Jumaat, 26 Jun 2009

Rampai-Rampaian Mata Berlinang

Kamu mahu perjudikan segalanya?

Kita kini adalah rakan.

Tidak perlu wujud tekanan apabila bukan yang dituntut tewas atau menang tetapi bagaimana ilmu dimanafaatkan.

Tatkala kamu tidak sedia menerima kesalahan tidak ada sesiapa yang upaya membantu kerana kamu diberi pilihan.

Saya bukan kroni anak saudara menantu atau ipar mentuai.

Apa yang mereka lakukan tidak ada kena mengena dengan saya.

Siapakah yang melindungi langit terbuka?

Siapakah yang menutup angkasa dengan mewujudkan polisi dunia?

Siapakah yang lemah mahu menyandarkan harapan dengan penumpangan kepada bahu yang gagah?

Siapakah pemilik satelit langit yang mengawal para pelayar?

Lalu apakah manafaat kewujudan penawaran pelangganan oleh Google Micrososoft dan Yahoo yang disubversifkan oleh Intel IBM Toshiba Acer Apple umpamanya yang mewujudkan persamaan untuk ditanya tugas keamanan bagaimana disubversifkan radikal militan kepada sebahagian kewarganegaraan?

Teknokrat millenium 21 logikkah mempelajari menguruskan kehidupan hanya melalui radas-radas dengan meninggalkan kewajiban mesti ada golongan yang menyeru perbuatan baik dan melarang perbuatan jahat sebelum mencapai kejayaan?

Pengidolan telah menjadi kaedah menyatukan masa hadapan ummah?

Apakah makna dan fungsi pendidikan apabila setelah berakhir masa di antara dua belas hingga lapan belas tahun proses pembinaan dan pembentukannya berakhir dengan keperluan menguruskan keluarga dan kehidupan menerusi televisyen dan layar paparan di skrin?

Munasabahkah pendidikan berorientasikan perniagaan demi menyemaikan kebendaan dengan istilah menjana pendapatan?

Kamu mencabar nilai insan dengan khayalan dunia mimpi berealiti?

Di dalam memodulkan pencapaian deretan A tanggungjawab siapakah yang menghalapandukan kumpulan yang tercicir sedangkan perlaksanaan dasar masih sama diacukan kepada mereka?

Bagaimanakah direlevankan dakwaan pencapaian deretan A dari berlatarkan keagamaan mudah tanpa memerlukan skil kemahiran tinggi seperti mana dari latar sains tulen?"

Yang pasti Binary Coffee,Starbuck,Beans Coffee dan seangkatannya disinggahi oleh khalayak yang mana untuk diumpan klik dan kroni?"

Khalayak yang manakah yang menanam kopi untuk dicipta rasakan kesegarannya kepada penikmat coppucino?

Khalayak yang manakah yang mengutip kopi dengan kudrah tenaga untuk disegarkan minda pemabuk kopi?"

Khalayak yang manakah yang akan menanam kabel sesalur fibre optik dan besi-besi lohong sesalur paip untuk dicumbui rayu dengan suapan tender sehingga diperaku sah jasad tanpa nikah berpindah milik penentu khidmat yang diberi adalah bermutu?"

Khalayak yang mana?

Sedar demokrasi mesti ada pembangkang buta sejarah tidak bertulang belakang!

Menggalas mimpi sebakul dengan hutang?

Bangun bangun hari sudah siang!

Kepercayaan sudah kerentungan di jemuran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan