Sabtu, 22 Januari 2011

Merdeka Mu 3

Cara pemerintahan beraja di kebanyakkan negara Teluk memperlihatkan keluarga Dirajanya memiliki ketuanan pemerintahan yang menjadi pemilik untuk menguruskan kekayaan hasil pendapatan negaranya menjadikan struktur pengedaran kebajikan sepenuhnya terpelihara.


Kekayaan dari berpendapatan hasil membangunkan negara ini andai berlegar dari kalangan keluarga Dirajanya yang menjadi Ketua Esekutif untuk sepenuhnya memiliki kapasiti sebagai seorang Presiden atau Perdana Menteri dan menjadikan ahli keluarga yang senasab sebagai Jemaah Menteri, tentunya tidak serupa dengan kuasa yang diperolehi dari kebanyakan Raja-Raja yang dibentuk kuasanya oleh undang-undang atau Perlembagaan sesebuah negara.


Fikiran seperti ini upaya membuatkan thanaif bergirang hati.
Entah di mana dia berada saat ini setelah semalam menjadi hari terakhir untuk ku mendengar cemuhan dan sindirannya yang kerapnya jujur.


Apakah benar upaya institusi beraja negara Teluk dijadikan teladan apabila disahihkan oleh fakta mereka menjadi pemilik sah yang berkuasa membuat keputusan pada setiap inci tanah mereka yang bukan sekadar menjadi simbol dan lambang sahaja?
Sebuah pemerintahan beraja yang memiliki kuasa untuk tidak dibayar elaun sebagai pendapatan dalam status tidak upaya membuat keputusan melainkan dengan nasihat jemaah menteri.


Ya kali ini terasa saya benar-benar melampaui batas sempadan yang dibenarkan untuk dibebaskan pemikiran ini hasil dari terlalu kerap mendengar bicara thanaif.


Selama manakah wajar keluarga diraja yang telah hilang kuasa (dengan penuh kesedaran) perlu dikekalkan pembayaran elaun dan sara hidup bagi dikekalkan kemewahan mereka?


Kepada pengamat catatan ini usah salah faham - maksud pertanyaan saya ialah sistem pemerintahan apakah yang lebih layak seandainya amalan pilihan raya menerusi demokrasi semakin tidak dipercayai oleh amalan rasuah dan pelobian pemilihan calon.

(Fahamkah - saya bertanya tentang sistem pemerintahan bukan menghasut selepas semakin dizahirkan kelemahan cara pemerintahan diktator/ tentera, komunis, raja berperlembagaan, Esekutif kerajaan pusat dengan kuasa mutlak dimiliki oleh Presiden/Perdana Menteri, yang hanya menjadi pemilik sementara untuk berkuasa bagi menjaga khazanah perbendaharaan negara yang bukan bermakna milik mereka dan tidak berhak dijadikan perwarisan mutlak keluarga.)


Terima kasih mengundang ku semula teja (bukan dari India).
Tiba-tiba terdengar thanaif bersuara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan