Jumaat, 3 Februari 2012

Aku Bukan Engkau

Sesuatu yang memalukan terjadi,


Klang bukan terletak di utara Malaysia Barat, bukan terletak di selatan Semenanjung Malaysia,


Klang terletak di negeri Selangor berlokasi di pantai barat Semenanjung Malaysia,


Klang Selangor berada pada kedudukan 3.02U 101..27T jika dilukiskan dari angkasa,


Klang Selangor bukan sebuah bandaraya,


Klang Selangor adalah lokasi tanah tertumpahnya darahku dan anak-anak yang menjadi tempat suamiku berkhidmat,


Serakah siapakah yang menjadikan ruang untuk ku berjaya seakan-akan terturap, disukarkan setelah begini lama mereka berhaloba di atas hak nama pena yang bukan milik mereka?


Amat memalukan apabila mereka yang tidak mengenali diri Lelawati binti MohdAli sedia menggunakan nama penanya (perasan lah pula),


Amat memalukan setelah enam tahun mencatat di blog di siber ranking bagi blog BentalaKendiriTunjangnyaAkarAkidah versi 2006 tidak disebut sebagai blog kepunyaan tejathanaif@thanaif,


Amat memalukan apabila blog-blog ku versi 2007, 2008, 2009 dan 2010 kekal mahu dijadikan orang lain sebagai pencatatnya,


Memalukan apabila blog versi 2011 entah siapa yang mengakui bahawa dia penulisnya dan kini blog BentalaKendiri ku versi 2012 masih mahu dipangku tangan oleh mereka yang tidak pernah mengenali diriku.




Gelojoh dan rakus ini memalukan ku,
Selain utara selatan timur dan barat ke mana lagi mahu dimilikkan blog-blog ku ini?


Daku menuntut kemaafan dan keterlaluankah andai tidak ku halalkan bagi mereka ke atas hak ku sebagai seorang wanita yang telah bersuami dipersendakan?




Maaf aku tidak bersama engkau lagi untuk meraikan apa-apa perubahan,


Aku tidak pernah berubah kerana aku dilahirkan sebagi seorang muslim berbangsa melayu yang tidak pernah menukar nama mahupun agama,


Aku tidak pernah berubah kerana aku bernikah secara syariah,


Aku tidak pernah berubah tatkala aku tidak mengandungkan janin secara luar nikah kerana aku melahirkan anak-anak dengan ijab dan kabul yang sah,


Aku tidak berubah kerana aku tidak berasuah, tidak mencuri, tidak mengambil hak orang lain secara tuntutan palsu yang tidak bermaruah,


Aku tidak berubah kerana sejak lahir aku tidak minum arak, aku tidak memakan makanan tidak halal, tidak menjadikan riba sebagai pendapatan, tidak menipu, tidak berbohong, tidak menganiya, tidak memfitnah.






Aku tidak berubah kerana aku tidak pernah mahu menjadi seperti engkau yang tamak,


Aku tidak tamak seperti engkau kerana itu aku meletakkan nama pena ku di atas nama ku,


Aku dan engkau tidak pernah serupa.




Aku tidak mengambil harta engkau,


Aku tidak berebut malah aku tidak bersaing untuk sebuah kasih sayang,


Aku tidak berubah hanya untuk menjadikan anak engkau sebagai anak aku tatkala semua manusia bersaudara,


Aku tidak memikat suami engkau atau pasangan engkau atau teman engkau atau kekasih engkau atau tunangan engkau,


Aku tidak berubah kerana aku tidak menjual kepercayaan untuk membeli kesetiaan seperti mana engkau,


Aku bukan engkau,


Aku tidak perlu mengait bulan tatkala bulan itu hanya untuk dipandang,


Aku tidak terbakar tatkala suria itu hanya pemberi cahaya,


Aku tidak perlu berubah hanya demi untuk menjaga hati engkau,


Aku tidak berubah kerana aku lebih baik dari engkau,


Ya engkau yang aku tidak kenali yang masih bersembunyi.


P/S :
Catatanku di Mini Compaq uahlah diganggu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan