Selasa, 18 Januari 2011

Merdeka Mu 2

Malam tadi juga kami teruja apabila jalan untuk memasukki masjid di sebelah Dewan Emmiri telah terdiri dua kaunter bagi diserahkan tiket dan dikutip wang untuk setiap kenderaan yang memasukki perkarangan masjid.


Ahhhhhhhhhhhhhhhhhh untuk masuk ke masjid kami membayar 3 riyal.


Bagi mentoleransikan dan mewaraskan minda diulang sebut perlahan-lahan, mungkin kedudukan masjid yang berhampiran dengan Dewan Emmiri dan Sauk Waqif bayaran perlu dikenakan. Atau mungkin mereka mahu mendidik rakyat mewah negaranya agar tidak lagi menggunakan kenderaan peribadi untuk masuk ke bandar utamanya sebaliknya menggunakan kemudahan pengangkutan awam bagi menyelesaikan urusan-urusan di hujung minggu.


"Minyaknya murah,"suara anak membingitkan telinga.


"Ya kenderaan di sini jauh lebih murah harganya dan rugilah tidak bergaya dengan kenderaan mewah,"seorang lagi membingitkan minda saya.


Apakah terlalu singkat pemikiran anak-anak saya. Kelihatannya masih sistem kitaran bagi susun pulih dan edaran keewangan masih tidak sepenuhnya membebaskan rakyat dari hutang dan tanggungan bagi kos perkhidmatan.


Selayang imbas masih berada nun jauh di sana.


Pendapatan dari gaji-gaji dicukai dan dinisabkan pada bayaran-bayaran perkhidmatan?
Maknanya pendapatan dari kekayaan negara diberikan kepada kami kemudiannya kami memulangkannya kepada negara dalam bentuk bayaran cukai dan bayaran kos perkhidmatan yang dikenakan caj oleh penyelenggaraannya?



Irama pancutan air dari 'fountain dan disco ball' menjadikan jiwa saya semakin tidak beremosi. Penukaran warna-warna air seperti merentakkan tarian yang dipaksakan untuknya menari menghilangkan sentuhan 'vakog' yang sering mendilemmakan diri ini. Lentuk lemah gemalai pancutan air berwarna mengikut alunan irama itu mengashikkan. Seakan menghiasi kelam suram oleh malam yang hitamnya masih menghasratkan ceria dan ria gembira.



Di upacara sambutan ulang tahun itu kami tidak melihat kegembiraan atas kejayaan menjadi tuan rumah 2022 dijadikan kesempatan untuk diraikan pada acara rasmi negara.
Kesederhanaan masih menjati kuat menjadi sifat negara ini. Hanya kibaran kain rentang tahun 2022 yang dibawa oleh helikopter sahaja menggambarkan kejayaannya yang mencatat sejarah dijadikan acara bersama pada pagi itu.

Mereka tidak keterlaluan untuk menunjuk-nunjuk keupayaan mereka.

Apakah mungkin mereka tidak membenarkan ego menguasai seluruh jiwa raga diri rakyat negaranya?


Sekurang-kurangnya dilakarkan di gambaran minda ini ialah kumpulan pembinda 2022 turut berarak bersama dengan pasukan anggota pertahanan negara dan kumpulan yang mewakili generasi mereka pada pagi itu.


Benar. Mengapa tidak ada perarakan bersama pasukan pembinda untuk menzahirkan rasa keperihatinan terhadap sokongan yang diberikan oleh hampir kesemua rakyat yang berbagai taraf kerakyatannya?


"Hanya rakyat arab sahaja yang berhak meraikannya. Dikau orang arab atau india atau cina atau eropah atau amerika atau afrika, teja?"


Sindiran thanaif tajam menikam ke jantung.


Sesekali sindiran dan cemuhan thanaif membuatkan saya tersenyum. Entah di sudut mana mahu dibenci nama itu tatkala perasaan suka dan ceria menemani emosi.



Ya, mengapa tidak ada perarakan bersama pasukan pembinda bagi menzahirkan kepekaan terhadap sokongan yang diberikan oleh mereka yang berbagai jenis kerakyatannya?


Sekurang-kurangnya kami ingin melihat wajah Yang Teramat Mulia Permaisuri negara ini yang semakin menjadi idola kebanyakan kami.

Atau Yang Mulia Puteri-Puteri Di Raja yang aktif membangunkan deria dan naluri rasa Duli Yang Maha Mulia Ayahanda-Ayahanda mereka.


Ya,mungkin kerana usaha keras hanya dilakukan oleh keluarga Di Raja maka rakyat sekadar mampu menjadi penyokong sahaja?


Lantaran cara pemerintahan beraja di kebanyakkan negara Teluk, keluarga Dirajanya yang memiliki ketuanan pemerintahan lalu menjadikan mereka menjadi pemilik kekayaan negaranya membolehkan struktur pengedaran kebajikan sepenuhnya terpelihara?


"Kekayaan tidak perlu dizahirkan dengan menara yang disalut dengan emas atau deretan kereta mewah yang tidak digunakan sebagai pengangkutan untuk menjadi hiasan sahaja,teja. Seperti amalan kebanyakan pemerintah mu teja."


Diam thanaif!


"Diam juga akan diISAkan teja."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan