Rabu, 26 Januari 2011

Salji Yang Mendinginkan Emosi

"Ada soalan?"


Dikau masih mahu menjadikan Amerika sebagai contoh pada susut nilai kebebasannya yang menyonsang tuntutan akhir zaman?


"Mengapa? Adakah ianya salah?"


Homoseksual dan lesbian tidak diajar oleh mana-mana agama.
Salahkah saya bertanya adakah agama Kristian dan Yahudi mengajarkannya kepada ummat?


Saya tidak pasti apa penerimaannya memandangkan dia tidak pernah mengambil endah pada setiap pertanyaan.Dia seperti tidak beremosi walau pun berperasaan.


"Apakah alasan mu?"


Saya gusar pada kemahuan mu yang seolah-olah bersetuju untuk membenarkan ke atas setiap pasangan muda belia memperolehi taraf hubungan seperti mana ikatan perkahwinan.Hubungan bebas tanpa perkahwinan akan melahirkan masyarakat dan generasi 'anak-anak luar nikah' yakni anak-anak haram (tidak sah haknya di sisi undang-undang)walau pun mereka tidak berdosa tetapi tidak pula boleh mewarisi harta.


"Tahukah dikau hubungan toleransi kita semakin menyusut nilai-nilai ketabahannya bila sudah terzahir ketidak bolehan kita untuk berkompromi di antara satu sama lain?"


Dasar pendidikan Amerika dan England masih memisahkan agama dari kehidupan dan inikah yang mahu diambil sebagai ikutan bagi negara dan wilayah yang menjadikan Islam sebagai agama rasminya?


Dikau tahu dan sedar bagaimana perhimpunan Syiah sempena memperingati Saidina Hussin telah menjadi perhimpunan ke dua terbesar bagi ummat muslim selepas perhimpunan di Mekah, Madinah dan Arafah?


Pada masa yang sama dikau tidak boleh berterusan kekal untuk mencabar penyatuan ummah ini jika dikau masih mahu membawa isu-isu hak-hak kemanusiaan/ persamaan/ dan kasih sayang dengan memfokuskan homoseksual, lesbian dan persaingan gender sebagai kancah membuka sosial untuk kelihatan lebih terbuka dan moden masyarakatnya setelah terbukanya jendela abad 21 ini.


Wajahnya tidak dapat dilihat apabila dia sudah semakin ashik dengan pandangan di luar jendela.


Saya juga gusar anda 'mabuk' dengan holly wood dan bolly wood sedangkan mereka hanya diternak dan dilahirkan untuk membiakkan penyakit di dalam masyarakat.
Adakah mereka ini yang akan kekal ditradisikan membina masyarakat tatkala khalayak ini juga yang mengintegrasikan cemar mulia insan?


Apakah dakwaan anda buat saya kali ini tatkala saya mahukan fokus dan keperihatian anda bahawa modal insan wajar melahirkan insan kamil dan adakah anda mahu berterusan insan kamil itu dilahirkan oleh Islam sahaja tanpa penyertaan Kristian dan Yahudi?


Ini isu saya dan jangan dimanipulasikan atau dilaporkan oleh media penyiaran dengan sifat bias.


"Adakah wartawan hanya berfungsi untuk melaporkan sahaja tanpa solusi? Itukah maksud mu?"


Masyarakat pendengar dan penonton yang melihat dan mendengar mahu diwacanakan untuk berdaya fungsikan apa apabila dikau mengketengahkan sahaja isu permasalahan dan pertikaian politik oleh pendominasian ekonomi?


Lalu apabila kami mempersoalkan setelah memahaminya lalu mensolusikan idea dan kebernasan untuk dirintis tindakan mengapa pula ia akan dengan begitu mudah diungkap sebagai penentang dan pendemontrasi?


Saya tahu kesemua pertanyaan saya tidak diendahkannya dan saya sedar telah lama terbit rasa benci di antara kami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan