Sabtu, 10 Disember 2011

Masih


e    Televisyen di rangkaian OSN dan Showtime di rumah kami tidak lagi ada paparan laporan  Press TV. Lalu mahu atau tidak saya terpaksa mengikuti laporan berita yang disiarkan oleh  CBN, The Fox, Sky TV, MSNBC di samping Al Jazeerah tatkala masih gagal untuk memahami bahasa arab walau pun telah enam tahun menjadi pemaustautin di Qatar. 



      Bagi mengurangkan tekanan yang sering mendatangi minda saya cuba menonton bicara bualan ekonomi di stesyen televisyen yang sama selain Bloomberg. Terpegun apabila pengacara-pengacara keewangan kian diikonkan dalam menarik perhatian penonton agar lebih terhibur dengan dailog-dailog yang sukar difahami oleh anak-anak. 

      Wah berasa seperti menjadi budaya untuk berhibur di slot-slot perbincangan hal ehwal semasa yang berfokus kepada isu kepentingan awam yang secara umumnya semakin berdilemma dengan peningkatan kos sara hidup.



      Minda tertanya apakah agaknya khalayak penghibur di hollywood sudah tidak lagi berperanan dalam berhadapan dengan hakikat akhir zaman ialah ummah perlukan sentuhan keinsafan bagi lebih memuliakan sifat insan yang kian berhajat kepada kehiduapan yang lebih damai dengan dakapan agama? 


      Lalu bagi mengurangkan keserabutan minda yang ashik berkemelut dengan paparan laporan dan siri bincang mengenai isu semasa saya mulai mencabar pengulas-pengulas di televisyen dengan soalan 'mengarut' hasil percambahan proses berfikir yang didapati dari pembacaan dengan soalan-soalan berikut : 

      Apakah isu di Gazza perlu kekal dikomersialkan? 




      Pemberian wang percuma untuk meluaskan penggunaan $US di medan siber yang dilakukan di serata benua adakah meninggalkan kesan?

     Bagaimanakah membaca indeks prestasi pada purata pendapatan yang dimaksimumkan atau tidak ada kenaikan dalam tempuh sepuluh tahun?

4   Sejajarkah keadaan ini dengan kenaikan komposit dan kenaikan harga produktiviti yang mempunyai kepelbagaian permintaan terhadap perkhidmatan? 




     Di manakah tempat terbaik untuk dilakukan pembaharuan setelah Amerika memperlihatkan kampus dan sekolah menjadi tempat ‘amuk’ dilakukan akibar kegagalan menghadapi tekanan di kalangan pelajar-pelajar? 

      
     Tatkala bertentangan pendapat dengan 'rakan udara' saya mengirimkan pesanan dari Sony Ericsson dengan pandangan bahawa cara hidup mewah amat sukar direalitikan walau pun dibina imaginasi dan mimpi mengenainya kerana kita, mereka dan semua yang telah dan akan dilahirkan memerlukan tabung dengan wang tunai bukan kertas hutang.


 '   Rakan bisu' di udara itu saya jadikan sebagai 'alat' bagi menyederhanakan kerumitan yang bersimpang perenang di fikiran tatkala disedari 'mereka' tidak lansung tahu kewujudan soalan dan bualan saya kerana tidak tahu berbahasa melayu. 


      Kebisuan mereka menjadikan semakin banyak catatan berjaya dihasilkan walau pun ianya pengulangan seperti yang sering diperkatakan oleh bijak pandai bahawa kekurangan pekerjaan adakah bermakna perlu ditangani permasalahan pertambahan penduduk di wilayah lokasi negara yang tinggi kepadatan penduduknya? 
  


      Bagaimana jika jiwa penduduk itu berjangka hayatkan usia yang lanjut kesan dari cara hidup yang bermoral dan amalan cara serta gaya hidup yang sihat di samping pemakanan yang baik? 




      Adakah kawasan dan lokasi ini akan turut direncanakan pelupusannya yang membolehkan penghijrahan berlaku? Bukankah keluasan sesebuah lokasi itu tidak wajar disempadankan atau dikontangkan dengan alasan pembangunan?  



      Rutin harian saya masih kekal serupa sepanjang enam tahun ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan