Isnin, 30 Mei 2011

Klasik Organisasi/Individu/Pasukan Atau Acaranya?

28/5/2011
0848


Malam ini pasukan-pasukan pilihan anak yang menjadi penganjur agar kami sekeluarga meminati sukan akan bertarung bagi menutup tirai siri kejohanan liga kelab-kelab eropah.


Kami bersetuju untuk tidak memihak pada mulanya.


Memadai buat saya dan tiga anak remaja berjaya ' menewaskan abah dan adik bongsu mereka yang kerap kali kelihatannya tidak sedia mahu bersama kami dalam memilih pasukan-pasukan dan jenis sukan serta ahli sukan untuk diminati.


Namun pada pasukan Sepanyol kami bersama-sama bersetuju kesemuanya mahu melihat Lionel Messi dan pasukannya menjaringkan gol awal yang menjadi tumpuan pasukan lawan mereka dalam mendepani serangan psikologi sebagai pasukan yang mendapat sokongan sestadium atas sifatnya sebagai tuan rumah.


Manchester tetap menjadi wilayah yang tidak mungkin dilepaskan ingatan oleh lipatan kenangan yang indah buat kami sekeluarga.

Pasukan yang diurustadbir dengan sistem yang berjaya mempengaruhi pasaran dengan jenama pasukan mereka.


Kami sering bertentangan kerana mahu mencari nikmat berkasih sayang bagi menundukkan rasa kejemuan dan bosan yang adakalanya berjaya menguasai kami menjelangnya musim-musim panas/'summer' tanpa banyak perkara boleh dilakukan di luar rumah.


Kebanyakan lapangan medan riadhah dan rehlah juga premis akan menjadi sesak sehingga ia menghilangkan ketenteraman dan rasa tenang.

Pantai-pantai sudah tidak menjadi lokasi yang mendamaikan apabila musim panas tiba.
Bagaimanakah keadaannya menjelang 2022 nanti?


Kami tetap saling memujuk minda agar berlapang dada dengan tohmahan yang dizahirkan oleh pihak yang masih 'terbuku' emosinya oleh kegagalan menjadi pilihan bagi penganjuran 2018 dan 2022.


Apakah mereka telah melihat keupayaan untuk negara ini dan kesatuan Jazirahnya membuka 'gelanggang' dengan struktur yang upaya mengisi makna pembangunan ummah atas tema persepakatan yang upaya mengejutkan dunia, menjadi antara alasan tohmahan diterbitkan?


Apakah lokasi dan pembinaan lingkaran struktur industri sumber tenaga juga mahu menjadi isu di sini tatkala pengkalan ketenteraan masih tidak dipersoalkan secara umumnya oleh rakyat negara-negara ini?


FIFA atau Kesatuan AIPAC atau LIGA ARABkah yang mempunyai bahasa ekonomi yang berbeza dengan NATO/AMERIKA/UK/EU/ANC?


Namun kami juga sebal dan tidak bersetuju apabila penganjur 2022 juga mahu menjadi Pengerusi Fifa.(luahan peribadi kami dalam diam)

Sumbangan mereka masih kecil di dalam arena pembangunan bola dunia.

Wang tidak wajar menjadi fokus untuk memberdayakan ummat.


Isunya ialah bagaimana mahu dihindarkan wujudnya peperangan dan persaingan yang merugikan alam dan manusianya menerusi acara ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan