Isnin, 26 Disember 2011

Kesabaran Ini Mulai Menipis

Semalam salah satu blog peribadi saya di Wordpress di bawah nama Campadang Dewadaru Adalah Dewala gagal mengakseskan muat naik gambar wajah thanaif asli setelah beberapa kali diusahakan prosesnya.


Dan pada hari ini pemilihan tema juga mulai menolak pilihan yang dibuat bagi menggantikan pilihan tema yang tidak berjaya memuatnaikkan paparan gambar wajah thanaif.


Ia mengimbas semula 'sengketa kata dengan bahasa' di antara saya dengan Yahoo yang melupuskan akaun nlma_126@yahoo.co.uk tatkala website itu mengujarkan tentang tawaran pengemaskinikan (update) bagi kata laluan sekitar tahun 2007 atau 2008, setelah akaun email yahoo atas nama thanaif dikesan telah digunakan ke atas email peribadi saya thanaif@yahoo.com.


Menurut catatan di dalam simpanan, saya mulai menggunakan yahoo (member) semenjak 11/9/2006.


Saya tertanya apakah laman-laman interaksi seperti  Yahoo, Google malah facebook dan Twitter telah menjadikan laman interaksi mereka bersekutu untuk menjadi 'master mind' yang memangsakan pengguna yang menggunakan kemudahan perkhidmatan di capaian komuniksi gelombang?




Adakah sikap kolonial diperbaharui melalui pembinaan sifat penglipur lara untuk menjadikan tekanan khalayak yang tidak beriman dengan agama dipikulkan ke atas kelompok para komedian dan khalayak seni yang arah fokusnya hanyalah untuk mendapatkan hiburan? 


Mereka menjadi bintang yang dibina pentasnya dengan imaginasi sehingga bintang-bintang ini menjadi pemotivasi yang bertindak menjadii 'guru' kepada masyarakat moden yang kini diaktifkan menjadi penggemar kepada siaran-siaran televisyen yang isu-isu moralnya upaya dipertikaikan.


Apakah yang akan terjadi ke atas pemikiran kanak-kanak yang berhadapan dengan kekurangan kecerdasan, tidak matang untuk memproses di antara realiti dan imaginasi, di antara keinginan untuk mempunyai cita-cita dengan yang hanya sekadar diberikan harapan?


Bagaimanakah kita kekal mengabaikan saksiyah yang bercirikan negetif turut menjadi ikon untuk diteladani tatkala kita juga mencabar untuk diabaikan komuniti masyarakat yang tidak berkelulusan? Umpamanya individu yang suka melihat dada pejal di kalangan intelektual profesional yang berkemahiran tinggi dengan kanak-kanak yang sudah mulai memiliki sifat malu.




Bagaimanakah ini difahami?


Semisal yang lain bagaimanakah mereka yang suka melihat ponggong, mendengar bualan lucah (ada perkhidmatan yang dibenarkan untuk mendapatkan bualan lucah oleh sistem telekomunikasi dan syarikat telefonis) bagi mendapatkan birahi di kalangan esekutif berprofil tinggi, mereka yang bergaji rendah atau kutu jalanan dengan stuasi yang dihadapi oleh wanita-wanita yang mendidik anak-anak agar menghormati dan beradab terhadap ketua rumah tangga atau saudara yang lebih tua difahami?




Sistem pendidikankah yang mengasuh kecacatan pancaindera seperti ini? 

   







Tiada ulasan:

Catat Ulasan