Isnin, 13 Disember 2010

Bosan

Dahulu apabila hanya ada surat khabar bahasa inggeris sahaja di rumah, mata hanya mencari identiti komuniti masyarakat yang dipaparkan di helaian terakhir salah satu slot akhbar berkenaan.


Seolah-olah setiap tengah hari atau malam mereka ini bermajlis keraian yang sesekali sukar disingkirlkan dari minda, apakah ini sebahagian masyarakat bangsa saya?


Tokoh-tokoh pelbagai sektor jaringan politik dan ekonomi yang bernasabkan eliet dan keturunan bangsawan samada kerabat dekat atau jauh Sultan dan Raja (adik, sepupu, ipa,r duai, besan, menantu dan anak saudara) yang terdiri juga dan kalangan menteri dan pembesar negeri adalah melayu yang muslim.


Mata 'dajjal' saya melihat genggaman tangan pada warna air di gelas, dandanan jelitawan yang mudah dirangkul atau digapai bahu dan pinggang dengan mampatan dada ke dada yang separa terbuka sering menjadikan diujar tanya di dalam diam apakah diketahui bahawa kehormatan adalah sesuatu yang tidak dapat dikekalkan dengan alkohol?

Sering dirungut dan dimusuhi di dalam bisu apakah yang mampu mereka hayati pada makna kemiskinan apabila sering berlipur lara dengan majlis-majlis kemeriahan untuk diselesaikan isu-isu ummah?


Sejauh manakah keikhlasan rakyat yang tidak mempunyai kepentingan sedia diterima untuk mengadili para penguasa dan penjasa negara sering bermain di minda ketika itu apabila terzahir persamaan cara dan acara sewaktu dibuka majallah 'Hello' (sebagai contoh) paparan cara seleberiti bersosial.


Bagaimanakah sedia tidak dipolemikkan andai diujarkan beza status di dalam sosial yang wujud di dunia ini tidak diperlukan di akhirat apabila wujud persamaan hanya pada nilai taqwa bagi mereka yang beriman pada kehidupan beragama.


Apakah ISA akan menggari setiap pertanyaan-pertanyaan ini jika saya berada di tanah air saat mencatat semula isu-isu yang dianggap tidak mewakili darjah keintelektualan?


Apakah ruang-ruang untuk membuka persefahaman upaya terlaksana dengan imej yang begitu. (Ingat saya memperkatakan tentang bangsa yang seagama dengan saya)


Adakah tanah air benar-benar menjadi hak bersama di antara rakyat dengan penguasa atau tidak bersopankah untuk ditanyakan tanah air siapakah sebenarnya yang mahu dipelihara agar daulahnya tidak diraikan di dalam acara-acara yang tidak terlihat budaya roh etika akhlaknya?


Seakan terdengar rakan ku thanaif menjerkah, nenek moyang emak bapak siapa sebenarnya yang sangat diutamakan pengekalan kuasanya untuk mewakili kita?

2 ulasan:

  1. Surat khabar berbahasa inggeris sering memuatkan majlis dan acara dhif kehormat dengan imej artis.

    Apakah yang mampu mereka hayati pada makna kemiskinan apabila sering berlipur lara dengan majlis-majlis kemeriahan untuk diselesaikan isu-isu ummah? Malah adakah kehormatan sesuatu yang dapat dikekalkan apabila alkohol sebagai menu utama majlis keriaan?

    BalasPadam
  2. Surat khabar ini wajar tahu kebosanan saya....

    BalasPadam