman walau pun pernah memiliki pengalaman hidup mempunyai pasangan atau teman.


Kekuatan apakah yang dimiliki oleh mereka untuk tidak menjadi liar atas kebebasan yang diperolehi ketika berusia muda bagi menikmati keseronokan dalam menjalani kehidupan mereka sementelahan umumnya kebanyakan mereka tidak berpendidikan.


Sangat jauh berbezanya wanita masa lalu dengan masa kini.
Apakah benar begitu?


Wanita tidak upaya membuang status sebagai emak atau ibu yang sentiasa sedia memelihara keperluan dan kehendak anak-anak mereka yang ramai walau pun hanya dengan kasih sayang akan tetapi anak-anak yang ramai pasti ada seorang dua yang sering sedia menitiskan air mata emak mereka yang semakin kurang kudrat dan lemah keberdayaannya.




Ahhhhhhhhhhh anak-anak


Kasih saudara bila berada 


Kasih bapa bila mendengar kata


Kasih emak hanyalah kasih sahaja


Tiada nilai untuk diberikan tanda.





Ini adalah rumah dan tanah di mana emak saya dilahir dan dibesarkan.


Ini adalah tanah adat yakni tanah yang diberikan kepada anak perempuan yang asalnya merupakan tanah yang diteroka oleh nenek moyang emak saya setelah dipersetujui oleh adik beradik nenek moyang dan keluarga mereka pada waktu itu.


Saya berada bangga kerana keluaga di sebelah emak dan abah saya tidak menjualkan tanah-tanah mereka sehingga upaya saya memperlihatkan kepada anak-anak bahawa mereka memiliki kampung halaman yang bukan dipenuhi oleh hutan-hutan kota yang dibina dari batu bata.


Nasab jurai keluarga moyang ku bukan terdiri dari penggadai tanah-tanah untuk dijadikan harta.


Tidakkah kampung halaman bagi setiap masyarakat dan etnik di dunia ini sudah semakin lupus dan ia apakah ia akan kekal begitu apabila bandar-bandar moden dijadikan sebagai perkampungan baru?


Apakah di dalam ketakjuban ashik memandang dan mencadang dibawakan kesempatan baru di angkasa kita akan sedia kehilangan kampung halaman?


Jesteru tahukah dikau betapa saya menggelarkan rumah salah seorang ipar sebagai Kampung Mellinium?


Kedamaian suasana kekampungan tatkala kesederhanaan dan ciri asli sebuah kampung masih kekal kewujudannya adalah nilai yang bermakna kepada sebuah harta.


Ahhhhhh Mini Compaq ku masih sempat memadamkan gambar wajah ibuku.
Entah apa yang dilakukannya sehingga begitu lama daku kehilangan data catat asli pada skrin WordPad dari Mini Compaq.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan