Ahad, 25 Julai 2010

Tatkala Dipatuk Ular Takutkah Puan pada Temali?

thanaif at 9:06 pm on Friday, September 11, 2009

Minda ini parah tertusuk bisa lama dari duri yang diutusi segenap jisim yang dikaedahkan oleh penghabluran diri.


Hidratnya telah menjadi rintik-rintik derai yang melupuskan jirim sebati akal rohani.


Bagaimana upaya bagi memadukan gema kebersamaan sesama warga, diperlukan dipertali ikatan jiran tetangga tatkala ’satu dewan’ masih setianya bersumbang cela sehingga masih yang dipilih untuk beramanah itu upaya dileka dengan tawaran wang dan laba?


Lalu apakah yang masih tinggal berbaki untuk difahami dari maksud gema yang ingin mempertautkan para pribumi tatkala terlihat musim-musim yang suram bersekutu yang semakin kecundang?


Selama usia menjadi penguasa yang dipilih apakah pernah terfikir siksa yang diterima oleh penderaan minda yang berulang dilakukan ke atas warga yang masih bertaat setia tatkala setiap saluran interaksi berinformasi disalurkan bisa sehingga tidak upaya beralih menyuakan indera pada sesalur cahaya yang dikepung diempang ditempa dibatas dan direntang haluan yang bertentangan agar tidak hadam arah untuk keadilan dan kebersamaan yang merdekanya menjadi rangkulan demi kerana ia telah diperundangkan oleh Perlembagaan?


"Jika dikau mahu tahu beginilah rasanya penderaan minda yang telah dilakukan ke atas pemikiran yang bebas jiwa merdekanya namun masih berhukum dengan hak dan batil sehingga sukar mahu dimudiki bersama layar di lautan, sukar mahu dilintasi bersama langit berawan sesukar mahu dijejaki bersama sulaman pintalan gagasan."


"Minda ini (kami) telah lama didera."


Dikau tidak mendengar?


"Minda telah lama didera agar membaca setiap huruf setiap pena dan ayat-ayat yang sentiasa sama yang serupa ertinya pada setiap halaman bercetak walau dilanggan akhbar melebihi lima jenis laporannya dianalisa oleh lima lidah pengarangnya dan direncanakan oleh lebih lima minda hasutan pemikirannya."


"Minda telah lama juga didera takala menonton skrin pancar sejak zaman hitam putih sehingga warna-warna beradun tiga sehinggalah wujud nicam stereo monaural dan bilingual dengan interaktif horizon yang sepenuhnya berauto digit terus dengan piawai digital oleh sistem ‘LCD projection multimedia interspace’ berterusan malah kian berganda disengkang dihimpit dilantun dibuai dimampat diregang sehingga bentuk separa otak ini berisiko menjadi ‘leper’ dek ‘hasutan’ yang diterapikan pada kuasa indera 'iq', 'eq' dan 'sq' yang delta, teta, alfa dan betanya diorkestrakan oleh gelombang frekuensi yang sejak ‘azali’ lagi menindan kerasionalan tatkala kerelevanan masih diwar-warkan dari satu sumber yang mewismakan penerangan."


"Maaf daku semakin diburu resah pada ‘Lailatul Qadar’ yang kian mahu menjenguk wajah. Bisu indera sukma ini nanti usah dikau gelisahkan."


Mari kita berbantalkan ingatan bahawa manusia itu miliki hutang selama mana akhirat disepikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan