Jumaat, 2 April 2010

Burqa Seorang Muslimah Bukan Menutup Minda

26-03-2010

Semalam jiwa beroleh damai tatkala menerima panggilan dari kenalan jauh dari seberang yang mahu dikirimkan padanya catatan-catatan bertulis untuk di fikirkan mahu dilakukan apa mengenainya.

‘Kita tidak berselerakan menu yang berasaskan tenusu.”

“Kita suka singkong rempah herba dengan helaian daun kunyit atau daun-daun pucuk muda ulam raja yang ditumbuk sedikit bawang dengan ikan bilis diletakkan sedikit hirisan cili atau ikan yang dikail dibakar bergaulkan halia yang dibungkus dengan daun pandan atau daun pisang atau disalai ikan itu yang digagang jauh dari api.”

“Paling tidak betik yang masih mengkal belum sepenuhnya masak dicincang halus sebelum ditumis bawang ikan bilis bersama cili atau paling kurang betik itu dihiris kecil-kecil untuk dijadikan singgang yang diharumi oleh daun kunyit atau daun selasih yang jika sekadar digoreng tauhu atau ikan asin yang diperah dengan asam limau setelah digoreng bawang dan lada sudah sekadar memadai buat kita di tanah yang di sana.”

“Kita petik cili di tanah sekangkang kera itu, kita petik daun selasih daun pandan dan digali kunyit dan kincir bersama singkong atau ubi kayu sebelum dibakar atau direbusnya untuk digaulkan bersama kukuran kelapa muda yang boleh sahaja dibeli atau minta izin dikait dari jiran untuk digaul bersama sedikit gula dari asas air nira yang dipungut dari pohonnya dan dimasak bersama isi kelapa sebelum dibentuk ia menjadi gula-gula kabung yang kurang rasa kemanisannya.”

“Tanah mu yang di sana tidak pernah mewujudkan kematian oleh kebuluran kerana nelayan-nelayan kecil mu kemiskinannya tidak menjadikan mereka tamak sombong untuk meletakkan harga tidak munasabah walau kudrat dan tenaga kecil mereka dilambung oleh gelombang lautan yang menjungkang kalangkan perahu kayu kecil tanpa enjin kuasa jentera tetapi perahu dan tongkang kecil itu berkudratkan tenaga semata-mata. Kemiskinan itu menjadikan kita hanya meletakkan kejujuran dan keikhlasan sebagai kekayaan.”

“Ternakan masih upaya menjadi ladang yang membahagikan ahli keluarga untuk saling berkerjasama ceria menyumbang jasa sedikit untung diagih sama meluas laba dimanafaat dengan acara agama.”

“Kita adalah masyarakat yang diistimewakan dengan pakej lengkap melengkapkan bagi menjadi sempurna.”

“Jangan lupa kecil pondok tempat kita berguru tidak perlukan banyak peralatan kerana dinding buluh dan atap dari nipah itu kita ambil dari hutan rimba malar hijau yang diberi percuma oleh alam tetapi perlu dimodalkan dengan tenaga.”

“Kita boleh berlama-lama memahami kisah Dipo Nogoro yang tidak berkuasakan hikmat kuasa atau kisah Raja Haji di Teluk Ketapang yang berwiridkan selawat dala ‘il al-khairat dengan selawat maulud ke atas junjungan kita buat berhadapan dengan tentera Belanda. Itu kekuatan asli peribadi dan jiwa kita yang tidak wajar digantikan dengan kisah yankee atau kisah politik yang dikuasakan hanya kerana pasakan aktiviti ekonomi semata-mata.”

“Tanah mu dan tanah semenanjung ku masih sama berada di atas pelantar plankton yang mengawankan berbagai jenis biakan ikan tanpa pernah disuratkan bahawa wujud satu-satu harinya untuk tidak ke sungai atau lautan kerana kita rumpun yang dilahirkan dari nasab keturunan cinta dan berkasih sayang kerana akidah itu bukan persaingan yang digelanggangkan meminta tebusan nyawa tanpa tuntutan pampasan. “

“Tidak mahu kita wujudkan sengketa atas niat mahu memijak bangkai yang masih hidup demi memanjangkan hayat hidup kita walau pernah ganyang Malaysia itu mendukakan persaudaraan.”

“Daku tidak inginkan muafakat dengan tanah yang pernah mengusir rakyatnya ke utara dan selatan benua yang miskin jiwa sehingga pernah di atas runtuhan masjid yang telah teralir darah jiwa yang tidak berdosa untuk dibina sebuah bangunan lain. Tidak. Daku tidak mahu wujud muafakat dengan benua kecil itu kerana itu daku memandang rakan tanah seberang bagaikan adik sendiri. Asalkan sahaja dia tidak terikat dengan jantan keparat pemantau yang menyangka dia penyelamat.”

“Kamu ingat saya ini termasuk dalam kumpulan yang pergi ke seberang atas tujuan mahu mendamaikan pemimpin dengan bantuan orang luar? Jantan keparat.”

Tiba-tiba sahaja kemarahan sukar diteka dari mana ia bermula. Dia masih gagal mahu melunasi sempadan wilayah angkasa yang entah dari jenis apa ia dipagari atau di sukat tatkala menghampiri kodinit digit lintang 104 dan kodinit bujur 03.

“Tanah kita dik, ada kisah penglipor lara seperti Malim Deman, Angggun Chik Tunggal, Tun Kudu, Tun Teja yang bernasabkan asli jati diri seperti mana nasab dari ummul mukminah yang melahirkan Siti Fatimah Az-Zahra’ selepas Mariam menunggalkan Isa tanpa hubungan jasad antara lelaki dan wanita.”

“Dik, kita masih mahu meuniversalkan siapa tatkala Tok Selampit kita juga pintar dengan kisah Sabai Nan Aloeh atau Nan Tunggal Si Magek Jabang.

Buluh-buluh dari rimba malar hijau itu tetap madrasah bagi dikekal teruskan bahasa nusantara kebanggaan kita berbicara tanpa perlu komuniti di Alabama dijadikan batu loncatan untuk kita memahami jenayah dan siri kegiatan penggelidahan kemurahan moral para hamba yang masih mahu kekal mencemarkan khianah dari amanah untuk bertanggungjawab tatkala pernah disonsangkannya setiap butir bicara kita.”

“Fahamkah dikau dik, komuniti di Alabama atau Chicago itu bukan batu loncatan kita untuk memahami khianah yang pernah disuakan sehingga pudar kepercayaan yang sekian lamanya ditelan dengan pahit mahu membuangnya berasa payah.”

“Cerita-cerita berbingkai ini tidak berakhir di sini. Ia akan membawa ke akhirat untuk dihakimi pengadilannya setelah keadilan perundangan di sini masih bermata untuk mengenali hak dan batil atau meletakkan rendah garisan hak tatkala ia mahu dilewati oleh status yang tinggi namanya.”

“Dik, kita mahu hikayat Bayan Budiman, Hikayat Bakhtiar, Hikayat Gulam juga tidak dilupa tentang Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Muhammad Ali Hanafiah yang menukil tentang Iskandar Zulkarnain untuk bersalasilah dengan Ar Rasul yang mendakap erat Allah sebagai Pencipta.'

'Jangan sampai kita terlupa dik.!'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan