Khamis, 11 Jun 2009

Sarang Madu

Mengusap minda yang tidak berpeluh frekuensi gelombang ditelaah galur disusur tradisi ia berlegitimasi.

"Mengapakah liputan media eletronik di tanah air di negeri yang lima lebih menyerlahkan usaha-usaha kerajaan pusat berbanding liputan kepada isu dalaman yang sedang diusahamajukan oleh kerajaan negeri? Tidakkah yang memberi atau menolak kepercayaan adalah rakyat negeri?"

Diam antara watak yang merusuhkan jiwa.

Televisyen radio juga akhbar seakan tidak seimbang di dalam mempaparkan peristiwa di kelima negeri dan satu wilayah yang juga merupakan sebahagian dari negeri di tanah air."

Diam lagi.

"Andai begini fenomena informasi interakstif kita, bagaimanakah makna usaha membaikpulihkan isu-isu penyiaran dari saluran satelit yang sifat biasnya tidak lagi diterima sebagai sifat bermaklumat yang selama ini terdominasikan oleh Amerika dan Eropah upaya disaingi?"

"Maksud mu bagaimanakah satelit kita berwajah-bahasakan bukan bahasa rasmi negara?"


Dia bukanlah bisu seperti yang ku sangkakan.


"Email-email ku di gmail google telah dicerobohi."


Diam kembali.


"Pesanan-pesanan peribadi di pesanan hotmail tidak diterima oleh mereka yang ditujukan pesanan itu."


"Akaun Yahoo mu sudah boleh dibuka?"


Dia juga tidak tuli.


"Saya sedang mula membaca kedudukan 'multinasional enterprise' yang dikawal seliaan oleh pemusatan kawalan jarak jauh."


"Merujuk buku yang mana?"



Dia juga tidak cacat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan