Isnin, 19 April 2010

Awas - Mulia-Mulia Itu juga Wujud Dosa

"Berhenti mendakwa apabila seseorang itu berkahwin maka dia perlu berkahwin dengan seluruh daerah, wilayah, mukim, tanah, jajahan, kampung, jalan, lorong, simpang negeri asal pasangannya."

Tawa kami mengilai walau jauh di sudut rasa berasa mual.

"Rasional boleh?"

"Siapa yang tidak rasional?"

"Diam wanita bukan kerana bersetuju tetapi kerana tidak pernah diberitahu!"

"Bolehkah memasuki negara lain tanpa passport?"

"Boleh?"

"Sekurang-kurangnya ada adab dan etika bukan hanya sopan dan manis budi bahasa!"

"Cetek minda bila disangka kita perlu bersedih tatkala tidak mendapat perhatian."

"Itu mata yang ada emas ada platinium ada perak tapi kurang miliki hak."

"Saduran juga upaya memperdayakan mereka?"

"Semakin kecil dunia ini namun masih saling tidak mengenal di antara tulen dan palsu."

"Anih juga jika begitu kesannya. Yang jauh sering dekat di mata tetapi yang dekat menjadi jarak yang sedia ditolak."

"Dengarlah kata saya, lelaki bermaruah tidak sedia memperkosa diri walau hanya dengan menceroboh hak."

"Tetapi setiap simpang jalan selekoh kampung mukim daerah perbandaran kejiranan pekan bandar negeri mahu dikahwininya ! Anih pelik ganjil unik!"

"Memang tidak rasional dan hilang waras."

"Dikau tidak mencuba menerangkan khilafnya?"

"Makan dan minumnya kelihatan sembrono sahaja. Telah dinyatakan ‘sesiapa yang berkahwin dia telah memelihara sebahagian dari agamanya. Apa makna perkahwinan apabila agama tidak terjaga?"

"Perkahwinan di dalam agama kita ada yang wajib ada yang harus ada yang sunat ada yang makruh dan ada yang haram.Itu tidak dikau terangkan padanya?"

"Kepanaan nafsu hawanya telah terghairah oleh laku. Semakin malas mahu dilansungkan komunikasi dengannya. Membuang masa."

"Lantas kerana itu dikau semakin membisu?"

Diam lebih baik dari kata-kata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan