Sabtu, 20 Jun 2009

Buta

"Saya mahu memulai menulis dengan menggunakan taip manual tanpa perlu berinteraksi dengan siber."

"Kamu mahu dipermainkan oleh zaman?"

"Tidak ingin dipersendakan oleh kepentingan orang kaya dan para kroninya."

"Buat masa ini wujud kekeliruan di dalam memahami pembacaan?"

"Membaca bukan untuk pengkayaan peribadi tetapi proses mengukuhkan kepercayaan untuk dikat pulihkan kejujuran."

"Maksud mu mahu dicari kebenaran di antara membaca untuk menulis menurut tema yang disediakan atau membaca untuk menghindari tema yang diminta dengan mendahului sesuatu yang tidak penting?"

"Untuk apa jika kita menulis dan membaca hanya untuk memenuhi kehendak dan keperluan kecil masyarakat yang bukan bertujuan mengkaedahkan kebenaran dan mengembangkan keadilan?"

"Di manakah kewajaran andai keganjilan tema mengundang pemisahan yang mendalamkan jurang etika?"

"Isunya bagaimanakah tingkah yang patut membina sifat buat seorang penulis apabila tanggungjawabnya ialah amanah?"

"Di tujukan kepada wartawan atau penulis dan pembaca?"

"Wujudkah orang lain selain kita?"

"Mata ku buta tidak upaya melihat."

"Jika begitu di dalam pengkaryaan adakah wujud fitnah?"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan