Ahad, 18 April 2010

Terkenang-Kenang

"Kita berkongsi pandangan tanpa membeza pendirian hanya kerana bangga menjadi rakyat Malaysia. Bolehkah begitu tanpa perlu diikat terikat mengikat bagi dielak kita mengumpat?"

Suara itu datang kembali menusuk dalam ke koklia disambut beralun berintonasi do re me fa si la ti do

"Satu soalan yang mudah jika kita Islam, ke manakah kita sesudah kehidupan di dunia? Ke bulan ke bintang ke suria ke lautan atau berhadapan dengan Allah Subhanahuwataala dengan muatan yang sarat beban atau amal yang digalas untuk diperhitungkan."

Do re me fa si la ti do

"Demokrasi yang kini difahami adalah menghormati suara terbanyak namun adakah tanpa sedikit pun menghitungkan kepalsuan yang tersembunyi dari suara yang banyak itu dengan menyingkirkan suara yang kecil dengan terlalu berkira kebenaran yang disuarakan."

Do re me fa si la ti do

"Negara kita menjadikan Islam sebagai agama rasmi tanpa menjunjung Al-Quran dan Sunnah sebagai petunjuk dan perundangan negara.Pemisahan yang ketara antara agama dan politik semenjak merdeka menjadikan kefahaman politik negara dan bangsa melayu berpecah dua.Namun jika kita jujur kita dapat menyedari kelemahan-kelemahan yang masih belum terlewat untuk diperbaiki dengan memberi ruang alternatif bertulus mendiskusikan janji."

Do re me fa si la ti do

"Kita mesti mencari ruang untuk melengkapkan negara Islam yang demokrasi adil dan saksama yang mampu berdiri sendiri tanpa terlalu bergantung pada negara yang sukar memahami cara hidup penganut Islam."

Do re me fa si la ti do

"Namun kita mesti cuba membina persefahaman di antara agama-agama juga nilai-nilai yang berada di dalam lengkungan barat.Bagaimana jika dibuat bandingan di antara masyarakat Islam di England/Eropah dengan Amerika, siapakah di antara mereka lebih bersedia membuka dan mencari ruang untuk membetulkan salah faham dan cuba membina hubungan erat demi keamanan dan kemanusiaan."

"Tanpa menyenaraikan Rusia, Afrika dan Amerika Selatan dan hanya menumpu Asia sahajakah?"

"Tidak juga diabaikan Iran."

Do re me fa si la ti do

"Di mana kita jika benar sebagai negara Islam mampu membetulkan istilah 'pengganas' apabila mengungkapkan kalimah jihad sekadar contoh, yang begitu bebas diemparkan kepada saudara sesama kita yang lain tatkala kita didorong untuk mencari penawar bagi penyakit kepada wabak virus YANG BUKAN DIBAWA OLEH ISLAM.
Sehingga bilakah kita tidak berupaya menyelamatkan mereka yang tertindas dan teraniaya selama ini?"

Do re me fa si la ti do

Tidak upayakah jurusan agama aktif dan berkreatif memindahkan ilmu iman mereka dan menterjemahkannya ke tengah masyarakat tatkala masyarakat Islam di Amerika lebih bersifat terbuka manakala di England masih kukuh mengekalkan budaya dan adat yang berjaya melindungi agama tetapi kita masih terkial-kial mahu mengidentitikan kerasionalan sekular menukar bentuk rupa budaya dan bahasa bangsa.Sedangkan etnik senegara kita terus bangga dengan warisan bahasa dan budaya mereka kerana itu apa sahaja bidang yang diterokai semuanya berjaya kerana memelihara makna akar serumpun senusa seagama.

Do re me fa si la ti do

"Usah kita yang menjadikan Islam yang perlu disesuaikan dengan nilai barat demi mengelak pertembungan dengan nilai mereka kerana Islam sesuai sepanjang zaman.
Sikap mesti diubah tatkala mengacara kaedah menangani masalah mesti jujur kerana kita mesti berinteraksi secara sihat dengan mereka yang bukan Islam.Kita yang mesti berubah mengubah dan banyak memperbaiki kerana nyata gereja tidak ada kuasa untuk sama mentadbir politik di negara-negara Kristian melainkan mendorong penganutnya untuk terlibat di dalam setiap jurusan yang dikendalikan atas nama kebajikan."

Do re me fa si la ti do

Di dalam Islam tidak ada penindasan tidak ada kezaliman juga bukan ideologi yang semata-mata bersifat kebendaan dengan meninggalkan kekuatan rohani untuk membina kejayaan."

"Bolehkah masalah murtad sepenuhnya di bahukan kesalahannya kepada kerajaan-kerajaan negara muslim kerana tidak sepenuhnya berupaya menerusi sistem pendidikan mereka menguatkan jati diri dan jati mukmin anak-anak mereka? Bukti yang jelas rentetan dari pelupusan dengan sengaja terhadap tulisan jawi yang sebenarnya akar kpd kekuatan bangsa dan agama. Kadar celik intelek iman yang membimbangkan adalah hasil dari dasar pendidikan negara-negara muslim yang bermatlamatkan hanya untuk melahirkan warganegara yang baik untuk berkhidmat kepada negara BUKAN kepada Allah. Kita akan dapat apa yg kita niatkan."

Do re me fa si la ti do.

06/07/20 jam 0618

Tiada ulasan:

Catat Ulasan