Ahad, 29 Mac 2009

Telus



Usia berapa tahunkah wajar undang-undang dipelajari?
Laman menungan disempadankan fikiran terkocak menggugah perasaan. Mencari laman-laman keperluan ummat dalam memenuhi pembangunan kemanusiaan yang menyerlahkan makna kedamaian.


"Mahkamah-Mahkamah Keadilan untuk menampung isu-isu warga dan negaranya ke manakah haluan pembawaan?"


"Ummah memerlukan rawatan?"


"Negara dan warga saling bergandingan berdepan penguasa yang sering hilang tujuan."


Benar, alam dan perubahannya saling merisikokan keterbukaan apabila kesempatan memberi ruang persaingan namun masih menemukan rentetan perjuangan.


"Boleh ku ujar,mengapa dikenali negara itu Islam andai terpisah agama dari siasah? Bagaimana dijalin Islam itu agama rasmi namun ditentu arah agar terpisah oleh masalah yang dilahirkan dari moden dan berkembangnya ummah?"


"Sekadar bersuara tidak mungkin menjadi salah sekadar berujar mana mungkin upaya dipenjara sengsara terbiar sekadar bertanya tidakkah bererti bijak ilmiah?"


"Pedihkah minda mu bila ku suakan mengapa sedia menggabung ke Eropah?"


"Perlukah dirujuk hak-hak buat warga untuk memilih apabila tersua kegagalan isu-isu ummah ditangani sehingga tiada pembelaan mewajarkan pembelaan untuk dipelihara keadilan?"


"Masihkah dikau kecewa pada globlalisasi yang masih berterusan menata ekonomi dan kuasa bukan kesatuan dan kemandirian kebolehan untuk negara dan warga muslim berpadu satu?"


"Maksud mu dikau tidak sedia warga mu dipariahkan?"


"Di dekad ini mungkinkah muslimin dibenarkan mewakili diri kami sendiri di dalam memelihara hak-hak kami yang dimangsakan oleh penindasan politik lantaran bilangan pelarian yang dijangkiti oleh penyakit, mundur dan menganggur miskin dan kebulur adalah dari kalangan kami yang meningkat setiap tahun?"


"Kekeliruan globlalisasi?"


"Nilai-nilai yang dilahirkan oleh globlalisasi."


"Lalu apakah mahu mu?"


"Terimalah Islam sebagai pilihan cara hidup kami tanpa curiga atau sengketa. Apabila wujud penolakan sediakah andai dimaksudkan ditolak kebenaran yang telah berzaman dibuktikan keadilannya sifatnya."


Kali ini tiada kedengaran suara atau bisikan.


Dia diam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan