Jumaat, 28 Januari 2011

Brno 2

Setibanya di lapangan antarabangsa Vienna kesemua kemelut kronik perut menuntut penguraiannya. Masih sama seperti masa yang lalu... saat-saat untuk beristinjak menjadikan diri berasa silu ... ahhhhhh bagaimanakah cara kehidupan muslim masih tidak menjadi antara alasan sesuatu binaan dan reka rasa gubahan disahihkan wajar diberikan kepekaan?


Apakah masih sengaja mahu mendilemmakan stuasi benar yang hak bahawa keamanan sudah berada di mana-mana dan menzahirkan cara beribadah muslim iaitu pergerakkan semasa bersolat itu adalah hak bagi setiap muslim?


Apakah masih perlu wujud segan dan silu untuk menzahirkan cara amalan yang mendapat pahala ini di kalangan muslimin yang pada hakikatnya jauh di dalam sudut sanubari setia jiwa keberadaan mereka ini disenangi walau di mana mereka berada?

Apakah masih wajar untuk berasa takut menzahirkan kemusliman kita?

Apakah yang dilakukan oleh sikap diplomasi wakil-wakil duta yang bersendikan komuniti pengurus tadbir di kalangan penjawat muslimnya pada jalur jaringan diplomatik?

Mengendung wanita-wanita yang bukan isteri atau menyentuh arak untuk menjelaskan kemodenan diri bertamadun hanyalah imej-imej mundur yang tidak lagi wajar menjadi sifat para pengurus tadbir muslim.

Atau dengan imej besarnya turban dan lebatnya janggut juga bukan lagi imej yang wajar mencirikan muslim SELAGI masih dipersetujui mereka yang beragama adalah bersifat radikal!

Adakah pemimpin yang sedia berzina dan bebas menjadikan lelaki atau wanita yang bukan suami atau isterinya sebagai teman pengiring mahu dibenarkan menjadi sifat bertoleransi ummat?

Adakah pemimpin yang berasuah dan sedia memecah amanah terhadap harta yang bukan hak mereka mahu diterima sebagai sifat bertoleransi ummat?

Adakah pemimpin yang menganjurkan persengketaan dan sedia menimbulkan syak ke atas rakyatnya sendiri oleh sedia dikebali oleh pengawal ala mafia atau unit 'special branch' dibenarkan kekal menjadi sifat bertoleransinya ummat dekad 21 ini?


Sepanjang perjalanan amat terzahir disiplin pada ketika pemandu kenderaan yang ditugaskan untuk menanti ketibaan kami.

Hemah tinggi ini juga upaya dilihat pada pemandu-pemandu kenderaan lainnya yang pada tahap kelajuan di antara 110-120 kilo meter mereka upaya memperlahankan kenderaan mencapai di antara 35 hingga 40 kilo meter apabila menghampiri pekan yang menempatkan bangunan kediaman juga pejabat serta premis perniagaan.


Egokah yang membina disiplin mereka berperibadi atau disiplin itu menyembunyikan ego yang mahu disembunyikan bagi dicari kekuatan mereka untuk berdiri?

Mereka menzahirkan manafaat disiplin apabila hanya menggunakan garisan-garisan yang disediakan untuk pejalan kaki melintas ke seberang saat lampu merah dipadamkan.

Menanti giliran dengan sedia berbaris panjang di stesyen bagi mendapatkan tempat di tram-tram dan bas-bas menjadikan teksi sukar ditemui berhenti sesuka hati bagi menurun atau mengambil penumpang.


Skoda dan kenderaan jenama kejiranan, Austria, Hungry,Slovakia, German menjadi kenderaan yang paling utama dipandu oleh masyarakat di Brno. Berkaitkah struktur pembinaan pengeluaran barangan jenama sendiri dengan imej budaya yang mendorong diselarikan pemikiran dengan peribadi?


Kesederhanaan yang diserlahkan juga memikat hati untuk membenarkan naluri merasakan keberdayaan pembinaan identiti jati diri negara yang berada di tengah-tengah arus kemodenan tamadun dunia ini sepenuhnya didokong oleh rakyatnya yang menjadi penentu kejayaan dasar pembangunan manusia dan potensi-potensi untuk diri berkemandirian selain pembangunan fizikal.


Adakah benar Kesatuan Eropah masih upaya ditolak oleh sesetengah rakyat di Timur Eropah tatkala dicermati pengamatan mengenai rakyat Republik Czech di bandar Brno yang memilih menggunakan bahasa sendirii di dalam setiap komunikasi mereka?


Terkejut minda seketika melihat masyarakat di sini masih mengutamakan bahasa sendiri dan tertanya bagaimana mereka teguh dan kuat memelihara pengenalan yang mencirikan identiti diri mereka berperibadi tatkala mereka menikmati keselesaan natijah dari pembangunan teknologi yang dicernakan oleh penyelidikan?

Ataukah mereka amat menyedari bahawa bahasa itu turut menjadi tunggak yang membina laras budaya untuk dikenali identiti diri yang wajar dijadikan asas untuk tidak dilupuskan pengenalan diri ummat setelah bermulanya pembukaan jendela mellinium 21 ini?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan