Rabu, 29 Februari 2012

Dan ... Kami Masih 'Berbalah'


Saya tersenyum apabila dinyatakan iklan yang tertera mengenai Universiti Liverpool di blog-blog saya sebagai spam. Bagaimanakah boleh disahihkan wujud tawaran pembiayaan untuk pendidikan tinggi di blog ini tatkala ianya adalah mustahil kerana pemilik blog ini tidak berkelulusan. 





Catatan mengenai zaman kanak-kanak dan persekolahan saya dikesan tiada di dalam fail usb yang disimpan di dalam dokumen microsoft word. 

Bertanya pada yang mahir mengenai software tidak membantu apa-apa kerana terasa saya diperlekehkan kerana tidak ada pengetahuan tentang komputer. 


Cara mudah untuk menafikan hak yang sah boleh dituntut. 

Saya merungut di dalam diam.



Memang benar laluan ke sekolah saya pada tahun 1970 adalah melalui sebuah istana.

Istana Alam Shah Klang di negeri Selangor salah sebuah negeri terkaya di Semenanjung Malaysia.

Sekolah pertama saya ialah Sekolah Kebangsaan (Perempuan) Jalan Bukit Istana Klang sebuah sekolah yang terletak berhampiran dengan istana rasmi Sultan Selangor yang juga berhampiran dengan hospital di mana saya dilahirkan yang berlokasi di atas bukit.

Saya masih mengingati guru besar ketika itu  ialah seorang wanita yang telah berusia dengan stail cermin mata serta baju kebaya labuh dengan kain batik setiap hari.



Ada dinukilkan juga kenangan bersama aruah abah saya yang menjadi anggota polis traffik yang mengiring ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor ketika itu.


Mengapakah  'dicuri' kisah sejarah orang lain yang sudah tentu tidak sama dan tidak serupa di antara satu sama lain?


Saya memandang tinggi keupayaan saya mengimbas kenangan lama yang banyak tersimpan jauh di dalam sudut minda ini dengan menyusunnya satu persatu  mengikut kekuatan emosi dan jiwa yang dibantu oleh irama dari frekuensi gelombang.


Adakah ini juga menjadi salah?



Adakah anda tahu bagaimana gagalnya masyarakat baru dalam menilai sejarah yang telah diperbaharui oleh Amerika?

Mengapakah mereka membetulkan sejarah?


Sila kita menjawab sendiri setelah kebanyakan kita telah mulai berasa mual dengan ungkapan istilah baru Asian Amerikan setelah Afrikan Amerikan.

Nah lihat bagaimana rasa aib yang tertumpah ke atas makna Asian yang kian hilang dan rapuh identiti jati diri berperibadi.


Apabila masyarakat muda di Teluk segan dan berasa malu untuk mengakui kedudukan negara mereka adalah di Asia kini masyarakat baru Asia yang dilahirkan di Amerika tidak ragu-ragu melabelkan diri mereka sebagai Asian Amerikan.

Memualkan kerana wajah roman saiz tubuh mereka amat-amat berbeza dengan wajah imej fizikal dan roman Amerikan yang mendapat kemerdekaannya dari Belanda pada 1830.

Belanda?


Wajar masyarakat baru ini berasa malu dengan sifat bina pembentukkan jati asli berperibadi masyarakat di Eropah yang saya lihat masih mempunyai keaslian imej perawakan perwatakan dan kekal dengan kukuh dan berasa bangga dengan imej diri mereka sebagai Eropah.

Salahkah jika  melihat hanya Eropah sahaja yang benar-benar upaya mencabar Amerika dari pelbagaian sudut politik ekonomi, sosial, budaya selain perkembangan sains dan teknologi mereka tatkala kelemahan negara kita semua yang setelah sekian laman merdeka masih dipenuhi oleh aktiviti dan kegiatan serta hasrat adalah untuk menjadi seperti Amerika?


Ia memalukan sanubari minda saya.


Amerika mendapat kemerdekaan dari Belanda?

Biar betul.


Dan apabila ada antara kita mengikonkan Kamal Artartuk kelihatannya kita memang buta sejarah dan tidak tahu sejarah.


Tanah sebagai sifat asli bumi sendiri menolak untuk memberi tempat kepada jenazah Kamal Artatuk dikebumikan anda mahu menjadikan dia sebagai ikon!


Kita mesti bertanya dengan jujur kepada rakyat di Turki apakah benar atau sesuatu yang dipalsukan bahawa jenazah Kamal Artartuk hanya dikebumikan di atas pelantar simen dan tidak menjejak di atas tanah kerana tanah tidak mahukannya?


Apakah kita masih mahu mengkomedikan tentang ahli syurga?


Bolehkah kita bertanya kepada media dan stesyen radio televisyen apakah tidak boleh ditiadakan unsur-unsur maksiat yang menjadi imej kebanyakan perbadanan penyiaran?


Mungkin anda tidak tahu tentang sejarah diri anda sendiri kerana bercampur aduk dengan pelbagai jenis gen.


MEMUALKAN.


'Western people need entertainment.
Not all of us need a same entertainment.'


This is the issue.


They want to have entertainment in everywhere they go but they have their own country to have what they want not in here after UAE, Algeria, Morocco, Turkey, Egypt, Mauritania  and all over the world.

Arab is not in Asia?


How arab young people forgot about  the fact they are from Asia when their soil part of Asian continent?
May be they are migrate from others space or planet – I wonder.

If I have a choose – I do pray Qatar will never have too much entertainment field like UAE.



Mengapa saya katakan bahawa masyarakat baru buta  sejarah?


Adakah sesiapa boleh membantu menerangkan mengenai apa yang terjadi pada 14 hb Febuari 1981 di Dublin tatkala perayaan memperingati St Valentine di Stardust yang dikendalikan oleh dj telah menjadi saksi bagaimana generasi muda pada masa itu diuji dengan kemalangan yang penuh tragis dan memilukan?


Mengapa masyarakat muda dari generasi yang berbangga menjadi orang muda tidak mahu menyorot mengenai kemalangan yang menimpa belia dan remaja pada waktu itu?


Saya masih membaca dan menilai fakta bukan mahu bersenda 'and make fun on everything.'


Anda semua menolak dan bersikap prejudis pada catatan di blog-blog  saya kerana saya seorang wanita melayu muslim yang sudah berusia, telah berkahwin dan mempunyai anak-anak remaja.


Apakah perkaitan antara jenazah Kamal Artartuk dengan tragedi di Stardust?

Ia mengenai iman ketika kita memilih untuk beragama.

Ia mengenai akhirat sebagai masa hadapan ummah.


Tanah dan bumi tidak menerima Kamal Artartuk kerana penafian hak-hak Allah dan Rasulullah SAW yang dilakukannya ke atas bumi yang diperdaya muslihatkan dengan khianat sewaktu kerajaan Khalifah Othmaniah masih berusaha untuk beramanah ke atas tanah Palestein yang menjadi fokus yahudi dan nasrani untuk memadamkan roh iman hidup beragama.


Anak-anak muda di Stardust terbakar sehingga sukar dikenali oleh kesan pembakaran yang menjadi sebab kemalangan kerana suratan takdir Allah walau pun puncanya disebabkan oleh sesuatu yang normal terjadi apabila ada acara yang melibatkan kemeriahan dan perayaan yang menjadi kelaziman bagi budaya barat.



Saya lebih menghormati masyarakat di Eropah meski pun mereka menolak dan menafikan kemandirian dan bakat saya kerana saya tidak berkelulusan.

Mereka hanya pentingkan kertas kerja 'paper work' tatkala saya menggunakan konsep penceritaan bagi membuka minda untuk membina hubungan.

Amerika hanya menganuti kebebasan tanpa batas di mana mereka akan menjadi seumpama ‘penyelamat’ tatkala individu atau seseorang atau sekumpulan memerlukan bantuan untuk beroleh kejayaan.

Saya tidak memerlukan method dan kaedah seperti itu.

Jujur saya masih tidak menyukai Amerika.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan