Selasa, 20 April 2010

Ziarah Penghijrah 2

(sambungan ... Ziarah Penghijrah 1)

Mata tidak dapat mencari lokasi bangunan Trade Conventional yang menjadi tempat pertama dijejaki pada tahun 2003 oleh ceracak bangunan yang menurus tinggi melingkari wilayah kekayaan penggabungan korporat yang bersinonimkan persediaan untuk pantas mengeluarkan pelaburan modalnya sesuai dengan kehendak dari tuntutan pengkonspirasi yang mengawal sepenuhnya dasar dan sistem pasaran keewangan.

Wajar yang bagaimana mendominasi minda muslim berlaku di dalam dekad setelah berakhirnya peperangan dunia?

Apakah tradisi mewujud dan melahirkan kuasa pengkonspirasian diperlukan tatkala penghuni alam ini menjurus kecenderungan mahukan keamanan namun sebaliknya ia menjadi senjata untuk melumpuhkan sesebuah negara?

Sesuatu yang membuatkan minda tersenyum tatkala menuju ‘ke zon Kota Muslim’ adalah metos media Barat yang sering menjadikan Iran sebagai sasaran pergelutan dilemma yang menggolakkan minda masyarakat dunia.

Sepanjang laluan itu terlihat tersergam indah tile mercu tanda negara Republik Islam Iran yang berwarna warni dengan bangunan yang berbenderakan warna hijau putih dan merah terletak bersebelahan dengan kawasan kejiranan mewah bandar Dubai.

Bangunan kediaman, sekolah, hospital wanita Iran saling berantai memanjang menempati kawasan mewah The Village Jumeira Centre menuju Emaar Square dari Al Bada’a.

Sunni dan Syiah saling menzahirkan persaudaraan yang digambarkan menerusi petempatan ini mengharukan minda tatkala sering tersentak sukma oleh ketegangan yang diwar-warkan untuk dijatuhkan hukuman ke atas negara itu yang beralaskan kepintaran warganya mengorientasikan penggunaan kemahiran tinggi sumber pembangunan kajian sains nuklear.

Tambahan pula sokongan rakyat muslim yang diberikan kepada Iran adalah munasabah dan wajar mengubah cara Amerika dan barat memandang potensi kemandirian dunia muslim yang menelan semua kepahitan dan sindiran mellinium dengan tabah sabar dan tenang.

Mengapa diujar begitu?

Tidak jauh dari wilayah mewah itu adalah petempatan Financial Centre yang berdiri bangunan Barclays Bank yang diwar-warkan sebagai milik yahudi kristian yang menaja gelanggang untuk dua puluh dua lelaki beradu kekuatan dan ketahanan hanya untuk mendapatkan sebiji bola.

Minda terus tersenyum tanpa alasan tatkala mengimbas kekerutan dahi para negarawan yang mahu mengusahakan keamanan tatkala di gelanggang pertarungan stamina upaya dibebaskan pertumpahan darah walau masih tidak munasabah oleh kelumayan tawaran bayaran.

Seketika terfikir tentang mereka/pasukan yang tidak dibenarkan menerima bayaran setelah ditaja oleh PBB.

Benarkah begitu?

Bagaimana pula dengan duta-duta keamanan dari kalangan karyawan yang menggunakan platform PBB untuk meraih lebih perhatian?

Banyak fenomena membuatkan ziarah kali ini membuatkan minda tidak upaya menokhtahkan transmiter billion zon-zon akal.

Kota muslim siap siaganya juga perlu persediaan tanpa senjata tanpa keterlaluan diikuti buat dipatuhi tuntutan dasar dan sistem yang sedia ada yang telah mencemarkan persaudaraan dan persahabatan serta ukhuwwah sejagat khususnya yang bernasabkan dari keturunan mulia para nabi dan Rasul.

Apakah rasa ini perlu disembunyikan hanya kerana gusar dimusuhi tatkala rasa di sanubari masih di hati mengucap 'terima kasih' kerana upaya membuah rasa bangga melihat Kota milik muslim meski termuram rasa tetap ada tatkala melihat identiti muslim semakin jauh dari keinginan mendakap entiti mukmin?

Variasi sifat berdirinya muslimah begitu sukar ditemui sepanjang kami memundar-mandirkan diri di sekitar arena kejiranan Al Burj Khalifa.

Tidak seperti di daerah maustautin yang begitu mudah ditemui jasad-jasad muslimah berabaya serba hitam dengan penyerlahan keanggunan yang menyeimbangi dan mengharmonikan moden dan seni konservatifnya.

Muslimah berabaya anggun sukar ditemui di sini kerana lokasi-lokasi itu dipenuhi oleh penjawat awam dan swasta dari luar yang meningkatkan jumlah kependudukan bagi warga Emarati yang kecil jumlahnya.


Bandar maustautin itu masih kaya dengan sifat konversetifnya yang menjadikan sesekali minda sukar berlaku adil.


Kamar-kamar istirehat awam bersih dan olah reka bentuknya mengimbau jauh ke tanah air.

Sepusat titik mula lingkarannya biar jauh tetap bertemu semula atas satu nama.

Pembinaan Kota kelihatannya diseragamkan dengan satu tema.

Jenis sifat baru bukan baru kini dilansungkan.

Setiap dasawarsa akan dipupuk semai perubahnya.

Perubah itu manusia yang bersifat insan kamil seperti mana Salehuddin Al-Ayubi yang berbala tenterakan perwira dan apakah kesebelasan atau kumpulan pemain di gelanggang upaya diberi persamaan seperti tentera Salehuddin Al-Ayubi?

Jika ya mari tanyakan pemain-pemain yang bernilai puluhan juta upayakah mereka memberikan Al-Aqsa kepada yang berhak atau paling tidak menjadikan ia contoh wilayah atau daerah yang upaya diteladani keamanan dan keselamatannya untuk dimiliki secara bersama tanpa dicerobohi atau dimusnahkan asas bukti ia pernah didiami secara rukun bersama di antara muslim yahudi dan nasrani?

Apakah yang telah diabaikan oleh warga arab untuk kami yang bukan arab melakukannya?

Apakah yang mahu dikejutkan dengan istilah pembaharuan jika hari ini tetap berlalu bagi menemui esok?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan