Jumaat, 9 April 2010

Ziarah Penghijrah 1

Kesederhanaan kota yang ditinggalkan seketika masih menemani perjalanan ini.

Kami meninggalkan Kota permaustautinan buat seketika untuk pertama kalinya setelah empat tahun berlalu.

Kota keamanan bukan terletak di Washington atau di Holly Wood atau di Bolly Wood atau mana-mana kota yang masih beriramakan sosial imprealisme .

Bagaimanakah pengetahuan mellinium diasuh tatkala makro dan mikro ekonomi masih bercernakan pengaruh-pengaruh agenda atas nama projek yang menyaluti kehidupan berkebajikan?

Akhirat bukan sesuatu yang wajar diprojekkan mengikut ukuran kehendak dunia tatkala ummat semakin mahu beragama.

Terlihat persaingan yang sedikit mengecewakan di antara negara-negara Teluk sesama sendiri yang tidak mensasarkan fokus untuk memberdayakan keupayaan dan kekuatan yang mereka miliki hasil dari kekayaan yang diamanahkan di bumi ini.

Menerawangkan diri untuk tidak menghilangkan hati dan emosi yang upaya melupakan diri. Itulah perasaan yang dikepung agar tidak lena oleh mata sendiri sepanjang perjalanan ini.



Setibanya di Dubai kami teruja melihat Al Burj Khalifah yang berjirankan lokasi terbesar pusat dagangan yang bercitarasakan versatile namun tidak banyak pilihan yang upaya memenuhi kehendak kami atau adakah kerana kuasa beli kami melemah secara terpaksa oleh piawai masa depan yang terus perlu diasaskan dari selisih harga beli dan jualan demi hitungan untung yang menyaksikan perbandingan pendapatan berbanding perbelanjaan?

Adakah perasaan ini sesuatu yang perlu disembunyikan hanya bagi memelihara rasa di sanubari tatkala masih di hati mengucap terima kasih kerana upaya membuah rasa bangga tatkala melihat Kota yang menjadi milik muslim?


575 dirham untuk berada di Top of The World membuatkan diri membisikan perlahan membelai jiwa sendiri ‘ucapkan terima kasih Tuan’ kerana membenarkan muslimin berasa bangga untuk melihat wujud Kota mereka antara tertinggi di dunia dengan tema perincian yang berencana.

Jendela minda ini bukan berbingkaikan tetingkap rasmi mana-mana alam subatomik yang berkapasiti kecil 3.6 V.

Minda berbelas rasa.

Kami miskin kewarasan beberapa ketika tatkala alasan untuk mendapatkan kekuatan dan tenaga dari makanan mencecah 1873 dirham bagi empat hari meski tanpa sepenuhnya memenuhi cita rasa selera kami.Sekilas lelucuan dari minda muda yang 'mentedarah' secara simbolik waktu menikmati sajian makanan di kaca televisyen menambah ceria suasana meski sedar ia signikal sopan yang menyindir catatan yang masih belum diterbitkan lagi tatkala itu oleh keupayaan 'berkongsi' tanpa izin dan kebenaran.

Tiba-tiba hati teringatkan Cik Puan lalu diutus kata beginilah yang dimaksudkan bahawa hampir 6 billion pendapatan upaya diraih dari sektor permakanan di dunia muslim yang pecahan kependudukan mengikut benua.

Seperti terdengar jawapan,'sudah tahu.'

Serupakah tahunya kita mengenai penggunaan tanah untuk perladangan yang menyumberkan tenaga gantian dan samakah jenis pengeluaran yang bukan dihasilkan kehalalannya oleh negara muslim?


Bagaimanakah cara terbaik menilai masa hadapan yang sedang dilaksanakan ini tanpa terlihat nilai dan ciri tradisi budaya muslim?

Tiba-tiba terdesak ingin dicari ketahanan budaya arab melalui gelombang dimensi antarabangsanya yang upaya berinteraksi dengan sedikit integrasi.

Konsep pembinaan Kota bagaimanakah upaya melingkari nilai-nilai akhirat yang mahu turut dipiawaikan oleh suhu tatkala sumber sel solar upaya menjadi gantian kepada bekalan tenaga dan arus alirannya?

Mereka membina jendela yang berencana dan beragenda berpusatkan titik sifat kepenggunaan masyarakat dunia menerusi telekomunikasi yang kemudiannya bersentuhan minda dengan hati di Konikuniya dengan pemetaan realiti tatkala menyendiri di sudut bacaan yang sunyi.


Bagaimanakah mahu melihat setiap diri tanpa mengenal status sosialnya mengambil peranan tanggung-jawab untuk memfungsikan amanah tatkala mellinium kekayaan bersifat individu yang bukan hanya teknokrat sahaja pembekal yang menjadi saluran keuntungan?

Ulamak dan pewaris teladan keluhuran akal wajar mengaktifkan fungsi keberdayaan untuk diteladani bagaimana amanah untuk diasuh generasi.

Apakah imej lambang Kota dipiawaikan sepenuhnya menurut kehendak keperluan mengindustri-barukan sektor pelancungan yang diterokai oleh minda tanpa mewacanakan di antara hak dan batil di dalam memperadabkan kemanusiaan?

Selingkar imbasan apakah kekayaan dan kemewahan ini menjadi alasan Gazza dan wilayah sekitarnya miskin?

Terma lama dengan wacana baru pada konsep embargo selain membuka ruang kesempatan untuk peperangan melemahkan kebistarian kepimpinan yang upaya mensejahterakan dunia dan alam.

Mengapa wajar minda ini sering begini?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan