Selasa, 10 Mei 2011

Aduhai teja Ku

Ada beberapa pertanyaan yang masih belum dikemukakan untuknya amati.

Ianya mengenai Iraq.

Adakah dia hanya merujuk syarikat penggali minyak yang berpendapatan tinggi tetapi masih tidak berdaya membasmi kemiskinan di kalangan penduduk tempatan yang menggalas hutang kerana budi oleh perkhidmatan yang disumbangkan?


"Masih suka dengan kritikankah thanaif?"


Suara sinis teja berdengung bagaikan lebah yang sesat kerana terpisah dari kumpulannya.


"Atau dikau berasa marah kerana bendera-bendera yang direntangi menuju rumah ibumu dan terpacak secara tiba-tiba papan tanda Persatuan Penduduk Kampung?"


Seperti terlihat kegedekkan susuk teja yang sengaja membenihkan radang di sanubari emosi.


"Saya hanya meminta dikau memfokuskan keadaan sebenar tahanan rakyat Iraq dan kekeliruan masyarakat dunia yang ketika itu terpinga-pinga melihat rakyat Iraq meruntuhkan patung bekas Presiden mereka seolah-olah mereka sememangnya berhajat untuk berjabat tangan dengan askar-askar Amerika."


"Dikau wajar tahu Iraq bukan negara Teluk."


"Maknanya bukan juga negara arab? Lalu di mana sebenarnya lokasi permulaan dan sempadan akhir bagi Kesatuan Arab, Cik Puan?"


teja itu memang gemarnya menjadi bisu apabila tersadung langkahnya oleh kayu mahu pun batu.


"Saya juga tertanya adakah mereka itu sepenuhnya memang memerlukan Amerika untuk menghukum semua tindakan dan salah etika pemimpin mereka?"


"Dikau maksudkan bahawa kami tidak memiliki undang-undang untuk melakukan pengadilan?"


"Apakah benar begitu? Dan adakah menggantungkan bekas Presiden menjelang Ramadhan menjelaskan secara umumnya rakyat Iraq bukan beragama Islam?"


"Meruapkah amarah mu dengan ketiadaan pembelaan ke atas penguburan kematian individu seagamamu thanaif?"


"Adakah kekayaan yang mahu dikonsikan menjadikan kebanyakan kita terlupa bahawa saliran minyak dan gas telah melingkari seluruh sempadan Teluk duhai teja?"


Mungkin benar baka dan keturunan yang dihormati sifat pemilikkannya menjadikan sejarah perlu dirombak dan dipinda sesuka rasa oleh mana-mana kuasa.


Apakah teja ku itu turut mengkagumi lelaki global yang menjadi keramat kerana menjadikan Israel terselamat dan kebanyakan posisi muslim bertingkah zalim? Atau teja memang bersikap tidak mahu mengambil endah tentang Kancil yang akan mati di tengah-tengah tatkala gajah sama gajah bertelingkah.

1 ulasan:

  1. Mesin terjemahan di Google Chrome membingungkan dan wajar tidak digunakan pengaksessannya apabila ia secara terang-terangan mencemar keaslian catatan pencatat asli yang menggunakan bahasa ibunda mereka di interaksi maya.

    Mesin terjemahan Google Chrome pencemar kualiti bahasa rasmi dengan niat yang bersalahan dengan tujuan pencatatan. Misalnya bagaimana mesin terjemahan ini berupaya mengetahui jenis gender yang dimaksudkan oleh sesebuah catatan?

    Bagaimanakah diketahui kata nama bagi teja dirujuk kepada seorang lelaki jika penulis asal merujuk ianya sebagai seorang wanita?

    Halangan bagi proses membaca apakah mesti kekal dilakukan oleh Google Chrome?

    Adalah jelas satu kesalahan jika thanaif ini dirujuk sebagai seorang yang berbangsa arab.

    BalasPadam