Selasa, 27 Julai 2010

Warkah Buatmu Lagi ( Ini Hanya Dailog Kreatif)

thanaif at 2:12 am on Saturday, October 3, 2009


"Apakah yang wajar diusahakan tatkala berhadapan dengan hakikat kita berkonflik dalam memahami krisis nilai apabila tidak tahu membaca di antara hak dan batil tidak dikompromikan haram dan halal?"


"Saya bukan muslim."


"Lantas itu bicara ini hanya diperuntukkan khusus buat wanita muslim. Apakah padamu wujud masalah?"


"Daku mempunyai dua telinga."


"Manafaatkan ke dua telingamu kerana antara rasional dan khayalan, minda dan jiwa tetap bersentuhan."


"Seorang suami memerlukan sikap jujur untuk berani menjelaskan apa yang tidak dimahukannya."


"Seorang isteri amat perlu menerimanya dengan keterbukaan.Tetapi tidak wajar anak-anak menjadi alasan di atas kesilapan apabila hubungan suami isteri berakhir dengan talak lantaran anak-anak hubungannya membawa ke akhirat justeru mensia-siakan mereka bukan merupakan sifat yang mulia."


"Agama mu begitu mementingkan moral. Bagaimanakah pula upaya difahami makna perkongsian ialah keperdulian tatkala kerap dilihat perkongsian hidup puluhan tahun tiada apa-apa harta yang upaya diletakkan sifat kebersamaan pemilikanya?"


"Dan apabila anak-anak tidak diberikan hak untuk mendapatkan pendidikan, tidak memiliki simpanan dan tidak mendapat hak-hak untuk dikasihi, dihargai dan diterima kehadirannya sedangkan mereka adalah zuriat yang dilahirkan tanpa dosa, tidakkah ia menjadi sesuatu yang wajar diberikan perhatian?"


"Lantaran telingamu berfungsi daku mahu membicarakan tentang keistimewaan poligami yang diberikan anugerah hanya buat lelaki-lelaki yang bermaruah."


"Wanita-wanita yang berniat untuk mendapatkan pasangan dari kalangan lelaki yang telah berkahwin perlu mengetahui sejarah bagaimana hubungan yang sedia ada itu menjadi retak."


"Bagaimana kehilangan kepercayaan berlaku?"


"Bagaimana naluri fitrah nafsu adakalanya agak memualkan yang dianggap tidak beradab lantaran keterlaluan mengimaginasikan kesempurnaan yang sesekali upaya diandaikan sebagai kekejaman yang dijiwai dari sifat kehaiwanan yang diadaptasikan dari nilai-nilai peradaban moden."


"Usah tertawa!"


"Peradaban yang bertamadun bukan sahaja hubungannya dari sudut fizikal semata-mata yang perlu direnungi, malah hubungan keintiman jasad perlu juga dihayati moral dan akhlaknya supaya bukan hanya kelompok sesetengah manusia sahaja yang berupaya berbotox, berimplan, bersuntik dan bertukar darah untuk mengekalkan kecergasannya di dalam menempuh usia-usia lanjut yang mengagresifkan nafsu dianggap contoh sebagai rujukan bagi diteladani."


"Dikau juga tahu kos memindahkan darah yang segar ke atas mereka yang telah lanjut usia tetapi memiliki harta untuk mengongkosinya?"


"Bukan urusan kita."


"Perlu diutamakan bagaimana mahu didepani keinginan jiwa yang sering ingin berasa muda sedangkan kewajipan dan tanggungjawab masih belum tersempurna supaya yang amat diperihatinkan ialah maksud beragama itu diberikan keutamaan sebagai penyelamat kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh ummah."


"Lalu penyelewengan agama sudah tidak dapat lagi ditawar rundingkan ketoleransiannya kerana kekeliruan dan kecurigaan ummah telah tidak lagi upaya menjadi halangan untuk dilahirkan keamanan yang menjamin keselamatan dan kesejahteraan alam dan ummatnya."


"Adakah mempersoalkan ini menjadi sebab untuk kita bermusuh?"


"Bermusuh di antara siapa dengan siapa sebenarnya?"


"Apakah jenis-jenis watak insan yang perlu dilahirkan oleh setiap zaman sehingga institusi kekeluargaan tidak dilihat sebagai sumber kekuatan ummah?"


"Apakah pula peranan ekonomi sehingga wanita-wanita yang bersendirian memerlukan penawaran jasad untuk menadah ehsan di dalam usaha membangunkan dirinya yang ditinggalkan oleh suami atau hanya kerana kebutuhan kasih sayang pelacuran dianggap pekerjaan?"


"Bagaimana pula fungsi media dan makallah majallah yang mengundang kesempurnaan material keewangan ketrampilan dengan meninggalkan keperluan bertolak ansur menghormati dan menghargai realiti sesama insan bahawa mereka perlu menciptakan persaudaraan dengan lebih bijaksana?"


"Bagaimana pula paparan porno yang dibekalkan oleh pasaran menjadikan sosial masyarakat berseteru dengan nilai-nilai moral dan etika keinsanan kerana dorongan dan ransangn nafsu berterusan diciptakan menjadi sebahagian cara berpendapatan?"


"Wanita tidak lagi perlu merendahkan diri mereka dengan sifat yang begini kerana kemuliaan diri mereka sebagai pelahir generasi mendapat penghormatan oleh Tuhan."


"Pernah dinyatakan bagaimanakah kos pendidikan yang tinggi hasil dari diniagakan secara komersial memerlukan pelajar-pelajar lanjutan menangung pembiayaainya melalui penjualan diri sebagai jawatan ‘pengiring peribadi’ yang menawarkan khidmat langganan kepada pelanggannya menerusi internet?"


"Apakah sikap terbaik untuk diterima hakikat ia bukan lagi perlu menjadi pakaian kepada zaman yang serba mengutamakan pengetahuan dan berjaya melahirkan masyarakat dan warga yang berilmu, berkemahiran dan berpengetahuan di samping beriman?"


"Kita tidak perlu memberi persamaan negara sendiri terhadap kegawatan yang sedang dihadapi oleh negara-negara utama yang mewakili diri mereka di medan peperangan sehingga memerlukan pemindahan bebanan hutang kepada negara lainnya yang sudah tentu tidak adil kepada warga dan rakyat negara itu kerana bukan dasar dan polisi negara mereka yang melahirkan sistem yang dilaksanakan oleh kerajaan-kerajaan negara utama dunia."


"Apabila poligami ditawarkan ia perlu merujuk keadilan."



"Bagaimana pula tentang lelaki yang tidak mahu berpoligami kerana pengalaman melalui kesukaran-kesukaran yang perlu didepani mengenai penyelesaian hak tetapi hanya mahu berhubung secara tidak bermoral?"


"Pintaku usah memusuhi hudud dan berhentilah merasuah minda ku dengan isu yang tidak membangunkan kebaikan perhubungan kita."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan