Sabtu, 2 Mei 2009

Pepasangan



Setia atau Khianat?


Catatan jari hilang lagi di saat sedang memproses penyimpanan pesanan ringkas ke peti simpanan.


Mesin itu ku perhati.


Dibelek setiap sudut hadapan belakang dan sisi sandingnya.


Ia tidak membalas pandangan kerana sifat kaku bekunya yang hanya merupakan alat pemudah untuk diinteraksikan bukan alat pengubah yang menatijjahkan.


Aksinya ini mengkelamkankan jiwaku walau hampir dua ratus pesanan-pesanan ringkas tersimpan di dalamnya. Ia seakan bukan laksana pemangkin keserasian perhubungan lantaran diperakui kerana selama ini ia lebih bersifat sehala tetapi dengan berbagai pendirian yang semakin bersikap autokrat.


‘Pendidikan yang berorientasikan perniagaan pasti melambakkan penganguran,’ dijeritkan pada mesin yang membatu itu.


Sekonyang-konyangnya tabiat sejatinya yang kerap mahu memadamkan catatan jari yang tersimpan kemas untuk kegunaan peribadi menyerlahkan sifat kekurangan yang menjadi kelemahan fitrahnya selaku alat yang dibentuk untuk menjadi hamba.


‘Kamu tidak mampu mengurung fikiran saya walau pun kamu menutup laluan untuk dilintaskan pencatatan ini!’disemburkan lahar hangat untuk alat bisu yang kelihatan masih utuh biar pun telah beberapa kali dihempas diketuk dilontar agar ia rosak untuk tidak dapat diperbaiki lagi.


‘Bagaimanakah anda gagal mengidolkan bumi anbiak ini dengan ahli syurga apabila anda menolak hakikat masa hadapan itu adalah akhirat?’jerkah ku nyaring.


Ia membalasnya dengan deringan panjang nada yang membingit di telinga.


Benar-benar ia telah cedera lantaran kekosongan jiwa yang memerlukan rawatan…


Aaahhhh serata teluk lengkaran penasihat itu telah mengaudienkan hubaya-hubaya yang tidak kisah andai bahasa ahli syurga itu dipinggirkan.


‘Apakah anda yakin Nabi Isa akan menggunakan bahasa Inggeris lalu anda meraikan pendiskriminasi bahasa ibunda umpama maharaja?’


‘Apakah Jawa, Aceh dan Minang memberikan anda rasa?’seperti terdengar alat separa besi dan aloy juga plastik itu meningkah keras.


‘Itu bangsa atau tanah, jika bangsa ia dibenihkan andai tanah ia didatangkan. Anda pergi bertanya kepada para adika tidak wajar disembah pada warga!’


Sudah lama laman-laman yang menghangatkan jiwa tidak lagi dikunjungi saat jendela bumi menagih gema anjung warisan balainya sekadar menggamit kenangan bila mana pemuka-pemuka abad kini mulai mendestruktif ceratai bahasa jiwa bangsa .


Padah melobi kuasa kini ditanak air mata.


Digenggam takut mati dilepas takut terbang.


Singa di tengah padang upaya didepani namun ular di dalam semak terus digeruni.


Namun keji lagi Pak Belang yang tidak ingin merendahkan dirinya andai hanya cicak menjadi mangsa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan