Jumaat, 2 Disember 2011

Milik Siapakah 99 nafsu dan Siapakah Yang Memiliki 99 Akal?


Bagaimanakah dikau mensusilakan sembilan puluh sembilan kuasa nafsu, duhai wanita?


Mengapa?


Porno dan tayangan filem serta drama di tv yang meningkatkan jenama Hollywood telah meletakkan kita di bawah kesedaran bahawa untuk menjadi berani ialah dengan berani memperlihatkan anggota badan yang dianugerahkan sebagai kemuliaan manusia yang berbeza dengan haiwan.


'Apakah maksud mu thanaif?' 


Suara teja berseiring dengan suara R kian mengganggu minda saya.


'Untai rasa mu dibelit oleh apa thanaif apabila sering suara mu menyindir kami di setiap segi sudut dan ruang?'


Mahukah dikau menerima soalan ku?


Mengapakah ikatan gigal sering menjadikan lelaki-lelaki mu mempunyai mirip seperti sifat wanita mereka dengan sering bercermin di hadapan apa sahaja walau di tengah khalayak yang amat ketara pada mata ku sebagai imej masyarakat mu?


Berdandan seolah-olah mirip model dengan peragaan jubah panjang berpesak kiri dan kanan untuk ditiruskan buka pinggang setelah dilebarkan buka paras dadanya?


Tanpa seluar yang tebal menjadi pakaian menutup lonjong bungkal di depan melentik juga kegebuan punggong di belakang?


'Memiripkan kewanitaan mereka di dalam pemakaian baju-baju membuatkan dikau sering menyimpan senyumkah thanaif?'


Mereka kata berpakaian kini turut dipengaruhi oleh ekonomi dan politik malah sikap keibubapaan juga kini diberikan pengaruh untuk diteladani dari ikon seni sehingga remaja sudah tidak berhaluan dek dominasi begini.


Ekonomi masih tidak dipersetujui bukan satu-satunya penentu pembangunan ummah. Ummah pula mahu turut memasukkan atheis yang tidak beragama, mereka yang beragama tetapi tidakk mahu beriman sebagai sebahagian ummat.


'Adakah kita disengajakan untuk turut berasa bertanggungjawab terhadap nilai $US yang dikatakan semakin rendah akibat pelepasan ikatan kebanyakan negara-negara terhadap nilai mata wang mereka?'


Menjawablah teja saat R kian disempadani oleh jarak dunia dengan alam rohnya.


Apakah tunggakan yang mulai dilihat membebankan  masyarakat hasil dari sistem keewangan yang ada menjadi antara sebab dibebaskan tambatan nilai $US sementelahan sudah diketahui kenaikan bagi hitungan faedah keuntungan dianggap riba yang meninggalkan kesan tanggungan hutang yang mengikis kuasa beli kita?


Di manakah gerangan mu?



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan