Khamis, 15 April 2010

Lingkaran Belenggu

Muat turun virus dari sel kelabu menghubungkan hati ku yang beku.

Lalu terbicaralah bualan intelek berohanikan emosi.


"Seandainya sememangnya ada peperiksaan anjuran Cambridge yang menggunakan aplikasi bahasa melayu mengapakah anak-anak yang terpaksa berada di luar negara tidak diberikan kemudahan untuk meneruskan pengajian mereka di dalam kelas yang menggunakan capaian pembelajaran sepenuh masa di dalam bahasa ibunda mereka?"

"Saya tidak melihat kewajaran untuk direlevankan alasan kerana segelintir yang berada di luar negara maka pendirian mereka mahu diterima bulat-bulat bahawa kesemuanya mesti menurut pengalaman mereka ketika berada di luar negara."

"Atas alasan apa mahu diterima tatkala anak-anak mereka tidak tahu berbahasa melayu selain bagi perkahwinan dengan warga asing yang diketahui mewujudkan kesempatan memiliki lebih dari dua kemahiran berkomunikasi?"

Kadangkala tersenyum sumbing dengan alasan remeh dan kecil begini sehingga perlu ditukar buku ke dalam bahasa inggeris dicarikan guru tusyen untuk ditingkatkan pembahasaan inggeris malah pelajaran agama fardhu ainnya juga molek-molek digunakan bahasa sendiri, kini setelah setahun berada di luar negara kelihatannya seperti kita perlu menelaah di dalam bahasa inggeris sehingga perlu bermula dari sifar.

Tiba-tiba minda dirasuk tanpa sentuhan :

Memediakan minda untuk mengubah masyarakat memang benar dengan berpengetahuan namun sehingga bila ia perlu terus dipusatkan dengan hanya usaha pemberdayaan dari satu bahasa sahaja sehingga tidak terbangun iktiraf kita untuk bahasa rasmi pilihan Perlembagaan?

Bagaimana dengan mereka yang upaya berpendapatan namun tidak dengan bahasa Inggeris? Perlukah mereka menjadi penyamun? Radang yang berlarutan ini tercetus tatkala melihat keterlaluan ‘dilacurkan’ pendidikan tatkala mahu mendapatkan kelas tusyen selama empat bulan di antara empat hingga lima pelajaran bagi peperiksaan IGCSE di tanah air, kos yang perlu ditanggung ialah sekitar menghampiri RM 20,000 dan pilihan terbaik kosnya sekitar di antara RM 18,000- RM 16,000 (tahu erti beza pelajaran tusyen ke rumah) namun apakah wajar kos yang tinggi ini dipenuhi?

Ini bukan kelas sepenuh masa tetapi kelas bantuan tusyen kerana anak masih sukar melupakan kemahiran tinggi guru-guru tanah airnya yang berdedikasi mengajarnya sehingga berjaya memperolehi 4 A 1 B di dalam UPSR walau pun dia tergolong di dalam pelajar yang lemah!

Boleh jalanlah jika tidak boleh tersungkur kami upaya merangkak untuk memberikan pengetahuan kepada anak-anak –bukan semata-mata pendidikan.
Ramah tamah jiwa keanak-anakan terlontar tanpa sengaja.

"Setelah diketahui kesemua jurusan kenegaraan dimilik sepenuhnya oleh kerajaan mengapakah tidak diteruskan usaha yang merintis untuk dimaju bangun dan dikembangkan bahasa rasmi negara dalam mengolah usaha meningkatkan kemahiran berpengetahuan warga yang sedia ada potensi jaya diri tetapi tanpa ruang kesempatan untuk dibangunkan?"

"Lantas salah dan khilaf yang bagaimana jika terlihat wujud keupayaan pihak lain yang dianggap berdinamik untuk berproaktif memberikan daya kefungsian akal sebagai wacana yang menginteraksikan spiritual kerohanian dengan kekuatan jasad melakukannya?"

"Lebih empat puluh tahun kesempatan diberikan untuk mendakap kejayaan erti memenuhi kemerdekaan namun yang diubah pelajaran asas yang menunjangi keberpengetahuan warga kian menjurangkan sekolah di dalam bandar dengan sekolah yang berada di pendalaman (bukan di luar bandar semata-mata) yang masih daif pasarana dan asas-asas perhubungan dan perkhidmatannya."

Islam melahirkan terus harapan sokongan yang wajar membina masa hadapan kepada pembangunan ummah mengapa ditiadakan dari kamus keintelektualan menara emas dan gading kita malah ikut diberdayakan mengubah demi mimpi!

"Apakah kerana melihat Islam dan syariahnya tidak memberdayakan kegiatan dagangan bagi setiap sudut (lantaran tidak beraktiviti pada arak/pelacuran/perjudian/riba/ makanan yang dilarang buat muslim dan kewajiban mengeluarkan zakat bagi fitrah diri/perniagaan/tanaman/ternakan dan pemilikan emas/perak) dibenarkan sahaja dakwaan bahawa Islam tidak perlu dilobikan oleh kekhuatiran berhadapan dengan kesan kemuflisan kemiskinan kemunduran dan hanya layak buat pengganas kita bersama mengangkat mertabat Amerika walau dengan hanya bermimpi oleh semangat 'survivor'?"

Begitukah maksudnya?

"Negara kecil dan miskin yang tidak memiliki warga yang suka berfikir bagaimanakah upaya diundang agar mendepani cabaran hakikat sebenar bahawa barat telah gagal untuk menyatukan negara-negara yang telah terbelah bahagi wilayah-wilayahnya yang memiliki kekayaan apabila mereka memusuhi dan mencurigai Islam penganut dan syariah dan cara hidupnya?"

"Bolehkah ditanya apakah hanya orang Johor orang Pulau Pinang orang Kedah orang Pahang sahaja yang layak menjadi Perdana Menteri di tanah air kita ini?"

Bangun ubah sebelum parah berikan peluang kepada anak negeri yang lain mengemudikan tanah air dan buang sumpahan karut marut ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan