Sabtu, 13 Jun 2009

ISA

"Apa lagi yang tidak menjadikan diri rasa berpuas hati?"

Sanggahan minda sering menenggelamkan jiwa, seperti tidak pernah wujud kepuasan.


"Sidang masa yang diberikan tidak memadai dengan persiapan yang dilakukan yang diambilkira masa perjalanan dari tanah air ke Geneva."


"Suara hati kecil wanita itu telah didengari dan dikemukakan sepenuhnya maksud tujuan dan harapan."

"Ketiadaan terjemahan ucapan-ucapan berkaitan isu, menzahirkan ketidak kesediaan wakil tanah air yang bertugas sebagai perwakilan di sana menjadi rasa ini terbeku,"tabiat suka menafi membangkang semakin menjadi-jadi.

"Dengan sukatan masa yang diberikan apakah relevan isu yang dibawa dihayati oleh hadirin perwakilan’ dan audian yang mengikuti sessi persidangan?"

"Sukarkah dikuatkan kesabaran?"

"Makna dan maksud hak asasi itu sendiri tidak jelas apabila begitu pantas Pengerusi/Presiden mencelah untuk menamatkan sessi wanita waja itu."

"Apakah peruntukan dari kos masa perjalanan penerbangan penginapan persediaan dihormati oleh Ahli Jawatan Kuasa Sidang pada hari ini andai dibandingkan dengan masa-masa yang dijalani oleh tempuh penahanan tanpa pembicaraan suaminya, sidang itu menguja minda apakah berupaya dengan penuh siaga isu Puan Nurlaila Othman itu dikemukakan untuk mendapat penyemakan.?"

"Mengapa tidak dikau ujarkan sahaja kegusaran mu seandainya kepercayaan kepada keperluan wujudnya Jawatan Kuasa Hak-Hak Asasi tidak sama natijahnya dengan kesan yang diberikan ke atas SuruhanJaya Keselamatan yang berterusan gagal membawa makna kepada maksud keamanan dan keselamatan untuk warga yang teraniaya dan tidak diberi hak untuk dibela berbanding kelompok utama negara peneraju di Pertubuhan Bangsa-Bangsa yang Bersatu itu?"

"Pembaharuan diperlukan dari sudut yang mana teknikal atau isu yang disuarakan?"

"Secara peribadi saya meminta dibantu ulas terhadap makna perkongsian pentas di PBB menerusi Jawatankuasa Kecil komunitinya agar upaya keadilan kesaksamaan dan kebersamaan menjadi tugas dan kewajipan anggota-anggota kerja yang bertahun menduduki bangunan di Geneva itu tanpa berlaku pengeksploitasian terhadap makna mengapa wujud individu yang membawa harapan sehingga ke peringkat itu?"

"Bagaimana upaya dihindari wujud pertindihan guna kuasa di antara pentadbir pengurus dan peserta di antara perwakilan, itukah maksud ujaran mu?"

"Mungkin."

"Alasan mu?"

"Kian terzahir begitu banyak masalah menjadi senarai antik."

Menyeringai hilai tawa yang memualkan memenuhi ruang.

"Adakah keterlaluan rentetan dari ini terzahir ketidakupayaan, ketidakbolehan, ketidaksediaan dan ketidakmampuan mengenalpasti masalah-masalah isu yang menjadi asas pengabaian sebab kepada penahan Encik MatShah Satray tidak mendapat fokus selain dari khalayak yang mengikuti dengan dekat isu ISA ini?"

"Mengapa dikau rahsiakan radang mu pada penonjolan pakaian kebangsaan tanpa diiringi oleh kerasmian bahasanya?"

"Dua minit dengan begitu banyak isu adakah amat relevan buat mu? Apakah punca utama ketidakstabilan untuk diseimbangkan sistem agihan masa di dalam Jawatankuasa Hak Asasi ini berkonvensyen? Pada bahasa atau peraturannya?"

Dia mulai bosan dengan tabiat ku yang masih tidak upaya dikenalinya.

"Bagaimana pula dengan keperluan untuk menyedari tanggungjawab wakil-wakil warga negara muslim memelihara hak-hak perlaksanaan keadilan dan keamanan agar pengurangan hak-hak berasasi ini tidak mengklafikasikan penafsiran ungkapan ‘pengganas’ ke atas kumpulan/etnik/minoriti/individu yang tertindas kerana tidak mendapat pembelaan?"

"Hak-hak pelarian dan mangsa peperangan dari kalangan wanita dan kanak-kanak bagaimanakah upaya mendapat perhatian andai dasar luar negara pendatang ke tanah air mereka diasingkan dari fokus perwakilan? Stuasi di Gazza (Palestien), Khasmir, Mindanao, Sri Lanka, Pakistan, Afghanistan, Darfur, Somalia sebagai misalan jelas dibuktikan wujud dari sebab dan alasan natijah penderitaan warga itu berlaku."

"Bagaimanakah hak-hak warga ini di tanah air mereka upaya dibela?"

"Bagaimana pula natijah dari buta huruf, kemiskinan, kebuluran, ketiadaan kemudahan asas kehidupan sumber air yang bersih ditangani dengan adil tanpa disembunyikan bahawa agihan kekayaan muka bumi mereka sebenarnya tidak mengubah nasib mereka?"

"Persaudaraan dan kasih sayang jelas dikecualikan dari dinikmati oleh golongan ini.Semoga perwakilan dari warga muslim upaya turut membawakan konsep,‘jadilah kelian semua sebagai hamba-hamba Allah yang saling mempersaudarakan.’

"Embargo diharapkan tidak menjadi sebahagian dari pengabaian di dalam Hak-Hak Berasasi."

"Bagaimanakah perwakilan warga muslim berupaya mengusahakan modeul Hak-Hak Berasasi untuk dicontohi?"

"Hak-hak wanita berpolitik juga diperlukan untuk tidak didiskriminasikan oleh demokrasi kerana kapasiti mereka sebagai warga tidak upaya diabaikan di dalam membantu penggubalan sesuatu undang-undang itu dilakukan (mengikut kesesuaian keperluan dan kehendak negara mereka)."

"Jumlah taburan kependudukan juga telah menjadikan wanita sebagai penentu kemenangan untuk sesuatu pilihanraya di dalam memilih kepimpinan."

"Bagaimanakah hak-hak berasasi juga bermaksud tidak perlu wujud mangsa peperangan yang memperuntukkan berbilion dana untuk menambahkan jumlah mangsa pelarian dan mangsa hak asasi didiskriminasi di dalam masyarakat?|

"Isu teknikal tidak diperlukan tetapi kesan dan bagaimana sabit kesalahan penahanan yang tidak upaya di sabitkan demi memberikan hak berwarganegara."

"Jaminan ke atas pembicaraan untuk dilunasi undang-undang diperlukan memastikan ISA diakui tidak diperlukan di zaman millenium yang dianggap berperadaban."

Dia sudah berdengkur untuk mendengar ucapkata terima kasih pada budi yang tidak upaya dibalasi sebagaimana saat itu sempat ditonton kebaikan budi bahasa tukang masak yang sedang menyajikan resepi daging khinzir berkuahkan coklat.

Orang yang bersikap manis budi perlukah sentiasa yang cantik dan tampan?

Ya, saya berasa marah dengan sikap 'baik hati' pengendali program televisyen satelite yang menyiarkan resepi daging khinzir berkuahkan coklat sebaik sahaja saya selesai menerbitkan catatan blog ini setelah menonton video ucapan Puan Nurlaila Othman di internet.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan