Khamis, 9 Februari 2012

'Have A Nice Day'

Membuka catatan Haniff menemukan beberapa catatan tambahan saat melayani bualan seseorang semalam (8/2/2012)


Bagaimanakah isu-isu keamanan dan permasalahan ekonomi mendewasakan makna hubungan antarabangsa tatkala mengambil sikap dari makna peristiwa Nakhbah.


Radio itu masih tuli walaupun ianya tidak bisu. Lantas saya bertanya adakah masyarakat atau kepimpinan dunia masih kekal mahukan holly wood menaja isu-isu ummat?


Radio itu tetap tuli malah semakin pekun.


Sehingga rasa mahu 'dibunuh' sahaja kesempatan yang selalu disambar secara rakus oleh khalayak yang tidak pernah untuk menghormati perbezaan di antara mereka yang menjadi penyokong atau peminat lakonan, arahan, gubahan, lukisan, rekaan, tulisan khalayak yang digelar seniman dan artis tatkala banyak minda yang lelah kekal dimanipulasi oleh keinginan mereka untuk kekal popular.




Apakah yang diketahui oleh pemenang anugerah Globe atau setaraf dengannya terhadap peminat mereka yang beragama Islam yang tidak sedia melihat buah dada dan ponggong artis kesukaan mereka?


Adakah khalayak ini tidak sedar bahawa ranking kepopularan mereka juga dipengaruhi oleh peminat mereka yang beragama islam yang sering dipersendakan oleh pengacara komedia dari siri komedi dan 'talk show' yang ada di antaranya telah lanjut usia tetapi masih kelihatan pelik apabila masih mempersoalkan tentang beza cara hidup oleh pegangan nilai agama, budaya dan bahasa bangsa di negara-negara yang berbeza?




Bukankah Hollywood itu sudah terlalu tua usianya?


Apakah hubungan yang dibina olehnya masih di kalangan mereka sahaja pada saat dan ketika begitu mudah interaksi dan hubungan komunikasi dijalinkan?


Minda saya berujar lazimnya kita hanya nampak Cina Jepun Korea sahaja dan kini India.


Saya tersenyum seorang.


Masihkah terasa mahu 'membunuh'?


Ada cara lain?


Entah, saya tidak tahu jika ada cara lain tetapi khalayak ini juga ada yang boleh digolongkan sebagai penjenayah. Menipu di dalam berkarya.




Bagaimana pula distabilkan harga komoditi, memadaikah cita rasa dan gaya hidup di Hollywood memberi impak kepada kita?




Samalah soalan itu bagaimanakah kewujudan undang-undang antarabangsa masih tidak mampu mengecualikan bangunan ibdah dari dicabuli oleh keganasan? Tiada jawapan walaupun banyak tindakan.


Minda saya masih bermonolog sendirian.




Adakah Raja Thitis mewariskan zuriatnya untuk terus memunahkan bangunan ibdah?


Nah wahai bangsa yahudi, bukan muslim yang merobohkan bangunan ibdat mu satu ketika lalu tetapi bangsa eropah.


Mahukah Jurusalem membisu pada sejarah yang benar-benar berlaku?


Mahukah dikau mempelajari sejarah sebagaimana daku memahami sejarah?




Sediakah dikau memahami betapa marahnya diriku apabila jalur nasab keluarga ku dikelirukan sebegitu rupa? Mustahil tejathanaif@thanaif mempunyai hampir enam puluh ribu waris keturunan tatkala usia ku hanya empat puluh lapan tahun.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan