Rabu, 8 Februari 2012

Kekasih ku Kekasih Allah- Rasulullah SAW


Wanita ku dikau harus tahu saya memerlukan ‘kebebasan’  mencatat bukan dikronikan dengan  majikan mu. Saya seorang yang bebas tidak terikat dengan mu.




Dia tidak tahu membaca catatan saya dan menjadi lebih buruk kesemua catatan saya dibacanya hanya melalui bantuan mesin terjemahan yang disediakan oleh google chrome.


Akhirnya saya bertengkar dengan beberapa 'orang udara' yang tidak dikenali.




Puncanya ialah Bulan Memperingati Kekasih buat saya bermula esok ( 12 Rabiul Awal 1433) iaitu meraikan seorang ahli syurga yang menjadi kekasih kepada Pencipta manusia.




Catatan di dalam bahasa inggeris :


Muslim do not have to celebrate Hari Kekasih.


I am challenging you on Febuary as a courtesan month when  all media cronies being circle by the prostitute love  which is not prohibit by religion which wants people to know the road to the heaven according those who have a habit to follow the path of hell.


Sekali ini bahang kemarahan antara kami sukar diredakan. 





Saya mencabar Febuari sebagai bulan persundalan sekiranya media kroni dilingkari sepenuhnya oleh cinta yang dilarang oleh agama bagi menjejaki jalan ke syurga buat mereka yang suka dan gemar melangkahi jejak neraka.



Ya Rasulullah,

Mereka di sini tidak mengetahui tarikh barakah 12 Rabiul Awwal 1433 meski sangat tinggi ketepatan menghitung jarak dan masa ...



Tiba-tiba ingin ku cabar makna cinta nya Kekasih ku,

Apalah yang mahu dibesarkan imej lelaki yang dikau mahu berkongsi impian dengan mu itu tatkala Kekasih ku Muhammad bin Abdullah SAW lebih menempati di seluruh jiwa ku sehingga sukar untuk memahami bagaimana dikau masih mahu membandingkan antara ahli syurga dengan lelaki yang masih belum diketahui petempatannya di akhirat nanti.


Bulan Febuari mu ku ungkapkan sebagai musim-musim kecemburuan mu

Musim kegusaran mu terhadap hakikat cinta dan menyintai

Apalah makna cinta mu andai ia hanya untuk mengindahkan mata

Apalah erti cinta mu andai ianya hanya untuk dibelai jiwa

Apalah perumpamaan cinta mu bilamana ianya hanya untuk naluri fitrah nafsu yang perlu diberahikan sehingga kurang diri mu untuk berasa malu

Apalah bandingan cinta mu tatkala merindu itu hanya pada emosi yang luhurnya perlukan bukti


Ya cinta mu perlukan tanda – sebentuk cincin bukan intan bukan emas walau ke duanya berharga

Cinta mu dimahalkan oleh tanda harga tatkala kurang semusim upaya cinta itu terlerai memisahkan makna dua hati sejiwa rasa

Cinta mu tanpa cahaya tatkala beban sukma disamakan dengan paras beban hutang dek kerana cinta

Cinta mu upaya suram seketika bilamana ia perlu dokongan musim-musim peralihan untuk membungakan cinta setelah menyemai dan membenihi rasa itu

Cinta ku cinta yang tidak terucap
Cinta ku cinta yang tidak pernah berjawab
Cinta ku digenangi air mata
Cinta ku dihimpit kerinduan yang melara
Cinta ku digelorai oleh kesakitan
Cinta penuh rahsia ini direlungi kehinaan
Melimpah rasa.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan