Selasa, 18 Januari 2011

Merdeka Mu 1

Kami ke Dataran Corniche untuk kali ke duanya setelah genab lima tahun menjadi pemaustautin di salah sebuah negara yang berada di Teluk Parsi.


Lantaran masih terpaksa bergantung kepada pemandu kerana masih tidak memiliki lesen memandu, kami lewat tiba. Mereka yang lewat bangun kami yang terpaksa berhadapan dengan keadaan yang tidak selesa, apabila setibanya di dataran terbuka itu kesemua tempat yang disediakan telah dipenuhi oleh mereka yang tiba lebih awal lagi.


Lesen adalah satu tanggungjawab bukan semata-mata keperluan.

"Bagaimana dengan lesen judi dan lesen rumah zina di negara muslim?"


Tiba-tiba terdengar suara thanaif menyanggah dan mengocakkan ketenangan minda saya.


"Siapa yang memerlukan judi dan pelacur juga gigolo teja?"


Berhenti berujar thanaif, saya membenci kamu.



Lesen satu tanggungjawab bukan semata-mata keperluan. Sesiapa yang mahu menjadi pemandu kenderaan wajar bersikap amanah dengan apa yang telah ditentukan buatnya.


"Setiap diri kamu adalah pemimpin teja. Pemandu itu pemimpin walau pun dia tidak berkenderaan lalu lesen sudah banyak maksud terjemahannya mengikut kegunaannya teja."


thanaif tidak pernah berasa malukah mencelah dan menyampuk setiap fikiran mereka yang tidak dikenalinya?


Sesiapa yang mahu menjadi pemandu kenderaan wajar bersikap amanah dengan apa yang telah ditentukan buatnya. Sejak beberapa hari sebelum ini telah diberitahu akan waktu yang dikehendaki dihantar kami ke dataran terbuka itu. Namun kesukaran untuk tidak tidur semula sesudah solat subuh adalah kelemahan semula jadi lelaki-lelaki kami.


Sabar,


Jalan-jalan raya yang telah ditutup sejak semalam menjadikan peraturan dan pemberitahuan untuk dipatuhi mengenai acara rasmi pada hari ini tidak diwar-warkan oleh radio (yang berbahasa inggeris kerana saya tidak memahami bahasa arab untuk mendengar siaran radio berbahasa arab).

Panduan yang diwar-warkan di radio memberikan bantuan untuk pendengar berinformasi supaya dengan keluar awal kesesakkan di jalan raya dapat diatasi sementelahan maalah trafik adalah lumrah bagi negara mana-mana negara ketika ini.



"Informasi yang kurang memberansangkan kerana mereka tidak sedar bukan semua rakyat membaca surat akhbar.Merankingkan aturan lagu-lagu upayakah menjadi alat bantu teja?"


"Berhenti berbicara thanaif!"


Bermula malamnya kami ke Corniche. Banyak pemandangan baru yang dizahirkan setelah kami tidak lagi tinggal berjiran dengan lapangan bagi pesawat-pesawat mendarat dan berlepas dari landasan antarabangsa menuju ke udara.


Dalam tempuh beberapa bulan fenomena baru menarik perhatian.

Sesuatu yang agak sukar dinafikan ialah di bandar ini seperti wujud kerja-kerja pembinaan yang begitu pantas dilakukan. Biar pun pada dasarnya seolah-olah kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya seperti tidak disiapkan oleh kerana lambatnya penyempurnaan dilakukan, sebuah jalan raya yang lurus luas dengan sistem lampu isyarat dalam tempuh yang singkat upaya menggantikan deretan bangunan-bangunan lama di bahu jalan.


Apa-apa sahaja boleh dirungkai dan diubah apabila terpaksa diakui negara ini tidak berhadapan dengan beban hutang bagi memudahkannya melakukan apa sahaja yang dimahukannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan