Jumaat, 27 Mac 2009

Mekanik Bukan Pekerjaan Pilihan Gadis-Gadis



11/7/12 - hujan emas di negara orang hujan batu di negeri sendiri .


Kenderaan kami masih yang sama sejak tahun 2005 


Sudah hampir empat hari kenderaan kami tidak berupaya difungsikan kerana enjinnya tidak boleh dihidupkan.

Semakin menjadi buntu apabila semakin terserlah bahawa usaha-usaha secara manual seolah-olah dikelamkan oleh bentuk binaan pemetaan komputer sehingga ia menjejaskan kelancaran aktiviti harian kami. Nyata pengabaian tenaga 'manual' manusia menjadi pembaziran yang menyusutkan nilai kemahiran bantuan teknikal yang fokus telah berabad dilahirkan oleh Institusi Kemahiran Teknologi yang telah lama mendidik membimbing membentuk mewacana di sekolah kolej dan universiti.

Alasan?

Tertanya mengapakah berterusan pembetulan kelemahan hanya diterajui oleh beberapa syarikat sahaja yang berfungsi melindungi sistem perisian komputer yang direncanakan memerlukan perombakan baru untuk dijana semula produk-produk baru pengguna?

Setelah dilakukan beberapa kali pengecasan ke atas bateri baru asli yang belum sampai enam bulan digunakan, enjin kenderaan masih tersadai lemah. Enjin gagal dihidupkan.

Apabila fius ditukar enjin berjaya dihidupkan. Namun sistem penghawa dingin, kipas, tingkap, radio GPS gagal berfungsi. Fenomena yang tidak wajar berlaku.

Anak-anak dibasahi peluh kerana bertemankan suhu padang pasir dengan hanya dua salur kecil laluan udara terbuka di bahagian belakang tingkap kenderaan. Perjalanan hampir tiga puluh minit itu menjelaskan perasaan yang dirasa oleh mereka apabila meminta diusahakan mendapatkan kereta terpakai yang tidak berjenama.

Jelas menzahirkan kemahiran memperbaiki enjin berbeza dengan kemahiran mengubah suaikan kenderaan yang kini menjadi keseronokan generasi masa kini beraktiviti.

"Biasalah,"anak menafikan.

"Biasa apa jika yang lebih menyumbangkan peluang pekerjaan diabaikan berbanding membelanjakan wang. Kelian tidak upaya membezakan apa yang perlu menjadi keutamaan."



Bateri dicas setiap hari, anak menjadi culas dek 'iri' - ingin mengetahui siapa gerangan  yang menabur idea semuanya tidak menjadi!

Fenomena meninggalkan kereta apabila menemui kemalangan menjadi kelaziman masyarakat di sini.

"Mungkinkah bengkel-bengkel kekurangan pekerja yang berkemahiran?"

"Adakah mereka tiada kelayakan?"

"Bukan tiada kelayakan tetapi mungkin kerana pemodenan reka cipta yang menggunakan komputer secara realitinya meninggalkan kesan yang perlu ditangani secara menyeluruh. Pendominasian bahasa misalnya melahirkan penyelidikan yang tidak seimbang yang mampu dikuasai oleh kita."

"Apakah sekolah, kolej dan universiti kesemuanya akan menyediakan pekerjaan kepada lepasan ini?'

"Jika tidak, ke manakah akan diarah haluankan generasi yang berpendidikan ini?"

"Jika ya, bagaimanakah mahu difokuskan generasi yang tidak berpeluang atau mendapat pendidikan tinggi?"

"Apakah pelabur dan pemodal mengambil tanggung-jawab ini sebagai kewajipan atau ia berwarisan menjadi tanggung-jawab warga untuk bersuara?"minda terus mengocakkan kejahilan jiwa.

"Rasanya mahu sahaja ditinggalkan kereta ini di tepi jalan,"luahan marah menunjuk kecewa.

Tertanya juga apakah yang dilakukan oleh negara utama pengeluar kereta di dunia ini apabila menemui masalah seperti ini? Bagaimana pula andai terjadi penzahiran kegagalan enjin atau sistem yang tidak sempurna berfungsi hingga menyebabkan berlakunya kemalangan? Menarik semula pengedarannya?

"Mungkin ditinggalkan begitu sahaja sehingga diambil oleh pelajar-pelajar untuk dibaiki dan mendapat kereta percuma,"bualan minda yang masih memprotes.

Di dalam usaha mengelakkan warga kehilangan pekerjaan apabila komputer yang bermodelkan robot memasuki dunia pekerjaan, adakah ia menjadi petunjuk untuk alasan dikurangkan kelahiran penduduk dunia supaya mudah diperhambakan sesetengah warga di wilayah tertentu agar berterusan menjadi pengguna yang tegar?

Sebuah sel bateri yang baru di sini berharga sekitar 500 riyal.
Ia jumlah perbelanjaan seminggu kami yang kini kian meningkat. Dalam menghitung gandaan kos untuk pembinaan semula peta GPS dan sistem-sistem penghawa, penggera, suis tetingkap secara munasabahnya,penggunaan manual upaya menawarkan beberapa bidang pekerjaan yang wajar menawarkan pulangan yang sesuai kepada pekerja yang berkemahiran tinggi pengalaman teknikalnya.

Mungkinkah tawaran memenangi kenderaan mewah yang bertujuan pengiklanan untuk menarik pelanggan menyerlahkan ketidak adilan seandainya ia dimenangi oleh pemilik tiket yang sedia ada memiliki kenderaan?
Mengapa tidak dihantar sahaja kenderaan-kenderaan ini ke wilayah yang lebih memerlukannya untuk menjadi sumber berpendapatan yang membawa kepada kebolehan untuk diintegrasikan bantuan teknikal yang dimahirkan oleh bahasa bangsa yang miskin itu sendiri?

Menerusi bahasa ramai yang mengintai kesempatan untuk mencari peluang.
Membuat keuntungan secara rakus tanpa kebertanggung-jawaban.

"Menuduh lagi?"

"Adjustment di dalam bahasa kita apa maksudnya?"

"Pelarasan atau penyesuaian."

"Tidak perasankah saat ini banyak pengagendaaan alasan dilakukan untuk 'mengadjusmentkan' stuasi dan keadaan globlalisasi yang berterusan menyerlahkan kelemahan sistem pengurusannya."

"Membaiki dan membetulkan keadaan."

"Nilai dollar dan pound juga euro seperti mahu memiskinkan kembali anak jajahan."

"Bila mahu berhenti dari gemar menuduh ini?"

"Bagaimanakah nilai-nilai mata wang itu dibezakan dengan nilai harga mata wang kita?
Apakah masih mahu digazetkan riba atas nama perniagaan dan dagangan yang diaturkan oleh pusingan masa dengan bantuan telekomunikasi?"

"Apakah mahu mu sebenarnya?"

"Menyalurkan rasa simpati kerana masih bekas anak jajahan gemar bercucuk hidung untuk berasa lemah andai berpendidikan dengan bahasa sendiri."

2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam