Sabtu, 4 Februari 2012

Saya Tidak Suka 'Mereka' R.


26/1/2012

0643 pagi

 

Seseorang bertanyakan pandangan saya mengenai sekolah anak-anak saya di Doha. 


Saya tidak pasti mahu menjawab secara jujur atau berkata bohong R, kerana tidak adil untuk menyatakannya tatkala saya lansung tidak mengambil tahu mengenainya selain menyiapkan keperluan anak-anak saya untuk ke sekolah dan memastikan mereka menyiapkan kerja sekolah di samping mendengar pengalaman hari-hari persekolahan mereka.

 

Mahukah dikau mendengar kesimpulan yang saya diperolehi, R?


Penilaian yang sangat rendah terhadap sekolah mereka disebabkan banyak faktor:


1- Sikap pengurusan yang tidak peka pada kehendak dan keperluan pelajar berbanding sensetif kepada kehendak dan kepentingan sumber memperolehi keewangan.

 

2-  Kelemahan guru-guru yang tidak mengenali beza budaya, beza sosial dan beza anutan kepercayaan pelajar.

 

                         3-  Persekitaran yang tidak bersifat kondusif (ini                              tidak boleh dielakkan kerana keluasan                                        agak terhad)

                              

 

4-  Sistem disiplin yang tidak difahami oleh pelajar.

 

 

5-  Pihak pengurusan sedia berkhianah kepada urusan keewangan yang diperolehi oleh pelajar (sedia menggunakan wang pelajar tanpa meminta kebenaran)

 

6-  Guru-guru tidak benar-benar bersedia berhadapan dengan keantarabangsaan pelajar yang mempunyai berbagai kerakyatan.

 

 

7-  Masalah kefasihan pembunyian lafaz dan laras kata sesetengah guru-guru tidak difahami oleh pelajar.

 

8-  Pihak pengurusan dari kumpulan sokongan keterlaluan diberikan hak yang adakalanya menekan pelajar.

 

 

9-  Merokok menjadi budaya bersama di antara guru dan pelajar serta kaki tangan sokongan.  


Moral tidak menjadi sebahagian dari pendidikan di sekolah mereka kerana tidak ada pendisplinan dari sudut etika berpakaian sehingga kelihatan ketiadaan penyertaan Kementerian atau Jabatan Pendidikan Qatar memberi garis panduan yang upaya melihat dasar  dan sistem pendidikan negara ini sendiri sebagai sebuah negara muslim.


10-  Guru mempunyai tempuh yang dihadkan oleh ikatan kontrak memberi kesan kepada kelas-kelas yang akan menduduki peperiksaan.

 

11- Walau pun kebanyakan guru-guru mempunyai kelulusan pada peringkat master (didakwa oleh pelajar) mereka seperti tidak tahu mengajar kerana tidak upaya membezakan keupayaan di antara pelajar bijak dan pertengahan, lemah dan perlukan perhatian.

 

12- Adakah mengajar di kelas (di sekolah) sama seperti mana menjadi tutor di kolej dan universiti?

 

13- Di Malaysia kekuatan guru-guru kami kebanyakannya diperolehi dari Maktab-Maktab Perguruan. Adakah wujud Maktab Perguruan di Qatar?

 

 

Umumnya guru-guru dari kerakyatan England lebih digemari oleh pelajar.

 

14- Harga makanan di cafeteria/kantin dan mutunya mungkin perlu mendapat perhatian.

 

15-  Wujud perbezaan yang ketara dari sudut fizikal sekolah-sekolah di kawasan Al Mamoura membawa ke Al Sadd, di mana sekolah antarabangsa di bawah kelolaan England (Iran/Pakistan/India) kelihatan ‘terperosok’  manakala sekolah-sekolah antarabangsa di bawah kelolaan Amerika dilokasikan di kawasan bercirikan kemewahan.

 

Ia bukan hal saya R, tetapi rata-ratanya sekolah dan kedutaan dan kediaman bagi rakyat Amerika diistimewakan. Mungkin masyarakat di sini menyukai negara ini.

 

Keadilan juga tidak mampu dilakukan oleh pendidikan.

 

16-  Pendominasian oleh keperluan mendapatkan keuntungan dari pendidikan amat-amat merugikan masyarakat Qatar sendiri kerana ia tidak membawa banyak kemanafaatan berbanding kerugian pada masa, tenaga dan wang.

 

17- Adakah masa hadapan Qatar akan sepenuhnya ditandakan oleh dasar negara barat apabila nilai persamaan sistem masih dikitar agih dan dipinda mengikut Amerika dan England selain Eropah?

 

Saya tidak tahu R kerana saya tidak berinteraksi dengan mereka selama ini. Impaknya kepada saya ialah : 


BAGAIMANAKAH UPAYA BEBAN PINJAMAN KEEWANGAN PENDIDIKAN DIGALAS SENDIRI KE BAHU PELAJAR DALAM KETERPAKSAAN MEMBANTU AGAR IBU BAPA TIDAK DIBEBANKAN DENGAN HUTANG PINJAMAN APABILA KEBANYAKAN IBU BAPA MEMULAKAN TEMPUH PERSARAAN?


Saya tidak pasti R, adakah ini juga akan menjadikankan saya dengan mereka kekal berkonflik?


Ingin saya ketahui adakah kami upaya mewujudkan satu perlaksaan sistem yang membolehkan tanggungan pendidikan tidak menjadi alasan anak-anak kami tidak berminat meneruskan pelajaran mereka R, tetapi mereka yang mengawal medium  ini bukan khalayak yang tepat untuk saya luahkan rasa minda.

 

Bagaimanakah diselesaikan/disolusikan tatkala terzahir Tuan Puan di sini lebih memerlukan lulusan yang berijazah, upayakah dijadikan universiti seperti sekolah yang wajib dimasuki oleh setiap rakyat agar mendapat jaminan pendidikan tidak dijadikan perniagaan yang dikomersialkan, R?


Saya tidak tahu dan saya kurang menyukai mereka yang bertindak mahu mengawal penginteraksian ini lalu saya semskin kurang sedia mahu terus berbcara.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan