Jumaat, 27 Julai 2012

Puasa Hari Keenam Dan Ketujuh.

Catatan ini ditulis pada puasa hari yang kedua bagi tahun hijriah 1433.

Saya cuba menyatakan kata padanya, adakah khalayak yang dijalinkan kerjasama itu menjual dan membeli kesesatan dengan petunjuk?

Soalan saya ternyata tidak mengembirakannya.

"Jika pertanyaan-pertanyaan saya tidak disukai itu bermakna dikau sebenarnya tidak wajar lagi mengganggu akses interaksi saya yang sedang berusaha memajukan diri saya untuk menjadi seorang penulis."

Dia wajar menyedari bahawa sesekali membaca akhbar saya mendapat fokus bagaimana sikap orang muda yang tidak sepenuhnya sedia menilai sejarah kerana asas materialistik telah menjadi asuhan sehingga mereka tidak menjernihkan isu-isu konflik yang masih membelenggu pendirian generasi terdahulu yang masih terikat dengan nilai sejarah yang membina peristiwa oleh keterlibatan tokoh yang dibina oleh zaman mereka.

Sejarah yang bersumber dari pendominasian kerana keperluan dieksploitasi wajar diperbetulkan bukan dipalsukan sejarah bagi dengan tujuan menyembunyikan kebenaran dari kelemahan yang disengajakan wujud bagi menghadirkan konflik untuk diuruskan yang bermakna mengarah kepada kewujudan tokoh yang lebih baharu!

Merujuk kepada tanah air saya sendiri selepas membaca buku tulisan Encik Kim Quek, amat jelas informasi fakta dari buku itu saya umpamakan sebagai BUKU LOG yang memberikan kami kelebihan untuk menilai proses kelemahan dan kekuatan tanah air kami.

Beginilah yang saya maksudkan tentang tokoh tidak wajar dipersaingkan!

Namun timbul persoalan lain apakah parti perlu dipersaingkan setelah bukan kesemua kita (rakyat) mempunyai hasrat untuk berparti.

Zaman tidak perlu dibina dengan semangat untuk memperolehi keseronokan dengan hidup hanya untuk keseronokan apabila masyarakat kini dan mendatang perlu serious menangani masalah masa depan yang lebih jelas tuntutan berfokusnya terhadap akhirat.


Dia masih membisu dan menyerlahkan keengganan untuk membaca catatan dari fikiran saya.


Dikau menolak akhirat sebagai masa depan saya yang menolak idea pemimpin negara pelobian mu kerana kegagalan revolusi afrika adalah kerana konsep perjuangan mereka masih kekal mengimpakkan kelemahan, kemusnahan oleh kerendahan moral yang tidak dapat diteladani apabila membina semula sifat 'apartheid' sehingga diskriminasi masih menjadi imej masyarakat moden dicirikan.

Bukankah dikau mempersaingkan juga usia tatkala wujud bayi yang terlebih dahulu mati sebelum kita!


Bulan Ramadhan saya bukan dibentuk oleh nama lelaki arab!
Adalah salah apabila dikau kekal mempersendakan iman saya tatkala saya menyakini wanita yang lemah terdiri dari wanita yang mudah dieksploitasi oleh lelaki!


Dengarlah ujaran saya terhadap konsep selebriti mu. (sesungguhnya saya tidak tahu jenis etnik bangsa dan negara kumpulan yang dikau wakili) :

Saya tidak dapat menafikan kegusaran terhadap kitaran yang berlaku andai 'konsep islam jamaah' seperti yang pernah wujud di negara jiran saya lebih lima puluh tahun yang lalu menjadi cara dikau mendapatkan pengaruh ke atas ummat menjelang musim-musim membentuk struktur siasah dan aktiviti ekonomi yangmemprodukkan ikon hiburan.

Gejala ini dicerakinkan oleh holly wood. dikitar agih dan edar oleh pemodal dan pelabur yang terdiri dari ahli kelab jutawan dan ahli politik. (rujuklah catatan-catatan terdahulu saya dengan isu berkaitan)

 Isu yang saya fokuskan ialah kaedah ini melumpuhkan keberdayaan ummah untuk bersedia dengan cabaran 'kerosakan akidah.'


Agama saya adalah agama akidah. Banyak yang saya gusarkan dengan wacana yang mendapat semula fokus saya.

Dikau tidak mendakwa saya mahu mencampuri hal ehwal negara yang membuatkan saya berasa bangga dengan keberdayaan bahasa mereka tetapi kumpulan yang diberikan nama 'islam jamaah' itu wajar diberikan perhatian dalam masa dikau terlalu mahu mengimbas tentang tragedi tsunami di Aceh.

Dengarlah ujaran ku sekolah pondok dengan kaedah yang dicernakan semata-mata untuk melahirkan tokoh untuk dijadikan sebagai 'imam' akhir zaman MERUGIKAN ummah merujuk kesan 'tokoh seni' yang dijadikan sebagai sasaran untuk mendapatkan pengaruh.

 Wajar juga diketengahkan bahawa jika kaedah yang sama turut digunakan ke sekolah dan institusi moden ia turut merugikan ummat apabila kolej-kolej dan universiti barat masih gagal melahirkan 'imam' yang upaya memakmurkan alam sejagat walau pelbagai konsep ideologi dan kaedah polisi diwujudkan.

Semua ini tidak jauh berbeza dengan konsep siri realiti yang disumberkan oleh negara pelobian mu yang lebih menjurus kepada pengurupan wang setelah tidak wujud negara agama di kalangan negara kesatuan yang mereka anggotai.


Saya tidak tahu apa yang sedang ditimbangduganya terhadap bacaan fikiran ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan