Khamis, 1 Disember 2011

WARKAH BUAT YB Elizabeth dan YB Theresa (lantaran kejayaan YB bersikap jujur)



Agak keterlaluan apabila masyarakat cina masih sedia disentimenkan dengan isu perkauman andai ditanyakan benarkah masyarakat Yang Berhormat  masih mahu mendominasi hak bagi saudara senegara mereka  yakni masyarakat orang melayu impak dari kesan salah urus dan tidak mampu beramanah kepimpinan parti utama tanah air kita UMNO serta MIC dan MCA/Gerakan?



Kami telah berhadapan dengan kehilangan memandaikan diri kami dengan bahasa kebangsaan.


Kami telah berhadapan dengan kehilangan kesedaran bersiasah dengan hak istimewa orang melayu yang tidak menyeluruh pemeliharaan dan pembelaannya.


Kami telah berhadapan dengan pelupusan jati diri berbangsa serta berbudaya (untuk lebih jujur kerana apabila menyatakan mengenai kehilangan jati diri beragama ia akan dianggap kewujudan ciri ekstrim dan pembinaan ciri radikal)


Kami telah kehilangan persaingan sihat di mana-mana pasaran terbuka oleh penetapan kelayakan dan intelek sepenuhnya dipiawaikan oleh bahasa inggeris yang menjadi kelemahan untuk berkemandirian kebanyakan masyarakat melayu yang tidak berjaya berkelulusan tetapi berpengetahuan serta berkemahiran.

Adakah benar kini prioriti diberikan kepada kebolehan memahami bahasa mandarin bagi mendapatkan pekerjaan?



Kami kehilangan keberdayaan untuk berkemandirian apabila kebolehan berfikiran kritis sepenuhnya ditolak untuk dipelihara oleh peruntukkan Perlembagaan ke atas hak dan kebebasannya.

  

Samakah 'margin' dengan makna tujuan memberi hutang ialah bagi mendapatkan keuntungan? Lalu apakah makna istilah 'margin emas' sama makna dengan margin yang dianggarkan keuntungannya tatkala diketahui bahawa pengambilan untung dari kaedah ini ialah riba yang menjadi larangan kepada kami mendapatkan pendapatan? 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan