Isnin, 23 Mac 2009

Mencuba Bersabar

Semakin memualkan minda untuk didepani bualan-bualan dari televisyen yang semakin menjadikan tidak lagi berita-berita rangkaian utama diikuti.


Masalah bahasa?


Tidak.


Isunya?


Diutusi pertanyaan di awal pagi, bagaimanakah memfokuskan alamiah yakni sejagat andai dijuruskan makna bangsa dan semangat patriotik lebih menzahirkan perkauman.


Umpamanya?


Amerika dengan semangat perkaumannya.
Britain dengan semangat perkaumannya.
Perancis dengan semangat perkaumannya.
Di sini dan di sana dengan semangat perkaumannya.


Dan sebentar tadi minda terasak untuk ditindihkan lagi oleh semangat permusuhan apabila dari sumber liputan paparan siber saling wujud keinginan untuk saling merendahkan di antara satu pihak dengan pihak yang lain.


Walau pun berspekulasi berbohong bukan merupakan sifat intelek.


"Misalnya adakah sosio budaya sesuatu bangsa dan negara lain saling memiliki persamaan dengan negara anda, Mr Stewart?,"tiba-tiba minda menyusul tanya kepada pengacara di televisyen.


"Bukan dia dengar pun," sekali lagi minda mengusulkan kata.


"Dia menghiburkan penonton yang sudah tidak lagi berminat menonton televisyen atau membaca akhbar semenjak kempen pemilihan kepimpinan yang lalu ,"bersahaja minda bersuara lagi.


"Apakah pandangan kamu terhadap kenyataan bahawa pendidikan sesebuah negara tidak memerlukan arah pandu dari dasar negara lain sementelahan biaya perbelanjaan mereka disumberkan dari pembayaran cukai warga mereka sendiri bukan warga luar dari kalangan pelabur yang dianugerahkan insentif untuk meransang penyertaan?"minda menjawabkan kelesuan jiwa jasad se kujur tubuh yang mulai dibuai lena yang damai.


"Mungkin warga tidak menjadi rakan kongsi kepada tanah airnya sendiri,"qalbu mendefinasi tanpa diminta.


Menyedihkan dengan sikap keterlaluan pihak-pihak berwajib melayani hak awam yang tidak ada kepentingan selain berhasrat memfungsikan peranan mereka sebagai warga negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan